Followers

Sunday, July 3, 2011

Untungnya Bertongkat....

               Pada 25 Jun 2011 yang lalu bersamaan hari Sabtu Tok pergi ke Kuala Lumpur untuk menemani isteri Tok untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad (KGGMB) di Hotel Kuala Lumpur International di area Chow Kit Road. Pada hari itulah berlaku insiden yang Tok rasa menarik untuk di ceritakan.
               Sejak dua minggu yang lalu kaki Tok ni melecet kat tapak kaki sehingga menyakitkan bila Tok berjalan. Al-maklum la dah tua. Macam-macam penyakit menjenguk Tok ni. Nak tak nak Tok terpaksa la pakai tongkat bila nak berjalan. Oleh kerana Tok kena pergi KL hari tu Tok terpaksa la cari tongkat. Cari punya cari jumpa la tongkat yang ringan dan praktikal.
Ni la tongkat yan g Tok beli. Jenis retractable.

Tongkat ni dalamnya jenis pakai tekanan vakum dan spring. Pasal tu jadi antishock.

Ada tiga bahagian yang boleh dipanjangkan...

Ini rupanya bila dah buka tiga bahagian tu. Semudah ABC.


               Pagi 25 Jun tu Tok dan isteri Tok (Nenek Kebayan) dah bertolak ke KL dalam pukul 7.30 pagi. Kita orang naik bas je macam tahun-tahun lepas, baru adventure. Cuma kali ni Tok bertongkat je. Sampai je di Pasar Seni terus cari bas ke Chow Kit. Sampai di Hotel Kuala Lumpur International dalam pukul 9.30 pagi. Mesyuarat mula pukul 9.00 pagi. Alah lewat 30 minit je. Tu pun dah ada yang wakil-wakil yang ngular pergi makan kat luar. Bila nenek masuk dalam dewan untuk mesyuarat je, Tok pun pergi makan dulu. Dah kebulur tak sarapan. Makan kat warung depan hotel je. Cuma kali ni Tok tak pergi jalan-jalan pasal kaki sakit. So duduk la kat lobby. Nasib baik bawak PSP Siri 3000. Boleh gak layan sampai pukul 1 petang.
Ni penyelamat Tok masa kat lobby hotel tu. Kalo tidak boring giler tunggu sampai 1 petang.
            
  Habis je mesyuarat dalam pukul satu, nenek terus ajak Tok pergi SOGO untuk shopping. Adehhh...larat ke kaki Tok ni? Takpe layan je zasss.. Kebetulan bas tak berhenti tepi jalan. Tapi bila drebar bas tu tengok Tok terhencot-hencot tahan bas sambil bertongkat, terus dia berhenti tengah jalan. Baik betul hati orang KL ni bila tengok orang tua bertongkat.Kereta-kereta yang lain pun siap berhenti bagi laluan untuk Tok nak lintas naik bas. Untung betul bertongkat ni. Semua orang kesian.Naik bas pergi SOGO. Tengah syok duduk dalam bas kedai XL Motor tipon Tok....
               XL Motor : "Hello, ni Tok ke?"
               Tok : "Ha'ah. Sape ni?"
               XL Motor : "Ni XL Motor. Bos suruh tipon. Dia kata nak angkat Ninja Tok dengan lori hari ni. Hari ni lori tengah free."
               Tok : "Aiseymen, pandai betul bos engko cari masa nak ambik moto tu. Tok tengah takde kat Seremban time tu la nak ambik moto.Tok kat KL sekarang. Petang nanti baru boleh ambik. Sekarang tengah beziiiii shopping."             
               XL Motor : "Aiya itu macam ka. Wokey Tok. Nanti saya bagitau bos."
               Lupa lak nak bagitau, Ninja Tok tu dah satu hari tersadai kat PPD Kuala Pilah pasal ada problem dengan sistem fuel injection dia. Nasib baik dia mati kat dalam PPD Kuala Pilah. Buatnya dia meragam kat tepi jalan lagi kes naya.
               Okay la sambung kisah pergi SOGO. Dek leka layan amoi XL Motor tu tadi Tok dan nenek dah terlepas SOGO dah. Haru punya kes. Nenek pun tanya la ada satu mamat indon yang duduk berdekatan.
              Nenek : "Bas ni pergi SOGO tak? Nenek dah lama tak naik bas, Jadi tak cam la jalan pergi SOGO?"
              Mamat Indon : " Bas ni tak lalu SOGO la. Bas ni pergi Wangsa Maju. Saya ni nak balik Wangsa Maju"
                Aahhh sudah! Tak kan silap naik bas kot? Maklum la dah lama naik kereta dengan merempit atas motos je. Naik bas pun dah silap. Tak lama lepas tu Bas tu terus berhenti kat last stop di area berdekatan Chow Kit. Mamat Indon tu cemas semacam je Tok tengok. Dia terus pergi kat drebar bas.
               Mamat Indon : " Bang, bas ni pergi Wangsa Maju tak? Saya mau balik Wangsa Maju."
               Drebas bas : "Amende kau merepek ni? Bas ni mana pergi Wangsa Maju. Bas ni lalu area Chow Kit dengan Pasar Seni je. Nak pergi Wangsa Maju naik bas nombor tut...tut..tut..Dah..dah..dah turun.
              Toye je muka mamat indon tu turun bas. Cheisss...ingatkan dah pakar naik bas. Rupenya dua kali lima je. Naik bas pun salah. Tadi cakap bas ni pergi Wangsa Maju bukan main konfiden je. Terpaksa Tok dan nenek pusing second round untuk ke SOGO. Sampai di SOGO shopping la apa yang patut walaupun tengah ramai orang kat dalam tu. Bila time nak balik je Tok dan nenek decide nak berjalan ke Pasar Seni sebab jalan tengah jem.
               Berpeluh gak la Tok nak menapak ke Pasar Seni dengan bertongkat ni. Sampai je di Pasar Seni terus cari bas ke Seremban. Konduktor bas pun sampai. Nenek terus beli tiket...
               Nenek : " Berapa tiket ke Seremban? Maklum la dah lama tak naik bas. Harga tiket dah tak tau lagi."
               Konduktor : "RM6 seorang je nek. Dah naik harga lama dah."
               Nenek : "Bagi tiket untuk dua orang. Untuk nenek satu dan untuk Tok satu."
               Konduktor bas tu menjeling ke arah Tok. Tok cepat-cepat buat muka letih. Sambil kesat-kesat peluh, Tok peluk tongkat Tok tu sambil pegang beg shopping SOGO yang besar tu. Kalau orang lain tengok keadaan Tok masa tu mesti sayu dan terharu....
               Konduktor : "Eeer..takpe la nek..Yang ni spesel price.."
               Dapat je tiket, Tok dan nenek pun naik bas. Bila bas mula bergerak, Tok pun tanya nenek...
               Tok : "Yang tadi tu apa hal. Dengar macam spesel-spesel je? Apa yang speselnya?
               Nenek : "Pasal tiket tadi. Nenek kena RM6 harga normal. Tok nya dapat RM3 untuk tiket. Tu yang speselnya. Harga diskaun untuk warga OKU..."
               Terkedu Tok dengar pasal tiket tu. Baiknya hati orang KL. Perihatin. Haiiii...untungnya bila bertongkat.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...