Followers

Thursday, December 8, 2011

First Time Tutti Frutti...


Baru-baru ni Tok ada pergi kedai Tutti Frutti yang baru buka kat Senawang. Yea la Tok kan orang kampung, mana pernah rasa Tutti Frutti. Tok kenal Tutti Frutti ni pun dari video klip si Najwa Latif tu. Ala lagu Cinta Muka Buku tu. Malam tu Tok pun pergi la untuk pertama kalinya. Tak reti cara beli Tok pun tanyalah kat budak pompuan yang jaga kedai tu.

"Dik..ni camne kira harga ni? tanya Tok.
"Tok ambil aiskrim dia dulu, lepas tu tambah la apa bahan-bahan aksesori yang Tok nak. Pastu kita orang akan timbang baru kasi harga." jawabnya tersenyum comel.

Tok pun ambil la bekas yang paling besar sekali saiz bekas plastik orang jual bubur kat pasar malam tu. Pastu kasi taruk aiskrim dia penuh-penuh. Hasilnya Tok cuma dapat letak sedikit bahan aksesori saja sebab dah penuh dengan aiskrim. Lepas tu Tok pun bawa ke kaunter nak kira harga. Budak kaunter tu pun timbang dan letak harga.

"Harganya RM26 je Tok." katanya.
"Humangggg aiii.." hati Tok berkata.

Tapi Tok buat muka selamba dan tarik keluar duit RM50. Dapat je Tutti Frutti, Tok terus blah balik rumah. Humanggg aii...mahal giler menatang ni. Tok beli aiskrim 1.5 kg kat Giant pun tak mahal macam ni. Serik...serik...baik Tok beli aiskrim 1.5 kg kat Giant pastu beli bahan aksesori sendiri. Bikin Tutti Frutti sendiri...

3 comments:

Aku Budak Nerek said...

Hehehe...saya pernah dengar nama kedai aiskrim nie. Tapi blom pernah cuba lagi. Macam best jer dengarnya. Tapi bab harga tu macam tak best laa pulak...

Tok Kebayan said...

Mende ni makanan orang-orang kota. Pasal tu mahal. Kalo perasan dalam video klip Cinta Muka Buku, si Najwa Latif tu ambil aiskrim seciput je. Taruk topping pun ala kadar je. Kes duit tak banyak la tu..huhuhu...

abiwaummi said...

tok, saya pun dah terkena.. huih.. nasib rm13 hinggit jer.. huhu.. tok kene dah nak rm30 hinggit.. hahahaha... tu ler kalo orang kampung masuk bandor... x pasal-pasal tertipu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...