Petang tadi Tok ada terjumpa dengan seorang kawan lama Tok di pasar malam Ampangan. Oleh kerana dah lama tak berjumpa maka Tok pun ajak dia minum-minum di Kompleks Plaza Ampangan. Maka bercerita la kami tentang kenangan lama. Habis bergelak sakan kami berdua. Maklum la orang tua kalau dah bersembang mana nak peduli orang kat keliling. Tiba-tiba kawan Tok ni bertanya....
"Tok tau tak apa yang berlawanan dengan ketawa..?" tanya kawan Tok ni.
"Eeerr....menangis kot. Haaaa mesti menangis. " jawab Tok konfiden.
"Anda pasti..? Kalau tidak wang anda akan drop.." aaiihhh dah macam 1 Million Money Drop pulak dia.
"Mmmm..rasa-rasanya la...Suka mesti lawannya sedih. Jadi ketawa lawannya menangis la..?" tegas Tok lagi.
"Salah tu Tok. Menangis lawannya seks..!" balas kawan Tok sambil tersengih.
"Eehh ekau biar betul. Mana lak menangis lawannya seks..?" kata Tok walaupun dalam hati teringin juga nak tau kenapa.
"Memey la Tok. Kalau ketawa orang akan berbunyi HA HA HA HA..." katanya.
"Iya la, abis tu apa kaitan dengan lawannya seks pulak.." balas Tok masih konfius.
"Dah tu kalau seks orang akan berbunyi AH AH AH AH.. hehehe.." jawab kawan Tok tersengih.
Serentak dengan itu kami berdua ketawa berbahak-bahak...Hahahahahahahahaha..... Sampai dua orang aweks yang minum disebelah kami berpandangan tertanya-tanya. Cuma Tok dan kawan Tok tak berani nak buat bunyi yang berlawanan ketawa tu. Giler ape....
No comments:
Post a Comment