Followers

Saturday, May 7, 2011

Projek Dalam Kereta??!!

Ada cerita yang agak pelik dan mencurigakan pada hari ini. 7 Mei 2011 dalam pukul 4.30 petang, Tok on the way ke KL nak cari riding pants. So Tok ikut lebuhraya LEKAS. Semasa lepas je Tol Ampangan ada kereta pintas Tok. Agak slow. Kalau ikut Tok memang tak ambil kisah sangat bila kereta potong Ninja Tok. Tok pun bawa slow dalam 100kmph. Tapi masa kereta tu pintas Tok, Tok perasan ada awek bertudung tengah tunduk-tunduk kat pangkuan pakwe dia yang tengah drive. Halamak..! musykil nih... Tok pun apa lagi terus meroket kejar balik kereta tu.

Hehehehehe...nak dijadikan citer Tok pun dapat saing dengan kereta tu. Tok pun tinjau-tinjau kat dalam. Fuyoo...ada awek bertudung berkulit kuning langsat kat belah passenger. Tapi apsal dia tertunduk-tunduk kat belah driver tu? Hehehehe..Tok suspek awek ni tengah cuba test tombol gear kot. (Paham tak ni? Kalau tak paham pi main jauh-jauh!)

Kereta tu pun mula slow. Ada ke bawa 50-60kmph kat Highway LEKAS. Pastu melelong-lelong lak. Main lane tengah tapi bawa 60kmph. Memang sah dah ni. Tok pun sengaja bawa betul-betul belakang kereta tu. Memang sah awek tu dok tunduk kat belah driver. Tok tukar lane bawa Ninja Tok betul-betul belakang pintu belakang kereta tu. Kali ni driver tu perasan Tok tengah follow dia. Dia pun mula speeding tapi setakat 100kmph je. Takleh laju lagi pasal tengah tahan perasaan kot. Tok follow je. Kurang ajar betul! Cari la bilik ke, tak pun kawin je la.

Ada gak dalam 10 minit Tok perhati diorang ni. Last-last bila sampai kat RnR Beranang kereta tu pun masuk. Nak basuh-basuh sikit kot. Ahaks. Tok pun terus potong kereta tu dan pandang diorang. Takde nak takut pun pasal Tok pakai fullface visor gelap. Haiiii...tak tau la orang Melayu nak jadi apa sekarang.

Anyway, kereta Satria Neo NCC 7231 berwarna Merah Metalik....anda telah diawasi dan dicamkan. Cepat-cepat la kawin yea. Jangan buek malu orang Nogori...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...