Followers

Tuesday, May 31, 2011

Ride To Felda Soeharto - Edisi Selera Rimba

Pada 29 Mei 2011 yang lalu Tok dan Cikgu Rudy dah plan nak ke Restoren Selera Rimba di Felda Soeharto di Sg. Besar, Selangor. RV sepatutnya pukul 8 pagi di RnR Seremban. Tetapi kerana Tok kuat memegang tradisi Melayu lama iaitu "Janji Melayu", Tok pun sampai di RnR Seremban pukul 8.30 pagi.
Sampai-sampai nampak la beberapa Superbikes dan moto ER6n Cikgu Rudy tengah parking. Orangnya takde. Mana yea...?
Dok cari-cari terjumpa lak Cikgu Zakiah. Dia on the way ke Putrajaya nak tengok perhimpunan Belia di sana. Ramai betul orang kat RnR ni. Hari Ahad biasa la. Last-last jumpa gak Cikgu Rudy ni tengah merayau-rayau di celah-celah orang ramai. Dapat la Tok sarapan  pagi tu.

Terus sarapan di RnR Seremban. Ramai giler masa tu. Hari Ahad memang ramai orang. Makan je la apa yang dapat beli.

Lepas sarapan terus bersiap untuk ride. Adehh..perut tengah proses makanan lagi ni tapi dah kena jalan.

Ride terus ke RnR Rawang. Ingatkan nak isi minyak sini tapi punyai la ramai manusia nak isi minyak jugak sini. So terpaksa kensel plan nak isi minyak. Minyak pun ada lagi 3 suku. Masa ni terjumpa geng Nilai Bikers. Diorang on the way nak ke Cameron Highland. Friendly group.

Takyah tegur diorang. Diorang tegur kita orang dulu.

Nak join diorang ke Cameron Highland, tapi tengok moto diorang kalo ikut memang sah kena tinggal jauh ni.

Takpe. Yang penting kita pengyu.

Orait lepas borak beberapa minit kita orang pun gerak dulu.

Sampai di Stesen Minyak Sg. Tengi...

Sampai kat Sg. Tengi kena isi minyak dulu. Nanti tak cukup minyak tengah hutan susah lak.
So dari Sg. Tengi Tok dan Cikgu Rudy terus ke Felda Soeharto. Jalan ke Restoren Selera Rimba ni kena tempuh hutan dan jalan beralun.  Dekat sejam gak la layan jalan beralun sampai sengal pinggang dibuatnya. Sampai ke Restoren Selera Rimba boleh terlepas lak sign board dia pasal dah mabuk jalan beralun.

Cikgu Rudy tersengih bangga sebab sampai jugak akhirnya...

Kepala ride kali ni tengah mabuk darat lagi....

Kena duduk lepak-lepak dulu layan air sejuk.

Cikgu Rudy sudah siap sedia untuk makan. Mari kita tengok apa menunya....

Nasi putih + telur asin + petai + gulai ikan baung

Tok pun dah get ready ni. Mari tengok apa Tok bedal hari tu....

Nasi putih + gulai ikan baung + ulam jantung pisang + sambal tempoyak. Al maklum la budget terhad.

Ni muka kekenyangan ni...tengah proses makanan...

Aikkk...bila check Garmin Nuvi ada lak peta ke sini. Dulu check takde lak. Musykil sungguh.

Okay la time balik...

Masa ni memang dah panas. Penat pun ada.
On the way balik Tok singgah lak gerai kat Sg. Besar beli mangga. Awek yang jaga situ muda. Tok ingatkan budak sekolah sebab nampak muda. Bila tanya dia kata umur dia dah 22 tahun. Dah kawin anak tiga. Fuyoooo...ni mesti awet muda pasal makan mangga selalu ni.
Awek tu tanya "Best tak bawa moto besar bang?"
.....Abang? Aik..selalunya mesti kena panggil pakcik. Tak kan bawa moto besar terus panggil abang?
Tok pun jawab "Memang best, tapi bawa kapchai pun seronok gak cuma lambat sampai je."
Yea la Tok pun dah lama bawa moto kapchai. Tak kan nak kondem moto kapchai lak. Moto kapchai la yang Tok lagi seronok bawa dari moto besar.

Sampai kat stesen minyak mana tah, Cikgu Rudy berhenti pasal sudah kering tekak....

Tok boleh tahan lagi pasal dah pakai hydration bag. Cuma sudah penat je...
Dari situ kita orang terus balik ikut highway. Speed pun maintain dalam 120kmph. Sampai rumah dalam pukul 4 petang. Total distant dalam 400km. Jauh gak. Dah tua-tua ni tak larat sangat nak travel jauh-jauh balik hari.
Next time kena kurangkan bawak barang la....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...