Followers

Sunday, December 25, 2011

Ayaarkkkk..!!!

Hari ni berapa haribulan eekk..? 26 Disember.....26 Disember...??!!! Oh my goat..! Pejam celik pejam celik dah nak abis dah cuti Tok. Biar betul. Tak puas lagi ni. Ninja Tok dah Sebulan tak jalan jauh. Nak buat camne. Dok hujan je manjang. Keje pun banyak tak siap lagi. Adooiii migraine lak pula ni.

Semalam ada sorang geng forum Ninja meninggal kemalangan motosikal di Cameron. Tok tak la kenal dia. Tapi Tok ada pergi melawat blog dia di  http://firdausheder.blogspot.com/  . Muda lagi budak ni. Minat photografi. Dari blog dia Tok tengok dia ni jenis outdoor dan dan merata tempat pergi ambik gambar. Fotografer yang bagus. Malang sungguh muda-muda sudah menghadap Allah.s.w.t. Tok ni pun dah tua-tua bila dah la nak pergi pula.

Sekurang-kurangnya bila kita ambik tahu tentang kematian orang-rang disekeliling kita, kita akan sedar yang hidup kita bila-bila masa je boleh berakhir. Apa-apa yang tertangguh tu settle la cepat-cepat. Eeeehh..keje Tok pun tak siap lagi. Ayaarrkkkk...!!!!
Cik Nin Tok yang dah sebulan tak berjalan jauh. Sabar la Cik Nin. Sekarang musim hujan....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...