Followers

Friday, October 19, 2012

Happy Birthday Tok Kebayan..!!

Huhuhuhu....pejam celik pejam celik..dah pun besday Tok. Dah makin tua Tok rupanye. Besday tahun ni Tok sambut sorang-sorang je sebab Nenek Kebayan dan Tok Kebayan Jr takde kat rumah. Namun begitu sambut tetap meriah kerana Tok telah pun mengundang kawan-kawan Tok untuk sambut besday Tok.

Thursday, October 11, 2012

Pandu Uji Honda Freed

Baru-baru ni Tok ada pergi ke Honda Senawang. Saje jer nak tengok-tengok kalao ada keta yang berkenan bole la sambar sebijik. Huhuhuhu...macam shopping ikan kat pasar je. Ada sebijik Honda Freed yang available untuk test drive. So Tok pun ambik keputusan untuk suruh sale agent Honda ikut Tok pergi test drive Freed ni ikut jalan Lebuhraya Bukit Putus dan patah balik ikut jalan lama Bukit Putus. Berikut adalah pandangan Tok pasal Freed ni.

Wednesday, September 26, 2012

PMR Dah Dekat, Oh My English..!!


Aduuuhh....dah lama gak Tok tak update blog ni. Maklum la, PMR dah dekat. Tok pun sibuk dengan extra kelas untuk bebudak Tok. Kali ni Tok nak citer pasal bebudak PMR Tok. Tok ni ajar dua kelas. Satu kelas Elit dan satu kelas paling bawah. Kelas elit n Tok tak la risau sangat sebab dah bebudaknya pun cerdik-cerdik cuma adalah sikit-sikit yang kuat main-main tapi still cerdik. Yang Tok paling risau ni bebudak Tok yang kelas paling bawah ni. Jenuh la Tok ajar tapi ada la segelintir je yang minat nak belajar. Yang selebihnya macam dah give up jer Tok tengok. Macam tak risau sangat pasal PMR ni. Tapi Tok tau salah satu sebabnya. Salah satu sebabnya adalah buruk macam mana pun result PMR diorang akan tetap naik tingkatan 4. Boleh ambik SPM lagi.

Lumrah mentaliti bebudak sekarang., diorang tak fikir sangat kesan pada mereka pada masa hadapan. Yang mereka tahu ialah pergi sekolah pasal mak ayah suruh. Well, apa-apa pun hanya tinggal dua minggu lebih je nak PMR. Tawakal je la dan berharap mereka mendapat 'seru' sebelum terlambat. Tok pula akan terus memberi ilmu selagi boleh dan berharap ianya bermanafaat pada segelintir pelajar yang ingin berjaya.
Insyaaalah...

Sunday, August 26, 2012

Dah lama mati..???


Huhuhuhu lama tak update blog Tok dah naik berkulat lak Tok tengok. Al maklum la Tok ni dah tua. Kekadang tu terlupa lak yang Tok ada blog. Ni al kisah Tok nak citer satu benda mengenai sifat pelupa Tok ni.

Monday, July 23, 2012

Braket VDS dan SYM T2 250i

Baru-baru ni Tok ada pergi ke XL Motor untuk check kenapa Cik Nin Tok mati enjin bila speed cecah 120kmph. Si Ah Fui kat XL Motor tu kata mungkin ECU problem. Dia suruh datang dan tukar ECU dalam RM178 tak campur upah kerja lagi tu. Kemudian Tok tengok ciri-ciri problem Tok ada persamaan dengan Ninja lain dalam Forum Ninja 250R Malaysia. Mereka kata ini semua pasal VDS (Vehicle Down System). Tak lama lepas tu dalam Forum, salah seorang staff KAWASAKI iaitu Cik Topaz umumkan yang HQ KAWASAKI recall semua Ninja EFI untuk tukar braket VDS sebab itu la punca problemnya.

2 hari lepas tu Tok pergi ke XL Motors dan tanya jika mereka tahu tentang hal HQ recall tu. Mereka kata mereka tahu. Tapi kena hantar komplen lepas tu baru dapat stok bracket. Upah tukar Si Ah Fui kata kena bayar RM35. Wadefak..? Kat forum kata HQ tukar free je. Takde bayar apa-apa pun. Potong leher betul XL Motors ni.

Tok budget kalau pergi HQ pun takde la minyak moto sampai RM35. So Tok pun terus pergi HQ KAWASAKI kat Glenmerie tu. Bertolak dalam pukul 8.00 pagi sampai pukul 9.00 pagi. Sampai je Tok terus daftar Cik Nin Tok dan terus masuk bengkel. Dalam 30 minit siap pasang braket baru. Masa tu Tok sempat la berkenalan dengan beberapa geng Ninja yang sama tukar braket VDS dan sorang mamat pakai D Tracker 250i yang tukar minyak fork. Nice people. Borak punya borak dah pukul 12 tengahari. Tok terus balik ke Seremban. Sampai Seremban Tok singgah ke XL Motors sebab tayar belakang Cik Nin Tok tercucuk besi. Kena la masukkan cacing. Masa tengah tunggu cacing masuk, Tok ternampak seorang mamat yang tengah servis dia punya SYM T2 250i.

SYM T2 250i
Moto dia warna macam dalam gambar ni. Tok pun tanya beberapa soalan pasal moto ni sebab moto ni tak banyak kat jalan lagi sebab baru launch.

Menurut empunya moto ni top speed yang dia berani bawak adalah sampai 140-150kmph berulang dari Kg.Sendayan ke Putra Jaya.. Tapi Tok musykil sikit sebab di MBC diorang kata meter T2 ni ada sikit ringan. Dia kata T2 ni takleh lawan Ninja dari segi top speed. Memang la takleh lawan sebab naked dan pakai single piston. Apa-apa pun moto ni memang cantik. Cuma Tok perasan yang seat raider dia tak selebar Ninja tetapi sedikit panjang. Seat pembonceng dia sama besar macam Ninja cuma lagi tebal la. Ekzos krom T2 ni akan berwarna terbakar sedikit di bawah cover ekzos dia bila dipakai.Patut kasi warna hitam je terus. Harga lebih mahal dari Blade 250R. Harap-harap tu kualiti enjin lebih baik dari Blade 250R la.

Sebelum Tok balik rumah Tok sempat ambik nombor handphone mamat ni. Mana tau boleh tambah raider bila Tok ride dengan Cikgu Rudy lagi.

Wasalam....

Friday, June 8, 2012

Icip-Icip Bersama Tok Kebayan Episod 2

Hari Sabtu ni, Tok terasa lak nak masak dan ambik gambo masakan Tok. Selalunya tak minat ambik gambo pun. Agaknya Tok rindu kat Nenek Kebayan dan anak Tok kot. Dua-dua takde sini. Kekadang Tok masak spesel untuk diorang. So ini kira tribute untuk Nenek Kebayan dan anak Tok la. Huhuhuhuhu macam buat album lak.
Okeh, ada dua jenis masakan hari ni. Yang pertama ialah...

TELUR DADAR ALA PIZZA
Sebenarnya Tok masak telur dadar ni pasal nak test frying pan yang baru Tok beli. Selalu gorng telur pakai kuali lengkung tu dia masak tak sama leper. So pakai la fry pan yang leper tu.
Telur ni Tok pakai 5 biji telur gred C. Kasi kocok, pastu taruk garam sikit, Taruk cili padi dan bawang kecik. Pastu Tok taruk bancuhan simen...eehhh silap...bancuhan telur tu dalam fry pan yang baru Tok beli dengan harga RM24.50 di Giant Senawang. Api kena kecik supaya bawah telur tak hangus. Kena tutup fry pan tu supaya kelembapan telur dadar tu terpelihara. Agak-agak dah masak tu, kasi terbalik lak. Kasi masak kejap bahagian atas telur dadar tu. Waala....dah pun siap. Lepas ni boleh la try letak udang ke, sotong ke..etc.

Telur Dadar Tok dah nampak macam pizza je. Bentuknya terkawal.
Lepas ni boleh test pakai topping lain lak. Mutu dan Keunggulan.

Peerggghhh...! Dia punya kelembapan masih terpelihara derr...

Masakan kedua Tok ialah....

SAYUR SELON GORENG VERSI HARAPKAN PINGGANG JE LAWA....

Sebenarnya ini masakan yang biasa orang buat. Caranya senang je.
Mula-mula kasi potong sayur selon ikut suka hati mak bapak korang la. Pastu panaskan kuali. Campak hiris bawang kecik, bawang putih, ikan bilis (ikan bilis kasi goreng garing dulu). Pastu masukkan batang selon dulu. Goreng dalam 30 saat. Last sekali masukkan daun selon. Goreng dalam 15 saat je. Batang dan daun selon ni kena asing sebab batang selon lagi lambat layu dari daun dia. Pastikan sayur selon ni tak layu masa goreng. Kasi nampak fresh lagi. Pasal tu Tok suruh goreng kejap je. Waalaaa... sudah siap derr...!

Sayur Selon Goreng ni kena hias kasi nampak ala-ala hotel. Kelas giteewww...

Pinggang sudah lawa. Rasa...? Terbaeekk dari ladang..!
Papar lauk-pauk yang baik adalah dari closeup. Tak caya pi tengok buku-buku masakan.

Jumpa lagi dalam Episod Icip-Icip Bersama Tok Kebayan yang seterusnya....



Ride To Pantai BNO - Edisi Mee Udang JLP

Huhuhu...lama gak Tok tak ride sejak Ride Terkantoi - Edisi Kau Kijam Ambiga..! Jadi setelah 4 hari berhempas-pulas tanda kertas periksa bebudak Tok, pada 7 Jun 2012 Tok pun ambik keputusan untuk ride keluar. Itu pun serba-salah sebab ada satu kelas lagi tak tanda kertas. Seperti biasa Tok pun plan dengan Cikgu Rudy untuk ride kali ni. Dah nak buat macam mana, katg SMK Tuanku Muhammad tu cuma ada dua cikgu je yang masih ada semangat bikers sejati iaitu Tok dengan Cikgu Rudy. Yang lain tu kalau ada jadi mat motor dulu pun sekarang dah bersara. Main kereta pulak dah. Ada juga cikgu SMK Tuanku Muhammad yang minat nak main motor balik. Tapi bila ajak ride banyak lak alasan. Moto kecik la. Bini tak kasi tunggang moto lagi la. Takut accident la. Takut bontot leper duduk lelama atas moto la. Ish..ish..ish...Moto kecik takde hal. Kita ride je la pakai moto kecik sesama. Tapi nak buat macam mana, masing-masing dah tak minat motor lagi.


Anway sebenarnya ride kali ni berlaku pasal Tok ada baca di blog Si Aku Budak Nerek tu di http://azmi-shuib.blogspot.com/ Pasal dia makan kat Pantai BNO. Tau tak makna Pantai BNO tu? Pantai Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam. Tok memang suka jalan-jalan kat area Selangor tu cuma Tok tak suka dengan jalanraya sekitar Sabak Bernam dan Kuala Selangor yang beralun-alun tu. Gayat weiii...

Pukul 7.50 pagi Tok bertolak dari rumah. Semasa di lebuhraya ada sebijik moto LC135 kasi potong sama Tok. Rider LC tu tengah tunduk G. Kira sudah habis aerodinamik la tu. Kunun-kununnye... Korang tau tak apa menatang yang Tunduk S dan Tunduk G ni..?

Tunduk S : Naik moto sambil membongkokkan badan. Kaki kasi lipat sikit.
Tunduk G : Naik moto sambil bongkok habis badan. Dagu kasi rapat sama itu meter motor okeh. Badan kasi rendah. Kalo boleh kasi rapat sama itu bakul moto. Kaki kasi lipat habis.

Nak dijadikan citer, Tok pun kejar le. Best gak main kejar-kejar pepagi ni macam Polis Sentri, One To Jaga, Polis Mati Pencuri Jaga. Hehehehe... Tok pulas la sampai 110kmph. Aik..? Boleh tahan. Kat depan lagi LC ni. Sudah bikin ka? Tok pulas sampai 120kmph. Yeaaaa...sudah rapattt.... Tiba-tiba....Ninja Tok mati enjin....Super Spontan betul la... Ni dah kali kedua Ninja Tok buat macam ni. Memang sah ada ECU problem. Cepat-cepat Tok tarik clutch dan meluncur ke tepi. Berhenti je, Tok off kan kunci pastu on kan balik dan start semula. Masa tu rider LC tu sudah hilang. Cheeiisss....Roy..Roy..hati kau memang keras...! (Petikan dialog filem Gila-Gila Remaja)


Jadi tepat pukul 8.30 pagi Tok sampai di RnR Seremban. Janji Melayu lagi...huhuhuhu...nak buat macam mana, Tok bangun lewat sebab dah 4 hari Tok tido lewat pagi sebab tanda kertas periksa bebudak Tok. Sampai je di RnR Seremban, Cikgu Rudy sudah tunggu.
Pukul 8.30 pagi 2 bijik moto cikgu SMK Tuanku Muhammad sudah sampai di RnR Seremban.

Tak ramai orang di RnR Seremban sebab walaupun musim cuti sekolah, tapi hari tu hari kerja. Cuma adalah rombongan bebudak sekolah singgah makan. Entah nak pi mana bebudak tu? So Tok dan Cikgu Rudy pun pi sarapan ala kadar dulu. Biasanya Tok minum teh o ais. Tapi kali ni kena minum teh ais sebab doktor dah kesan Tok ada gastrik sekarang. Kena minum susu pulak doh.

Sarapan Tok pagi tu. Nasi Goreng berlaukkan Sosej Masak Sambal.

Sarapan Cikgu Rudy pagi tu. Nasi Goreng berlaukkan Sambal Sotong dan Telur Mata Kerbau.

Pekena ubat darah tinggi dulu.Baru power layan ride kali ni.

Ni muka tak cukup tido selama 4 hari ni...


Selesai sahaja sarapan sudah pukul 9.00 pagi. Jadi kita orang pun bergegas ride. Cuaca begitu best sekali sebab tak panas. Macam mendung jerebu je... Dari lebuhraya kami keluar di Exit Rawang (Batang Berjuntai). Dari sini Cikgu Rudy akan lead sampai ke pekan Sabak Bernam.

Sampai Lebuhraya Guthrie, kena stop dulu cari bearing.

Fulaweiii...mamat jaket biru dengan helmet design Valentino Rossi tu kelihatan ganteng sekali...!!

Ni dia posing dengan bergaya sekali.Lori lak interframe.

Sudah mendung.Kena salin baju hujan dulu.

Sampai gak kat area sini.

Kasut riding baru Cikgu Rudy. Harga..? Tok malas citer la. Benda original...

Glove original baru. RM200 lebih. Kayo betul.

Di pekan Kuala Selangor kami berhenti dulu untuk isi minyak. Ninja Tok dah berjalan sebanyak 168 kilometer. Tok hanya perlukan RM8 untuk isi penuh semula. Jimat betul la Ninja EFI ni.

Sampai di pekan Kuala Selangor,kena stop isi minyak dulu.

Masa ni memang tengah paneh betul.

Cikgu Rudy terpaksa simpan balik baju hujan. Pakai balik jaket baru original dia.Huhuhu...

Kena parking tempat redup.Kalo tidak mengelegak lak minyak dalam tangki moto.

Seperti biasa perjalanan di teruskan. Tok hanya bawak dalam 90-100kmph je. Sebab Tok tak suka jalan beralun area Sabak Bernam dan Kuala Selangor tu. Sampai je di pekan Sabak Bernam, Tok ambil alih lead. On kan GPRS dan terus ke Pantai Bagan Nakhoda Omar. Dalam pukul 1.00 petang kami sampai di Restoren Jaiton Laksa Pantai (JLP) di Pantai Bagan Nakhoda Omar. Kalo korang nak pergi, google je peta tempat tu.. Tok pun tengok menu. Macam nak try Mee Udang Special je.

Banyak menu boleh pilih.

Tokey dia nama Kak Zaiton.

Hari biasa tak ramai orang.Hujung minggu jangan harap la dapat tempat duduk.

Jaiton Laksa Pantai ni dekat dengan pantai nelayan. Tak bleh mandi laut la sini.


Tok : Mee Udang Special apa yang bestnya?
Pelayan : Udang kasi lebih Tok.
Tok : Orait Mee Udang Special Unek (satu)
Cikgu Rudy : Mee Udang Special Rendek (dua)

Tak lama lepas tu sampai la Mee Udang Special ditemani ABC, Laicikang, sebotol air mineral dan dua air kosong. Apa lagi bedal la. Tok cuba tengok betul ke banyak udang dalam Mee Udang Special ni. 1..2..3..4..Tok pun kira. Fuyooooo....ada 9 ekor udang dalam Mee Udang Tok. Kira banyak juga. Lepas makan masa nak bayar Tok tanya harganya. RM5.50 untuk sepinggan Mee Udang Special yang ada 9 ekor udang. Kira murah la. Kalo 9 ekor udang tak kan dapat RM5.50 kat KL. Rasa pun boleh tahan. Bukan yang terbagus tetapi masuk la dalam Top 10 makan yang Tok suka. Ada sedikit rasa Mee Bandung. Syabas Inspektor Sahab..!!

Tok pekena Laicikang dulu sementara tunggu Mee Udang Special.

Closeup Laicikang.

ABC Cikgu Rudy sudah runtuh daa..
Ala...runtuh ABC tu ada aku kisah..?

Mata Tok terlelap masa layan Laicikang. Ngantuk sehhh..

Mee Udang Special sudah sampai.....

Mee Udang ni ada rasa sedikit Mee Bandung

Muka kepenatan dan kehausan selepas ride tengah panas.

Closeup celah Mee Udang sebelum makan.

Tok dah kira.Ada 9 ekor udang dalam Mee Udang Special.Kira berbaloi la bayar RM5.50 sepinggan.

Tepat pukul 3.30 petang, selepas solat zuhur di surau kat situ. Tok dan Cikgu Rudy pun bersiap untuk balik. Kali ni perjalanan pulang memang menyeksakan. Panas giler...! Sepanjang ride balik dua kali kami kena berhenti untuk minum air. Tok pulak lupa nak bawa Hydration Bag Pack Tok. Kalo tak senang je nyonyot minum air sambil bawak moto. Ride pulang agak slow sebab dalam pukul 4.30 petang orang sudah mula keluar opis nak balik. Tok sampai rumah dalam pukul 6.30 petang. Tapi sebelum tu sempat lagi singgah KFC sebab nak beli set Chicky Meal. Bukan apa, Tok sebenarnya nak dapatkan mainan Upin dan Ipin untuk anak Tok. Sudah ada 3 figura. Tinggal satu je lagi nak dapatkan. Anak Tok mesti suka. Saya suka! Saya suka! (petikan dialog watak Mei Mei dalam citer Upin dan Ipin.

Wasalam.








Tuesday, May 1, 2012

Ride Terkantoi Versi Kau Kijam Ambiga..!

Lama gak Tok tak ride. Jadi pada 28 April bersamaan hari Sabtu Tok pun plan dengan Cigu Rudy untuk ride ke KL. Bukan ada apa-apa pun cuma Cikgu Rudy nak tukar tayar depan ER6 dia yang dah makan sebelah. Pastu plan nak pergi kedai Alpinestars yang baru buka kat KL tu dan kalau sempat nak pergi kedai beskal Pedalsport.

Pukul 8.00 pagi sepatutnya dah RV di Rnr Seremban. Tetapi seperti biasa Tok sentiasa mengamalkan adat turun temurun bangsa kita Melayu iaitu 'Janji Melayu'. Pukul 8.30 pagi Tok pun sampai...huhuhu... Cikgu Rudy pun dah tunggu situ. So sebelum apa-apa hal kita orang pun brekpes dulu.
Brekpes Cikgu Rudy yang berupakan Nasi Goreng Berlaukkan Telur Mato Kobau dan Sambal Sutun.
Oleh kerana ramai gak orang yang brekpes kat situ Tok cuma sempat sambar Nasi Lemak Berlaukkan Telur Mato Kobau dan Telur Asin.

Sambil makan tetiba Cikgu Rudy bukak citer tak best....

Cikgu Rudy    : "Tadi ada bekas anak murid aku sms. Dia keje kat Berita Harian sekarang. Dia kata jangan datang KL hari ni. Banyak roadblock pasal ada Perhimpunan Bersih 3.0 anjuran Ambiga tu. Kang sangkut banyak sangat susah lak."

Tok    : "Oh maigot..! Habis tu camne lak plan kita nak pegi KL ni. Tak kan nak kensel. Tok dah buat rambut nak pegi ride ni. Huhuhuhuhu.."

Cikgu Rudy    : "Kita tukar pegi Speed Extreme kat Nilai je la."

Tok    : "Speed Extreme...? Huk aloh..! Kalau tau nak pergi Speed Extreme awal-awal Tok bawa Super Kapchai Tok je, Si Lagenda 1100 cc tu..!"

Apa-apa pun nak buat camne. Gara-gara Bersih 3.0 kena la lencong kat tempat lain lak. Kao memey kijam Ambiga. Sambil makan tu Tok sempat snap gambar lagi.
Dua bijik moto SMKTM tengah menunggu tuannya. Perasan tak ER6 tu tayar depan dia makan sebelah?

Keadaan di RnR ni agak sesak gak sebenarnya. Mungkin ramai yang cabut lari keluar KL kot.

Cikgu Rudy leka mengira berapa bijik nasi goreng yang ada lagi di pinggangnya...

Tok pula agak hampa bila kena melencong ke Nilai. Apa la Ambiga ni..

Selesai brekpes, ride diteruskan ke Nilai. Tak lama pastu sampai la ke Speed Extreme. Dokek yo. Tu yang tak puas tu.
Ni la kedai Speed Extreme yang dah berapa kali Tok datang tapi tak penah-penah beli apa-apa kat situ.

Ninja Tok kat depan kedai. ER6 sudah masuk belakang bengkel.


Masuk je bengkel Cikgu Rudy terus piley tayar. Kali ni dia mau pakai Michelin pulok. RM480. Fuyooo. Boleh tukar tayar belakang Tok dah.
Ni la tayar depan pilihan Cikgu Rudy. Harap-harap tak makan sebelah lagi.
Pomen Speed Extreme sedang tekun cari rezeki. Pagi ni memey takde sekor pun motot yang datang repair kecuali ER6 ni. Heran betul.

Motot ER6 yang dah terbarai enjin...

Piston head ER6 ni dah pecah gara-gara owner tak sayang motot.
Masa Tok tengah lepak-lepak kat belakang bengkel tu Tok ada nampak sebijik ER6 yang tengah di Overhaul. Pomen kata ER6 ni dah terbarai enjin sebab owner dia push enjin ke tahap maksimum gara-gara nak kejar member-member yang pakai motot empat dapur. Agak-agak la sikit brader. ER6 bukannya boleh bawak sampai 230kmph non stop. Tak sayang motot betul la. Nyampah Tok dengan sikap rider macam ni.


Akhirnya ER6 sudah dapat tayar baru.

Akhirnya ER6 Cikgu Rudy sudah siap dipasang tayar depan baru. Terbang RM480. Takpe, duit dia tengah banyak. Lepas tu kita orang singgah kejap kat Cycle Point seberang Speed Extreme. Takde apa-apa kat situ kecuali boleh tengok Can Am Spyder dan KTM. Lain-lain biasa je.

Tak mau buang masa sebab dah pukul 11.30 kita orang pun pegi minum kat KFC sebab dah panas giler. Lepas tu terus ride balik. On the way balik Tok berselisih dengan satu kemalangan yang baru terjadi. Jalan pun tengah jem. Kereta-kereta ada yang masuk lane motot. Dari permerhatian Tok kemalangan tu berlaku sebab kereta kancil tu masuk lane motot secara mengejut. Ini menyebabkan rider yang tengah menunggang LC135 tu melanggar belakang Kancil tu. Rider LC135 tu meninggal dunia di situ juga. Semasa Tok lalu mayat rider tu sedang ditutup dengan payung oleh polis sebab takde suratkhabar. Al-fatihah.

Kita sebagai rider ni macam mentimun. Melanggar kita jatuh, kena langgar dah sah jatuh gak. Oleh tu satu je komen Tok....Kao memey kijam Ambiga...huhuhuhu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...