Followers

Sunday, June 5, 2011

Netbook 1Malaysia TMS 2011 (Part 2)

Terdapat 10 pelajar yang menerima netbook dari YB. Tapi macam mana yang baki 500 lebih pelajar yang lain? Sendiri mau pikir la beb. Diorang kena ambik dari staf netbook 1Malaysia la. Boleh tercabut tangan YB kalau nak bagi kat diorang semua tu.

Sebaik saja selesai menyampaikan netbook, YB pun nak beredar tapi sempat ditemuramah oleh TV3.

Sebaik saja YB beredar, pelajar yang lain pun mula 'berjuang' untuk mendapat netbook masing-masing....

Bhaldev tersenyum gembira bersama netbook........................adiknya.

Tok cuba ambil gambar ditengah lautan pelajar yang berebut-rebut nak ambik netbook walaupun masing-masing ada nombor giliran... Dengan Hikmat Kebal Loceng Emas, Tok masih gagal masuk dewan...Dah macam konsert Justin Bieber lak....

Last-last Tok melencong masuk ikut tepi dewan. Dapat la ambik gambar bebudak ni ambik netbook.
Well, netbook dah dapat. Nanti lepas ni kalo diorang ni tak pakai untuk buat research belajar tak tau la. Harap-harap boleh tambah semangat belajar sebab ni semua duit rakyat.
Chow....

Netbook 1Malaysia TMS 2011 (Part 1)

Pada 31 Mei 2011 yang lalu. TMS telah mengadakan penyampaian Netbook 1Malaysia kepada lebih 500 orang pelajarnya. Memang beruntung betul bebudak sekarang. Tok dulu satu hape bentuk teknologi pun gomen tak bagi free.
Pukul 7.30 pagi dah ramai dah ibubapa yang datang dengan pelajar nak ambik nombor giliran. Hebat betul semangat diorang nih. Tu nasib baik takde yang berkhemah depan dewan sekolah tu. pagi tu memang kecoh sikit pasal berebut nak ambik nombor giliran. Dah macam nak beli tiket konsert Justin Bieber pulak. Takpe..takpe...netbook free punya pasal... Apa-apa hal layan dulu gambar yang sempat Tok rakam...


Seawal minit pertama ada yang dah bedal sarapan. Yea la, kalo dah datang awal pagi mana nak sempat buat sarapan yea tak? Nasib baik kantin di arahkan buka hari tu.

Makan..makan..makan...Buat macam rumah sendiri..Masa ni Tok sampai dah lewat. Pagi tu ramai yang dah sarapan.

Banyak kereta yang parking di padang TMS. Dari yang yang  kancil sehingga Naza Ria dan Mitsubishi Triton dan Pajero. Best betul. Dapat netbook free lagi.
 Pagi tu gerai-gerai dah buka untuk pakej Netbook 1Malaysia ni. Celcom ada, TMNet pun ada. Yang jual beg laptop pun ada. benda-benda yang bebudak ni tak pernah terfikir nak beli sekarang sudah bermain di fikiran...nak beli ke tidak?

Pagi-pagi lagi TMNet dah standby nak promo. Promo jangan tak promo...

Gerai sudah buka. Tinggal tunggu customer je lagi.

Yezzzaaaa..TMNet dengan kedai bergeraknya. Kalo Tok tak tengok betul-betul sah-sah Tok ingat Trak promo moto KTM. Oren.....

Celcom cuba memancung promosi TMNet. Gerai pun dekat-dekat ni. Takpe-takpe persaingan sihat. Janji ada customer.

Mari-mari beli dik. Murah je..Eeerrr beg harga sepuluh ringgit tu dah abis la... Tinggal yang RM30 je. Adehhhh..pandai betul ko ayat bebudak ni.... Kang abis lak duit poket bebudak nih layan ko...
Tahniah kepada guru-guru yang datang membantu walaupun masa tu tengah cuti penggal. Jasamu dikenang walaupun anak cikgu sorang pun tak dapat Netbook free.
Yea...mari-mari bayar wang perlindungan sini. Kalo tidak netbook kena virus...


Tengah busy kira kutipan RM5 untuk bayar khemah. Senang betul ibubapa keluarkan RM5 hari. Al-maklum la hati tengah gumbira...lalalalalalaaa...

Masa nak tunggu ketibaan YB Dato' Haji Hasan Bin Malek, masing-masing layan blues. Tengah plan nak buat FB la, buat blog, bla..bla..bla..
Dapek netbook tu nanti den nak add Fasha Sandha kat FB den. Main game online okay gaks...

Tak pernah-pernah penuh dewan TMS, hari ni cipta sejarah sampai ada kena duduk luar.


Sabar menunggu. Free punya pasal sampai petang pun sanggup tunggu.
Nanti dah dapat buku jaring tu boleh la kita chatting yea. Sengihhhh je bebudak ni...
Akhirnya VIP tiba jua akhirnya...Syukur...berpeluh gak Tok tunggu. Nasib baik tak sampai tengahari lagi.

Kalo korang nak tau, budak yang kat depan tu sebenarnya bodyguard YB Dato' Hasan bin Malek. Tengok gaya taiko semacam je....

Pengetua : YB sila ke sini...laluan dah dibuka....YB : Eeerr tunggu jap.Nak ketatkan tali pinggang ni. Sejak makan Jusmate 5 dah jadi slim sikit.. hehehhehehe....(dialog ni Tok pikir sendiri..)


En.Mathan tersenyum lebar bila dapat netbook. Lepas ni bole layan Filem Tamil Online jer..
Bersambung.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...