Followers

Thursday, January 26, 2012

Perlukah Beli Superbike...?


Hmmmm....topik ni agak subjektif sikit. Tujuan Tok timbulkan topik ni pasal Tok selalu dengar kengkawan dok sebut impian nak beli Superbike la..... Terutama mat-mat motor.

Sebenarnya bila masuk bab-bab nak beli Superbike ada 3 jenis manusia.

Yang pertama jenis manusia yang sebenarnya tak perlu beli superbike sebab takde keperluan sebenarnya. Tapi dia beli jugak. Dasar keras kepala dan duit dah berlambak..hihihihi... Manusia jenis ni sebenarnya tak beli superbike pun takpe sebab semuanya dah cukup. Rumah ada, kereta ada, motor besar dah ada, hati senang, tapi nak beli lagi superbike pasal......dah suka. Pergghhh...memey jenis tak sayang duit.

Yang Kedua jenis manusia yang keperluan nak pakai superbike ni sikit je. Tak perlu sangat tapi berguna untuk diri sendiri kadangkala. Macam Tok termasuk dalam golongan ni. Sebenarnya Tok tak perlu sangat Superbike ni sebab rumah ada, kereta ada, moto kapchai sudah ada, Tok pergi kerja pun pakai kereta atau kapchai je sebab tak payah lalu tol pun. Tapi Tok beli gak Ninja Tok ni. Pasal apa....? Sebenarnya ni adalah salah satu perkara yang boleh hilangkan stress Tok. Ada masa-masa Tok nak berjalan-jalan jauh untuk hilangkan stress. Kalau pakai kereta minyak dan tol lak buat hal. Mahal tu... Nak pakai kapchai...alahai mahu patah pinggang Tok jalan jauh dengan kelajuan maksimum 120kmph je.... Jadi Ninja Tok ni boleh la buat jalan jauh hilangkan stress. Jadi manusia macam Tok ni, superbike bukan la satu keperluan yang wajib. Beli sebiji bila ada rezeki lebih....

Yang ketiga ni jenis manusia yang memang kena beli sebab selalu menempuhi perjalanan jauh atau terpaksa menggunakan motor sebagai kenderaan pergi kerja. Terutama yang jarak perjalanan rumah dan tempat kerja jauh. Atau pun mereka yang kerja disekitar bandar. Takyah pakai kereta, jimat minyak, tak jem dan takyah bayar tol. Nape tak pakai kapchai je kalo kerja kat area bandar je. Dekat kan..? Sebenarnya mereka yang kerja disekitar bandar pakai supebike sebab ciri-ciri keselamatan serta kecekapan enjin serta peralatan superbike ni lebih bagus dari kapchai tu. Pasal tu harga pun mahal giler. Ada kawan Tok pakai LC135 berulang-alik Seremban-KL. Belasah LC135 150kmph setiap hari. Baru 6 bulan dah kena overhaul. Yea la cc kecik takleh belasah redline sentiasa. Cepat je enjin haus. Pasal tu superbike dicipta. Untuk dibelasah 120kmph keatas sebab enjin dia dibuat untuk kelajuan tinggi.

Apa-apa pun sebab anda nak beli superbike kena la fikir dulu anda berada dalam kategori mana. Pastikan anda ada duit lebih untuk maintain superbike anda selepas beli okay.

2 comments:

Hasmizal said...

setuju.. tepuk dada.. tanya selera.. seluk poket..

Anonymous said...

Super jolie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...