Followers

Wednesday, March 9, 2011

Kenduri Kahwin Adik Ipar NinjaCops

5 Mac 2011 baru ni seorang adik ipar geng Kawasaki Ninja iaitu NinjaCops telah melangsungkan perkahwinan. Biasanya Tok tak pergi kalau jauh dan panas. Tapi pasal tempat tu dah dekat sangat so Tok pergi la. RV sepatutnya pukul 12 tengahari di tol Senawang. Tok sampai pukul 12.15 tengahari. Tunggu punya tunggu sampai pukul 1. Baru sorang sampai. Mat Duan dari Klang. Pasal dah haus sangat Tok dan Mat Duan pergi terus kenduri. Sampai sana rupenye diorang dah sampai dulu. Asparagus betul la. Apa-apa hal minum dulu....

Ni la geng-geng NinjaCops yang dah sampai dulu. Moto besar yarabbi.
Yang biru tu moto Mat Duan. Ekzos sudah tukar. Bunyi giler punya bising. POM POM POM!
Ni moto Suzuki Hayabusa 1300. Kalo diperhatikan betul-betul tangki dia dah balut dengan kulit. Kaya betul demo ni...
Ni pulak Kawasaki GTR14. Harga dia boleh beli dua bijik Inspira.
Shot dari jauh...
Sape la punya KTM ni. Moto ni kalo nak main lap kena turun kaki dulu..
Hahahaha...yang hitam tu Ninja Tok. Kilat lagi. Maklum la dah dua minggu tak keluar rumah...
Pukul 2.30 baru pengantin datang. Panas giler tunggu pengantin datang. Nasib baik air sejuk ada.

Okay la. Tepat pada pukul 3 Tok beransur balik. Dah ngantuk masa tu...Dapat gak jumpa dengan geng forum Ninja. Selama ni dok tengok gambar diorang dalam forum je...Chow..

2 comments:

TayarGolek.Com said...

Gi makan nasik minyak ye Tok..hehe

Tok Kebayan said...

Sebenarnya masa tu tak selera makan sangat pasal panas sangat. Minum banyak masa tu. Lauk okay cuma bila badan dah panas tak lalu makan sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...