Followers

Tuesday, April 24, 2012

Adab Bertandang

Huhuhuhu....lama gak Tok tak masukkan apa-apa citer kat sini. Kejap on kejap off. Nak buat macam mana keje Tok tengah banyak. Apa-apa pun Tok nak citer apa yang berlaku baru-baru ni....

Baru ni Tok dapat la jemputan bertandang ke rumah warikh Tok kat Juasseh. Tok pun ambil keputusan pergi bertiga. Bawak dua orang anak buah Tok. Yang perempuan umur 17 tahun yang lelaki umur 13 tahun. Maklum la bebudak ni tak pernah pergi Juasseh. Balik-balik bandar Seremban je.

Nak dijadikan citer sampai je kat rumah warikh Tok, dia pun hidangkan Mee Kari. Sodappp. Tapi anak buah Tok yang dua orang ni tak pulak makan. Warikh Tok pun pandang-pandang diorang. Bila dia masuk dapur nak ambik air, Tok cepat-cepat tepuk belakang kepala bebudak dua orang tu.

"Adoii Tok. Nape tepuk belakang?" tanya yang anak buah lelaki.

"Makan..!" arah Tok.

"Tapi kita orang tak minat sangat makan Mee Kari la, Tok." jawab anak buah perempuan pulak.

"Korang ada alahan ke dengan Mee Kari atau baru lepas makan apa-apa ubat?' tanya Tok.

Kedua-duanya mengeleng kepala.

"Makan..!" arah Tok lagi.

Kedua-duanya terus makan tanpa disuruh lagi sebab mereka memang tahu Tok memang garang dengan anak-anak buah. Mungkin sebab dah terlalu lama mengajar bebudak nakal kat sekolah kot. Bila warikh Tok datang semula dia tersenyum lebar bila tengok bebudak dua orang tu makan. Sejuk hati dia.

Dalam perjalanan pulang anak buah perempuan tanya Tok...

"Tok, kenapa nak paksa kita orang makan gak Mee Kari tu? Kita orang mana makan sangat Mee Kari." tanyanya tidak puas hati.

"Kalau kekawan kamu datang bertandang ke rumah kamu dan mak kamu masak makanan untuk diorang. Tapi diorang tak makan apa kamu rasa?" tanya Tok.

"Ala kita orang rileks je. Tak rasa kecik ati pun." jawab anak buah lelaki.

"Itu korang. Tapi apa pula rasa mak kamu kalau mereka tak makan makanan yang dia penat-penat sediakan? tanya Tok lagi.

"Eeerr....kecik ati kot?" jawab si kakak.

"Memang la dia rasa kecik ati. Itu pun nak kena ajar jugak ke masa pergi rumah Tok Wan tadi?" kata Tok.

Kedua-dua anak buah Tok terdiam selepas itu. Sepanjang perjalanan pulang mereka termenung panjang. Mungkin memikirkan betapa mereka perlu belajar adab-adab yang lain bila bertandang ke rumah orang....










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...