Followers

Monday, March 19, 2012

Panasonic Centre dan Engine Shut Down!

Ni Tok nak koba sikit pasal kamera Tok. Baru-baru ni kamera Panasonic Lumix yang Tok dok pakai mengalami kerosakan kecil di mana butang on/off dia tak befungsi lagi. Jadi Tok pun hantar le kedai kamera, kunun-kunun nak repair. Takde kedai kamera pun yang boleh repair. Last-last Tok pergi kat Panasonic Centre kat Seremban 2. Sampai je situ ingatkan boleh repair tapi.....

Petugas Panasonic : "Yea Tok. Ada apa yang saya boleh bantu?"
Tok : "Tok nak hantar repair kamera Tok ni."
Petugas Panasonic : "Okay. Tok isi borang lepas tu tinggalkan kamera Tok disini."
Tok : "Agak-agak bila boleh siap?"
Petugas Panasonic : "Dalam 3-4 minggu boleh la Tok ambik."
Tok : "Aiikk..lamanya. Bukan ke repair kat sini je?"
Petugas Panasonic : "Tak Tok. Kami hantar ke Panasonic Centre kat Shah Alam. Repair sana."
Tok : "Kenapa lama sangat?"
Petugas Panasonic : "Kami kumpul dulu barangan Panasonic ni. Lepas tu setiap hari Isnin dan Rabu baru kami hantar ke Shah Alam."
Tok : "Patut la lama sangat. Kalo macam tu terima kasih aje la."

Tok terus kensel hasrat Tok tu. 3 hari lepas tu Tok sudah berada atas Ninja Tok menuju ke Panasonic Centre Shah Alam. Hantar sendiri le. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam pasal Tok bawa santai 100 kmph je. Sampai kira-kira pukul 12 tengahari. Anggar masa nak repair dalam 2-3 hari je. Jadi Tok tinggalkan kamera kat situ.

Dalam perjalanan pulang ketika menghampiri tol Seremban-Labu, Tok terserempak dengan Skuter SYM Evo 250i. Masa tu Tok bawa dalam 100 kmph je. Berdesup gak skuter tu. Jadi Tok mula pulas throttle. Masa Tok potong Skuter SYM Evo tu kelajuan Tok dalam 120kmph. Sebaik je Tok potong tetiba engine Ninja Tok mati mengejut. Kena lak masa tu kat lorong kanan sekali. Cepat-cepat Tok tarik clutch dan meluncur terus ke lorong kecemasan sambil tu Tok dok tekan-tekan butang starter. Masih tak mahu hidup. Akhirnya semasa meluncur Tok offkan kunci dan onkan balik tekan starter baru hidup balik engine.
Risau gakTok kalau Ninja Tok buat hal lagi kat jalanraya. Bila la nak hantar check kedai.

Hidup je motot Tok terus ke XL Motors. Tok tanya si Ah Fui Tokey XL Motors kenapa Ninja Tok jadi macam tu. Dia kata maybe ECU problem. Tapi tak dapat tengok masa tu pasal Pomen dia masa kabel nak check ECU pergi training kat Kawasaki Glenmarie. Dia suruh bawak Ninja Tok esok. Samapi sekarang Tok tak bawak lagi Ninja Tok sebab takde kesempatan lagi. Risau gak. Takpe la bila free nanti Tok kena bawak gak Ninja Tok tu. Nanti dia buat hal lagi mampus Tok nak tolak Ninja Tok tu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...