Followers

Wednesday, July 13, 2011

Pandu Uji Kawasaki Ninja 250R EFI

Pandu uji yang akan diberikan ini adalah berdasarkan pengalaman Tok memakai Kawasaki Ninja 250R EFI. Pandangan ini adalah merupakan pengalaman peribadi semata-mata.

Okay sebenarnya bagi Tok tiada beza sangat Ninja 250r carb dengan EFI. Perbezaannya ialah EFI tiada meter fuel. Jadi kepada yang biasa pakai meter fuel kena la biasakan budget minyak pakai meter kilometer. Ninja 250r EFI adalah agak sensitif peralatan elektroniknya. Jadi cuba elakkan memodifikasi sebarang peralatan elektroniknya seperti memasang sistem alarm, relay etc jika tidak perlukan sangat.
Dari segi penjimatan minyak, Ninja 250r memang menjimatkan. Satu tangki 18 liternya boleh membawa anda sehingga ke 400km jika kelajuan tidak melebihi 120 kmph. Terdapat ramai Ninjarian yang mengatakan mereka mampu dapat kelajuan mencecah 175-180kmph. Sebenarnya ia bergantung kepada berat badan penunggang serta rintang angin. Dengan enjin standard serta berat badan yang tak melebihi 80kg, anda patut dapat 160kmph dengan agak mudah. Lebih laju anda perlu kuruskan badan lagi dan buat modifikasi sedikit.
Kelajuan maksimum yang selesa bagi Tok adalah 140kmph dan kelajuan maksimum yang stabil dan santai adalah 120kmph bagi Tok.

Perlu diingatkan yang bahawa tayar belakang standardnya iaitu 130/70 agak kurang mencengkam jika jalan berpasir atau basah. Seeloknya tukar jenis tayar yang lebih elok sama ada 130/70, 140/70, 150/70 atau 160/70. Lebih besar tayar anda lebih berat motor anda dan sprocket cepat haus kerana bebanan tayar yang lebih.


Dari segi pengendalian pula Ninja 250r sememangnya mudah dikendali. Tetapi kepada penunggang kapchai yang baru mencuba Ninja 250r harus la berhati-hati kerana Ninja adalah lebih berat dari kapchai anda. Jika anda ingin menolak motor anda keluar dari tempat parking, dinasihatkan jangan tunggang dan tolak keluar dengan kekuatan kaki. Dikhuatiri anda mungkin akan tersembam jika kaki anda tak cukup kuat. Seeloknya turun motor dan tolak motor keluar dari parking. Itu lebih selamat.
Tetapi agak mengecewakan kerana seat penunggang Ninja tidak disertakan pemegang. Cuma diberi pemegang tali di atas seat belakang. Agak kurang menyakinkan jika dalam kelajuan tinggi bagi pembonceng. Seat belakang juga agak kecik. Cuma selesa untuk penunggang yang berbadan kecil dan ramping serta dalam usia muda dan remaja. Saiz badan lebih besar dari itu mungkin kurang selesa dan sengal punggung.
Tetapi reka bentuk Ninja memang bagus. Gaya tunggang yang tidak terlalu menunduk memang tidak meletihkan jika anda menunggag untuk selama 2-3 jam tanpa henti. Ada yang memilih untuk menukar handle sport yang lebih rendah. Tetapi ini mengurangkan radius belokan handle anda dan ia akan tersentuh dengan tangki anda. Ada juga yang suka buang ekor tetapi ini kurang praktikal kerana bila hujan tempias dari tayar belakang akan terkena bahagian belakang penunggang. Seeloknya biarnya Ninja 250r anda sestandard yang mungkin kerana jika terlampau banyak modifikasi anda akan menjejaskan nilai jual balik motor anda di kedai sekira anda ingin bertukar selera. Secara keseluruhannya Ninja 250r memang sesuai untuk penunggang yang berbudget sederhana serta ingin kuasa enjin yang senang dikawal. Perlu diingatkan Ninja 250r adalah diantara motor supersport yang mudah dijaga serta lasak serta mempunyai sparepart yang tidak terlalu mahal dan mudah didapati dari Kawasaki HQ.

2 comments:

Khir said...

Terbaek tok! Kapasiti tank cukup besar & menyakinkan untuk ride jauh-jauh

Anonymous said...

poorah tok kebayan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...