Followers

Sunday, December 25, 2011

Maharaja Lawak Mega - Finale

Huhuhuhu...akhirnya Maharaja Lawak Mega akan sampai ke penghujungnya. Cuma tinggal 4 kumpulan je lagi. Empat-empat kumpulan tu kira layak la pergi final bagi Tok. Setiap kumpulan ada kelebihan sendiri. Cuma kalau tanya Tok rasa-rasanya dah boleh agak sape menang. Boboi gerenti dapat tempat pertama kalau Astro tak buat dajal. Osbon rasanya akan dapat tempat ke dua kecuali kalau diorang buat lawak yang best giler. Saehu dah sah-sah dapat tempat ketiga dengan bantuan orang Indon yang keje kat Malaysia ni. Syok akan dapat tempat ke empat sebab undi orang Singapore masih tak mencukupi. Yea laaa, Singapore kan kecik.

Dari Maharaja Lawak Mega ni baru kita tahu yang tak semua pelawak kat Malaysia ni bole berlawak atas pentas. Ada yang cuma lawak dalam tv atau wayang je. Tapi bila naik atas pentas....hancussss..

Apa-apa pun goodluck kepada keempat-empat kumpulan..! Saksikan Maharaja Lawak Mega di Astro Warna pada Hari Jumaat jam 10.00 malam. Macam promo jeee.....
Boboi - Gabungan Afdlin dan Harun Salim Bachik. Kedua-duanya memang menyengat dengan idea yang kreatif.

Osbon - Gabungan Abon dan Os. Rasanya Abon banyak memainkan peranan untuk buat lawak. Kalau harapkan Os sorang-sorang memang tak bleh blah.

Saehu - Gabungan Eko, Bocil dan Vicha. Si kecik Bocil yang comel tu memang menarik undi yang banyak. Yang dua lagi tu tumpang sekaki je.

Syok : Gabungan Iffa Raziah, Suhaimi dan Arif Sudin. Gabungan yang sama rata. Cuma kadang kala lawak kurang menjadi. Ada turun naik lawaknya. Memey tak boleh blah.

Ayaarkkkk..!!!

Hari ni berapa haribulan eekk..? 26 Disember.....26 Disember...??!!! Oh my goat..! Pejam celik pejam celik dah nak abis dah cuti Tok. Biar betul. Tak puas lagi ni. Ninja Tok dah Sebulan tak jalan jauh. Nak buat camne. Dok hujan je manjang. Keje pun banyak tak siap lagi. Adooiii migraine lak pula ni.

Semalam ada sorang geng forum Ninja meninggal kemalangan motosikal di Cameron. Tok tak la kenal dia. Tapi Tok ada pergi melawat blog dia di  http://firdausheder.blogspot.com/  . Muda lagi budak ni. Minat photografi. Dari blog dia Tok tengok dia ni jenis outdoor dan dan merata tempat pergi ambik gambar. Fotografer yang bagus. Malang sungguh muda-muda sudah menghadap Allah.s.w.t. Tok ni pun dah tua-tua bila dah la nak pergi pula.

Sekurang-kurangnya bila kita ambik tahu tentang kematian orang-rang disekeliling kita, kita akan sedar yang hidup kita bila-bila masa je boleh berakhir. Apa-apa yang tertangguh tu settle la cepat-cepat. Eeeehh..keje Tok pun tak siap lagi. Ayaarrkkkk...!!!!
Cik Nin Tok yang dah sebulan tak berjalan jauh. Sabar la Cik Nin. Sekarang musim hujan....

Thursday, December 8, 2011

First Time Tutti Frutti...


Baru-baru ni Tok ada pergi kedai Tutti Frutti yang baru buka kat Senawang. Yea la Tok kan orang kampung, mana pernah rasa Tutti Frutti. Tok kenal Tutti Frutti ni pun dari video klip si Najwa Latif tu. Ala lagu Cinta Muka Buku tu. Malam tu Tok pun pergi la untuk pertama kalinya. Tak reti cara beli Tok pun tanyalah kat budak pompuan yang jaga kedai tu.

"Dik..ni camne kira harga ni? tanya Tok.
"Tok ambil aiskrim dia dulu, lepas tu tambah la apa bahan-bahan aksesori yang Tok nak. Pastu kita orang akan timbang baru kasi harga." jawabnya tersenyum comel.

Tok pun ambil la bekas yang paling besar sekali saiz bekas plastik orang jual bubur kat pasar malam tu. Pastu kasi taruk aiskrim dia penuh-penuh. Hasilnya Tok cuma dapat letak sedikit bahan aksesori saja sebab dah penuh dengan aiskrim. Lepas tu Tok pun bawa ke kaunter nak kira harga. Budak kaunter tu pun timbang dan letak harga.

"Harganya RM26 je Tok." katanya.
"Humangggg aiii.." hati Tok berkata.

Tapi Tok buat muka selamba dan tarik keluar duit RM50. Dapat je Tutti Frutti, Tok terus blah balik rumah. Humanggg aii...mahal giler menatang ni. Tok beli aiskrim 1.5 kg kat Giant pun tak mahal macam ni. Serik...serik...baik Tok beli aiskrim 1.5 kg kat Giant pastu beli bahan aksesori sendiri. Bikin Tutti Frutti sendiri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...