Followers

Monday, April 11, 2011

OVERSHOOT!!

Hari ni 11 April 2011. Peristiwa yang agak mencemaskan telah berlaku. Pagi ni Tok pergi ke SMK Lui Barat untuk bertugas sebagai pemeriksa MUET Speaking. Seperti biasa Tok bawa Ninja Tok untuk kejar masa. Settle semua kerja, Tok pun on the way balik dalam pukul 12.30 tengahari.

Nak dijadikan cerita Tok pun bawa dalam kelajuan 100kmph. Bawa pun dan tengah kejar kereta dan tak fokus sangat kat jalanraya. Sampai di satu selekoh, entah macam mana Tok lambat meleper masa masuk selekoh tu dan terus overshoot. Nasib baik Tok sempat brek dan kawal Ninja Tok dengan bergaya.....eerrr sebenarnya mengagau jugak sampai masuk tepi rumput yang berpasir tu.

Sebaik saja berhenti Tok terus relaks dulu. Nasib baik Tok tak mudah panik berkat dari pengalaman Tok main motor selama 19 tahun. Dari pengalaman ni boleh dirumuskan yang bahawa apabila kita bawa motor dalam kelajuan yang sederhana atau tinggi, tiga perkara perlu ada.
1. Yang pertama ialah Fokus pada jalanraya
2. Yang kedua jangan mudah panik apabila kita hampir kemalangan.
3. Yang ketiga jangan tekan brek sampai habis sebab ianya akan kunci tayar dan seterusnya tayar akan slide. Seeloknya tekan brek beberapa kali sebelum berhenti.

So dengan itu memang betul yang bahawa malang tidak berbau...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...