Followers

Sunday, December 25, 2011

Maharaja Lawak Mega - Finale

Huhuhuhu...akhirnya Maharaja Lawak Mega akan sampai ke penghujungnya. Cuma tinggal 4 kumpulan je lagi. Empat-empat kumpulan tu kira layak la pergi final bagi Tok. Setiap kumpulan ada kelebihan sendiri. Cuma kalau tanya Tok rasa-rasanya dah boleh agak sape menang. Boboi gerenti dapat tempat pertama kalau Astro tak buat dajal. Osbon rasanya akan dapat tempat ke dua kecuali kalau diorang buat lawak yang best giler. Saehu dah sah-sah dapat tempat ketiga dengan bantuan orang Indon yang keje kat Malaysia ni. Syok akan dapat tempat ke empat sebab undi orang Singapore masih tak mencukupi. Yea laaa, Singapore kan kecik.

Dari Maharaja Lawak Mega ni baru kita tahu yang tak semua pelawak kat Malaysia ni bole berlawak atas pentas. Ada yang cuma lawak dalam tv atau wayang je. Tapi bila naik atas pentas....hancussss..

Apa-apa pun goodluck kepada keempat-empat kumpulan..! Saksikan Maharaja Lawak Mega di Astro Warna pada Hari Jumaat jam 10.00 malam. Macam promo jeee.....
Boboi - Gabungan Afdlin dan Harun Salim Bachik. Kedua-duanya memang menyengat dengan idea yang kreatif.

Osbon - Gabungan Abon dan Os. Rasanya Abon banyak memainkan peranan untuk buat lawak. Kalau harapkan Os sorang-sorang memang tak bleh blah.

Saehu - Gabungan Eko, Bocil dan Vicha. Si kecik Bocil yang comel tu memang menarik undi yang banyak. Yang dua lagi tu tumpang sekaki je.

Syok : Gabungan Iffa Raziah, Suhaimi dan Arif Sudin. Gabungan yang sama rata. Cuma kadang kala lawak kurang menjadi. Ada turun naik lawaknya. Memey tak boleh blah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...