Followers

Monday, March 28, 2011

Ride To Muar - Edisi Mee Bandung Muar

Pada 26 Mac 2011 yang lalu Tok dan Cikgu Rudy plan nak pergi ride ke Batu Pahat tapi oleh kerana masing-masing lambat bangun jadi ride bertukar ke Muar untuk makan Mee Bandung Muar.
RV di Petronas Tampin tapi oleh kerana jalan Seremban-Tampin tengah dinaik taraf Tok ambik masa hampir sejam nak sampai ke Petronas Tampin.
Sampai di Petronas Tampin dalam pukul 9.00 pagi. Cikgu Rudy sampai dengan ER6F dia dalam pukul 9.30 pagi. Kami bertolak ke RnR Air Keroh untuk sarapan sebab masing-masing tak mamam lagi.

Di RnR Air Keroh kami makan Nasi Goreng dengan telur goreng je. Al-maklum la destinasi budget.

Cikgu Rudy dengan ER6F dia. Dressing sempoi je nih. Belum full gear lagi nih.

ER6F dan Ninja sudah ambik parking kereta.

Hahahaha...Tok tengok seluar Tok tu dah macam badut lak...

Dapat duduk atas seat pun dah okay la tuh. Nak beli tak mampu lagi.

Selesai saja sarapan kami pun terus ride ke Muar ikut jalan dalam. Jalan memang best dengan selekoh-selekoh yang sedap nak meleper. Terasa gak nak ambik gambar masa ride tuh. Tapi Tok belum handal ambik gambar sambil ride macam Han Si TayarGolek tuh. Speed 100kmph boleh lagi ambik gambar Si Han tu. Tunggu la bila Tok dah khatam skill ni Tok boleh ambik gambar sambil buat superman atas motor lagi. Insyaallah.

Sampai la ke destinasinya iaitu gerai sebelah Sg.Muar berdekatan Markas Polis Marin Muar.

Cantik punyer parking. Bawah pokok.Teduh je. Masa ni Perdana Menteri kita sedang melawat Bandar Muar. Tu yang jem giler masa tu.

Ni la duduk bijik motor milik Cikgu-cikgu TMS yang berjaya sampai ke Muar.

Hahaha...NCL414 tu ikut nombor rumah Tok, jangan tak tau.

Try ambik gambar pakai timer. Aisey tak sempat duduk lak.

Masih tak sempat duduk. Cikgu Rudy dah sengih-sengih pasal gambar dia masuk.

Hmmm..payah sangat kena setting balik timer tu. Cikgu Rudy masih maintain sengih dia selama 2 minit. Hebat-hebat...

Haaa...nih baru betul punyer setting timer. Masa ni sengih Cikgu Rudy dah turun ke tahap 60 peratus. Penat wooo tahan sengih selama 2 minit.

Nih muka penat Tok. Badan dah panas. Tau panas macam ni, baik Tok ride pakai singlet Pagoda je. Brader yang jaga Tandas awam tanya Tok, datang dari mana. Tok jawab dari Seremban. Saja jalan-jalan cari makan kat Muar. Terkejut juga dia. Dia kata jauhnya datang nak makan. Tok jawab hero mana makan dekat-dekat. Hero sejati kena makan jauh-jauh.Hehehehehe takbur betul jawapan tuh.

Nih muka letih Cikgu Rudy. Tangan baru je baik dari accident moto LC135 dia. Patut pun ride dok isi petrol Petronas. Pakai baju Petronas rupenyer... Ada penaja la....

Yeezzzaaa..! Mee Bandung sudah sampai. Kebulur dah masa ni.

Terima kasih kepada Cikgu Rudy kerana menaja makan minum tengah hari di Muar. Terima kasih daun keladi tu....

Masa ni testing timer balik.

Haaaa..nih bukti Cikgu-cikgu TMS dah datang Muar dengan Ninja dan ER6F. Nanti takde gambar orang kata temberang lak.
Okay la, lepas tu ride balik Negeri Sembilan bermula ikut Lebuhraya pasal nak kejar masa. Speed masa ride maintain 120 - 140 kmph. Tu pun takleh laju lagi pasal angin lintang kuat sangat. Kita orang berpecah kat Tol Simpang Ampat. Tok terus ride ke Seremban. Sampai rumah pukul 2.30 petang. Penat giler. Al-maklum la dah tua banget. Tulang dah reput nak buat camne ek?
Anyway it was a good ride although it was hot and tiring. Two old teachers trying to test their endurance power. What do you expect?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...