Followers

Thursday, July 14, 2011

Pandu Uji Yamaha Lagenda ZR 110

Yamaha Lagenda ZR 110 ni Tok dah pakai selama 3 tahun. Dan selama tiga tahun itulah Lagenda ZR tak pernah mengecewakan Tok. Sentiasa sedia berkhidmat. Ini adalah pengalaman Tok memakai Yamaha Lagenda ZR 110 yang standard tanpa sebarang modifikasi pada enjin atau komponen dalamannya.

Perkara pertama yang Tok lakukan semasa membeli Lagenda ZR ini ialah Tok telah memasang rack heavy duty jenama GIVI dan memasang kotak GIVI  Flow. Sememangnya motor ni bukan la untuk Tok melawa atau merempit. Ianya untuk kegunaan harian.
Perkara pertama yang Tok perasaan ialah ada batch Lagenda yang bila kita bawa bawah 80kmph akan bergetar di bahagian tertentu seperti di fender, coverset kepala atau mudguard. Getaran ini hilang apabila kita memecut melebihi 80kmph keatas. Mungkin ini tidak berlaku pada batch yang lain.
Daripada segi ketinggian pula seat Lagenda ZR agak tinggi sedikit daripada seat Lagenda Z atau Lagenda lama. Mungkin kerana penggunaan tiub gas di absorbernya membuatkan Lagenda ZR tinggi sedikit. Daripada responsif enjin, Lagenda ZR mampu mencapai kelajuan dari 0 ke 80kmph dengan cepat, lebih dari itu ia akan mengambil sedikit masa.
Pertukaran gear sememangnya lembut kerana Tok mengguna minyak 4T Sikolene Pro 4 Full Sintetik dengan ester. Jika anda mengunakan 4T Mineral mungkin pertukaran gearnya sedikit kasar.
Mengenai kelajuan maksimum yang sentiasa penunggang kapchai tanya, dengan penunggang yang mempunyai berat badan 80kg, Lagenda ZR mampu mencapai kelajuan maksimum 120kmph tanpa kotak GIVI di belakang. Itu pun sudah tunduk G dan berenjinkan standard kilang. Jika dengan kotak GIVI di belakang, kelajuan 120kmph agak sukar dicapai kecuali jika anda sedang turun bukit.
Kelajuan maksimum yang selesa bagi Lagenda ZR ini adalah 80-90kmph bagi Tok terutama di jalan kampung atau bandar. Tetapi jika di lebuhraya Tok lebih selesa memerah pendikitnya sehingga ke 100kmph. Sebenarnya ada sebab Tok tidak menggunakan kelajuan 100 sehingga 120kmph selalu. Ianya berkaitan dengan pecutan untuk memotong. Lagenda ZR mampu memecut dari 80 ke 100kmph dengan cepat. Oleh itu jika anda sedang membawa dalam kelajuan 80kmph dan sedang mengekori kereta di hadapan, anda sememangnya mampu memotong kereta tersebut dengan pantas tanpa risaukan bertembung dengan kenderaan di laluan sebelah.
Tetapi jika anda sedang memecut selaju 100kmph dan mengekori kenderaan di hadapan, anda mungkin mengambil risiko jika ingin memotong kenderaan tersebut kerana, Lagenda ZR mengambil sedikit masa untuk memecut dari 100 ke 120kmph. Dan dalam sedikit masa itulah anda mungkin bertembung dengan kereta di laluan sebelah kerana belum dapat memotong kenderaan di hadapan anda.
Apa-apa pun Lagenda ZR adalah sebuah motor yang lasak kerana selama 3 tahun bersamaan 26 ribu kilometer, ia masih belum memberi masalah enjin kepada Tok lagi. Insyaallah.
Pendapat ini adalah pendapat peribadi Tok mengenai Lagenda ZR yang Tok sedang pakai. Penunggang Lagenda yang lain mungkin mempunyai pengalaman yang lain. Cuma pendapat Tok ini boleh dijadikan rujukan jika anda ingin membeli Lagenda ZR 110.

Wasalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...