Followers

Thursday, January 26, 2012

Perlukah Beli Superbike...?


Hmmmm....topik ni agak subjektif sikit. Tujuan Tok timbulkan topik ni pasal Tok selalu dengar kengkawan dok sebut impian nak beli Superbike la..... Terutama mat-mat motor.

Sebenarnya bila masuk bab-bab nak beli Superbike ada 3 jenis manusia.

Yang pertama jenis manusia yang sebenarnya tak perlu beli superbike sebab takde keperluan sebenarnya. Tapi dia beli jugak. Dasar keras kepala dan duit dah berlambak..hihihihi... Manusia jenis ni sebenarnya tak beli superbike pun takpe sebab semuanya dah cukup. Rumah ada, kereta ada, motor besar dah ada, hati senang, tapi nak beli lagi superbike pasal......dah suka. Pergghhh...memey jenis tak sayang duit.

Yang Kedua jenis manusia yang keperluan nak pakai superbike ni sikit je. Tak perlu sangat tapi berguna untuk diri sendiri kadangkala. Macam Tok termasuk dalam golongan ni. Sebenarnya Tok tak perlu sangat Superbike ni sebab rumah ada, kereta ada, moto kapchai sudah ada, Tok pergi kerja pun pakai kereta atau kapchai je sebab tak payah lalu tol pun. Tapi Tok beli gak Ninja Tok ni. Pasal apa....? Sebenarnya ni adalah salah satu perkara yang boleh hilangkan stress Tok. Ada masa-masa Tok nak berjalan-jalan jauh untuk hilangkan stress. Kalau pakai kereta minyak dan tol lak buat hal. Mahal tu... Nak pakai kapchai...alahai mahu patah pinggang Tok jalan jauh dengan kelajuan maksimum 120kmph je.... Jadi Ninja Tok ni boleh la buat jalan jauh hilangkan stress. Jadi manusia macam Tok ni, superbike bukan la satu keperluan yang wajib. Beli sebiji bila ada rezeki lebih....

Yang ketiga ni jenis manusia yang memang kena beli sebab selalu menempuhi perjalanan jauh atau terpaksa menggunakan motor sebagai kenderaan pergi kerja. Terutama yang jarak perjalanan rumah dan tempat kerja jauh. Atau pun mereka yang kerja disekitar bandar. Takyah pakai kereta, jimat minyak, tak jem dan takyah bayar tol. Nape tak pakai kapchai je kalo kerja kat area bandar je. Dekat kan..? Sebenarnya mereka yang kerja disekitar bandar pakai supebike sebab ciri-ciri keselamatan serta kecekapan enjin serta peralatan superbike ni lebih bagus dari kapchai tu. Pasal tu harga pun mahal giler. Ada kawan Tok pakai LC135 berulang-alik Seremban-KL. Belasah LC135 150kmph setiap hari. Baru 6 bulan dah kena overhaul. Yea la cc kecik takleh belasah redline sentiasa. Cepat je enjin haus. Pasal tu superbike dicipta. Untuk dibelasah 120kmph keatas sebab enjin dia dibuat untuk kelajuan tinggi.

Apa-apa pun sebab anda nak beli superbike kena la fikir dulu anda berada dalam kategori mana. Pastikan anda ada duit lebih untuk maintain superbike anda selepas beli okay.

Friday, January 6, 2012

Nur Amalina Che Bakri Menjawab..!

Huhuhu....kejap je gambar Amalina tersebar...bergegas dia membuat penjelasan. Bagussss...syabas Inspektor Sahab. Tok pun respek. Mari kita dengar penjelasannya dulu...
video

Apa pendapat anda..? Bagi Tok ada betul dan ada tidak betul sikap Amalina ni.

Dari segi moral....
Sebenarnya dari segi moral manusia Amalina ni tak buat apa-apa salah bagi Tok. Bebudak kat M'sia lagi teruk perangainya dengan bertudung tapi buat anak luar nikah pastu buang kat jamban. Dah la belajar tak pandai..huhuhu... Amalina cuma berpakaian trendy sahaja.

Dari segi Islam...
Haaaa...yang ni dah tentu budak Amalina ni bersalah. Dari bertudung ke tak bertudung. Siap kaler rambut lagi. Mak dia tak ajar ke hukum hakam Islam..? What the.... Pakai ketat-ketat memey la berdose wahai Cik Nur Amalina ooiii...

Dari segi Role Model....
Hmmmm...yang ni rumit sikit. Kita mahu bebudak kat M'sia ikut pencapaian pembelajaran dia bukannya perubahan penampilan dia. Tapi kalau kita tengok bebudak kita kat M'sia ni lagi teruk sebenarnya. Diorang suka ikut gaya artis yang seksi serta up to date. Masalahnya kalau si artis tu sendiri banyak skandal bagus ke ikut stail mereka? Yang si Amalina ni pandai serta cerdik tapi adakah apa yang dia buat ni berdosa. Dari segi Islam yea. Dari segi moral manusia rasanya tidak.

Kesimpulan Tok ialah...kita rakyat M'sia inginkan Amalina menjadi contoh gadis yang berpakaian sopan serta bijak menjadi role model kepada bebudak sekolah di M'sia. Tapi apa yang jadi di sini ialah, Nur Amalina masih pelajar yang bijak serta pandai cuma perubahan pakaian serta pergaulannya terarah kepada kebaratan. Tu yang buat kita terfikir sama ada Nur Amalina masih relevan untuk menjadi role model pelajar kita....

Fikir-fikirkan la...

Tuesday, January 3, 2012

Apa Yang Berlawanan Dengan Ketawa?

Petang tadi Tok ada terjumpa dengan seorang kawan lama Tok di pasar malam Ampangan. Oleh kerana dah lama tak berjumpa maka Tok pun ajak dia minum-minum di Kompleks Plaza Ampangan. Maka bercerita la kami tentang kenangan lama. Habis bergelak sakan kami berdua. Maklum la orang tua kalau dah bersembang mana nak peduli orang kat keliling. Tiba-tiba kawan Tok ni bertanya....

"Tok tau tak apa yang berlawanan dengan ketawa..?" tanya kawan Tok ni.

"Eeerr....menangis kot. Haaaa mesti menangis. " jawab Tok konfiden.

"Anda pasti..? Kalau tidak wang anda akan drop.." aaiihhh dah macam 1 Million Money Drop pulak dia.

"Mmmm..rasa-rasanya la...Suka mesti lawannya sedih. Jadi ketawa lawannya menangis la..?" tegas Tok lagi.

"Salah tu Tok. Menangis lawannya seks..!" balas kawan Tok sambil tersengih.

"Eehh ekau biar betul. Mana lak menangis lawannya seks..?" kata Tok walaupun dalam hati teringin juga nak tau kenapa.

"Memey la Tok. Kalau ketawa orang akan berbunyi HA HA HA HA..." katanya.

"Iya la, abis tu apa kaitan dengan lawannya seks pulak.." balas Tok masih konfius.

"Dah tu kalau seks orang akan berbunyi AH AH AH AH.. hehehe.." jawab kawan Tok tersengih.

Serentak dengan itu kami berdua ketawa berbahak-bahak...Hahahahahahahahaha..... Sampai dua orang aweks yang minum disebelah kami berpandangan tertanya-tanya. Cuma Tok dan kawan Tok tak berani nak buat bunyi yang berlawanan ketawa tu. Giler ape....

Monday, January 2, 2012

Apa Sudah Jadi Nur Amalina Che Bakri..?

Nur Amalina Che Bakri semasa baru sampai di UK...United Kingdom laa....bukan Ulu Kelang..!

Tahun 2012 baru bermula. Tapi sudah panas dengan berita terbaru student bijaksana kita iaitu Nur Amalina Che Bakri yang pernah mengemparkan negara dengan pencapaian 17A nya.

Gambar-gambar seksinya yang telah berubah tersebar diruang siber. Tok tengok gambar terbarunya pun hampir nak terlompat kopiah Tok.

"Humanggg aiii.....masa kat Malaysia nampak sopan je pakai tudung. Sekarang........eeerrrr seksi jugak budak Amalina ni....." bisik hati Tok.

"Toknya....tengok apa kat laptop tu...? Sengih sorang-sorang je nenek tengok.." tegur Nenek Kebayan.

Oppsss...sikit lagi terkantoi..huhuhuh... kalau tidak tido depan tv led 42 inci le jawapnya. Walau bagaimanapun Tok agak terkilan kalau perkara ini benar-benar terjadi. Gambar pun dah tersebar. Gambar ni didapati di FB Amalina Che Bakri. Malangnya akaun FB tersebut telah ditutup lantaran tuanpunya FB menyedari gambar-gambarnya telah menimbulkan sensasi panas...panas..panas..!

Tapi inilah akibatnya jika sambung belajar ke luar negara tanpa ilmu agama yang kuat serta tiada pengawasan kawan-kawan Malaysia yang berada di sana. Kejutan budaya. Contoh yang paling mudah ialah pelajar tajaan Petronas iaitu Arif Alfian Rosli yang baru bergelar Pengantin Baru. Eeerr....tak tau la Tok pasangannya Si Arif tu suaminya atau isterinya. Konfius la....
Alahai romantisnya Si Arif dengan eerr suami atau isterinya..? Jap..jap..uurrkk..eerkk...Nak termuntah lak Tok rasa...huhuhuhuhu...

Arif Alfian Rosli dan.....isterinya...Hantam saja la Labu. Malu betul keluarganya dengan perangai budak ni.. Mau tak keluar rumah 7 keturunan gamaknya.

Apa-apa pun Tok nak kongsi gambar-gambar Nur Amalina Che Bakri yang terbaru semasa beliau menyambut Krismas bersama boyfriend dia dan Tahun Baru bersama-sama rakan-rakan Mat Salehnya itu. Mana pulak kengkawan Melayu dia eekk.? Ni la kalau tak mahu bercampur dengan student sesama negara sendiri. Mat Saleh jugak dicarinya.....
Yesss.....I got 17A's. Let follow my footsteps boys and girls....

Follow like this.....

....and like this....(Humang aaiii....seksi gak budak Amalina ni..)

Ayyaarkkkk...dah ada boyfriend Mat Saleh sambut Krimas ke?. Taste tinggi betul Amalina ni....

Tengah sambut New Year dengan kengkawan Mat Saleh. Mana le kengkawan Melayu dia. Oppss lupa...dah masuk negeri Mat Saleh mana minat buat kenduri doa selamat Tahun Baru eekk..

Hmmm....harap-harap le Si Amalina tu tampil untuk explain segala gambar-gambar yang tersebar ni yeaa....kalau tidak wa sengat sama lu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...