Followers

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

Haaaaaa....malam ni merupakan malam terakhir sebelum bulan Ramadhan menjelma. Tok dah mula selsema pulak dah. Dah dua hari dok bersin je. Meleleh-leleh hingus macam bebudak lak. Apa-apa pun biasanya Tok ni minggu pertama puasa memang okay, tapi bila masuk minggu ke-2 dan seterusnya muka mula toye. Al-maklum la tenaga dah mula berkurangan.
Bebudak Tok pun dah nak percubaan PMR pada 8 Julai ni. Tak tahu la macam mana prestasi diorang ni. Semua bebudak 2 kelas terakhir. Ada yang memang nak belajar, ada yang nak main manjang je.... Harap-harap di bulan Ramadhan ni, geng yang nak main manjang tu insaf dan nak belajar.
Anyway, biasanya bulan Ramadhan ni 2-3 hari pertama memang nak beli juadah berbuka je. Tapi masuk hari ke 4 dan seterusnya Tok akan mula memasak. Tak tahan duit keluar macam air bila beli juadah berbuka. Nafsu nak makan besar tapi kemampuan nak makan banyak takde. Biasa la manusia nafsu besar tapi kemampuan kecik.
Selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang sudi berkunjung di Pondok Tok Kebayan ni....

Tuesday, July 26, 2011

Baru nak okay

Haaaaa...lama gak Tok tak update blog ni. Mana taknya? Baru ni Nenek Kebayan masuk spital pasal kes denggi. Penat gak Tok berulang alik spital selama seminggu. Masa tu gak la Tok mula demam dan jadi kes suspek denggi. Seksa gak bila badan mula lenguh-lenguh dan cepat penat. Sekarang ni dah okay tapi kesan dia masih ada. Tok masih cepat penat dan badan masih terasa lenguh-lenguh walaupun ujian darah dah okay. Sekarang ni anak Tok lak demam panas. So kena la jaga-jaga sikit tengok keadaan dia. Lama gak Tok tak layan Ninja Tok tu walaupun Ninja Tok dah 2 minggu kuar bengkel. Tunggu la bila badan dah betul-betul kuat baru layan Ninja. Sekarang ni layan kereta dengan Lagenda ZR Tok je la.....

Thursday, July 14, 2011

Pandu Uji Yamaha Lagenda ZR 110

Yamaha Lagenda ZR 110 ni Tok dah pakai selama 3 tahun. Dan selama tiga tahun itulah Lagenda ZR tak pernah mengecewakan Tok. Sentiasa sedia berkhidmat. Ini adalah pengalaman Tok memakai Yamaha Lagenda ZR 110 yang standard tanpa sebarang modifikasi pada enjin atau komponen dalamannya.

Perkara pertama yang Tok lakukan semasa membeli Lagenda ZR ini ialah Tok telah memasang rack heavy duty jenama GIVI dan memasang kotak GIVI  Flow. Sememangnya motor ni bukan la untuk Tok melawa atau merempit. Ianya untuk kegunaan harian.
Perkara pertama yang Tok perasaan ialah ada batch Lagenda yang bila kita bawa bawah 80kmph akan bergetar di bahagian tertentu seperti di fender, coverset kepala atau mudguard. Getaran ini hilang apabila kita memecut melebihi 80kmph keatas. Mungkin ini tidak berlaku pada batch yang lain.
Daripada segi ketinggian pula seat Lagenda ZR agak tinggi sedikit daripada seat Lagenda Z atau Lagenda lama. Mungkin kerana penggunaan tiub gas di absorbernya membuatkan Lagenda ZR tinggi sedikit. Daripada responsif enjin, Lagenda ZR mampu mencapai kelajuan dari 0 ke 80kmph dengan cepat, lebih dari itu ia akan mengambil sedikit masa.
Pertukaran gear sememangnya lembut kerana Tok mengguna minyak 4T Sikolene Pro 4 Full Sintetik dengan ester. Jika anda mengunakan 4T Mineral mungkin pertukaran gearnya sedikit kasar.
Mengenai kelajuan maksimum yang sentiasa penunggang kapchai tanya, dengan penunggang yang mempunyai berat badan 80kg, Lagenda ZR mampu mencapai kelajuan maksimum 120kmph tanpa kotak GIVI di belakang. Itu pun sudah tunduk G dan berenjinkan standard kilang. Jika dengan kotak GIVI di belakang, kelajuan 120kmph agak sukar dicapai kecuali jika anda sedang turun bukit.
Kelajuan maksimum yang selesa bagi Lagenda ZR ini adalah 80-90kmph bagi Tok terutama di jalan kampung atau bandar. Tetapi jika di lebuhraya Tok lebih selesa memerah pendikitnya sehingga ke 100kmph. Sebenarnya ada sebab Tok tidak menggunakan kelajuan 100 sehingga 120kmph selalu. Ianya berkaitan dengan pecutan untuk memotong. Lagenda ZR mampu memecut dari 80 ke 100kmph dengan cepat. Oleh itu jika anda sedang membawa dalam kelajuan 80kmph dan sedang mengekori kereta di hadapan, anda sememangnya mampu memotong kereta tersebut dengan pantas tanpa risaukan bertembung dengan kenderaan di laluan sebelah.
Tetapi jika anda sedang memecut selaju 100kmph dan mengekori kenderaan di hadapan, anda mungkin mengambil risiko jika ingin memotong kenderaan tersebut kerana, Lagenda ZR mengambil sedikit masa untuk memecut dari 100 ke 120kmph. Dan dalam sedikit masa itulah anda mungkin bertembung dengan kereta di laluan sebelah kerana belum dapat memotong kenderaan di hadapan anda.
Apa-apa pun Lagenda ZR adalah sebuah motor yang lasak kerana selama 3 tahun bersamaan 26 ribu kilometer, ia masih belum memberi masalah enjin kepada Tok lagi. Insyaallah.
Pendapat ini adalah pendapat peribadi Tok mengenai Lagenda ZR yang Tok sedang pakai. Penunggang Lagenda yang lain mungkin mempunyai pengalaman yang lain. Cuma pendapat Tok ini boleh dijadikan rujukan jika anda ingin membeli Lagenda ZR 110.

Wasalam.

Wednesday, July 13, 2011

Pandu Uji Kawasaki Ninja 250R EFI

Pandu uji yang akan diberikan ini adalah berdasarkan pengalaman Tok memakai Kawasaki Ninja 250R EFI. Pandangan ini adalah merupakan pengalaman peribadi semata-mata.

Okay sebenarnya bagi Tok tiada beza sangat Ninja 250r carb dengan EFI. Perbezaannya ialah EFI tiada meter fuel. Jadi kepada yang biasa pakai meter fuel kena la biasakan budget minyak pakai meter kilometer. Ninja 250r EFI adalah agak sensitif peralatan elektroniknya. Jadi cuba elakkan memodifikasi sebarang peralatan elektroniknya seperti memasang sistem alarm, relay etc jika tidak perlukan sangat.
Dari segi penjimatan minyak, Ninja 250r memang menjimatkan. Satu tangki 18 liternya boleh membawa anda sehingga ke 400km jika kelajuan tidak melebihi 120 kmph. Terdapat ramai Ninjarian yang mengatakan mereka mampu dapat kelajuan mencecah 175-180kmph. Sebenarnya ia bergantung kepada berat badan penunggang serta rintang angin. Dengan enjin standard serta berat badan yang tak melebihi 80kg, anda patut dapat 160kmph dengan agak mudah. Lebih laju anda perlu kuruskan badan lagi dan buat modifikasi sedikit.
Kelajuan maksimum yang selesa bagi Tok adalah 140kmph dan kelajuan maksimum yang stabil dan santai adalah 120kmph bagi Tok.

Perlu diingatkan yang bahawa tayar belakang standardnya iaitu 130/70 agak kurang mencengkam jika jalan berpasir atau basah. Seeloknya tukar jenis tayar yang lebih elok sama ada 130/70, 140/70, 150/70 atau 160/70. Lebih besar tayar anda lebih berat motor anda dan sprocket cepat haus kerana bebanan tayar yang lebih.


Dari segi pengendalian pula Ninja 250r sememangnya mudah dikendali. Tetapi kepada penunggang kapchai yang baru mencuba Ninja 250r harus la berhati-hati kerana Ninja adalah lebih berat dari kapchai anda. Jika anda ingin menolak motor anda keluar dari tempat parking, dinasihatkan jangan tunggang dan tolak keluar dengan kekuatan kaki. Dikhuatiri anda mungkin akan tersembam jika kaki anda tak cukup kuat. Seeloknya turun motor dan tolak motor keluar dari parking. Itu lebih selamat.
Tetapi agak mengecewakan kerana seat penunggang Ninja tidak disertakan pemegang. Cuma diberi pemegang tali di atas seat belakang. Agak kurang menyakinkan jika dalam kelajuan tinggi bagi pembonceng. Seat belakang juga agak kecik. Cuma selesa untuk penunggang yang berbadan kecil dan ramping serta dalam usia muda dan remaja. Saiz badan lebih besar dari itu mungkin kurang selesa dan sengal punggung.
Tetapi reka bentuk Ninja memang bagus. Gaya tunggang yang tidak terlalu menunduk memang tidak meletihkan jika anda menunggag untuk selama 2-3 jam tanpa henti. Ada yang memilih untuk menukar handle sport yang lebih rendah. Tetapi ini mengurangkan radius belokan handle anda dan ia akan tersentuh dengan tangki anda. Ada juga yang suka buang ekor tetapi ini kurang praktikal kerana bila hujan tempias dari tayar belakang akan terkena bahagian belakang penunggang. Seeloknya biarnya Ninja 250r anda sestandard yang mungkin kerana jika terlampau banyak modifikasi anda akan menjejaskan nilai jual balik motor anda di kedai sekira anda ingin bertukar selera. Secara keseluruhannya Ninja 250r memang sesuai untuk penunggang yang berbudget sederhana serta ingin kuasa enjin yang senang dikawal. Perlu diingatkan Ninja 250r adalah diantara motor supersport yang mudah dijaga serta lasak serta mempunyai sparepart yang tidak terlalu mahal dan mudah didapati dari Kawasaki HQ.

Sunday, July 10, 2011

Alahai Ninja Tok...(Versi Budak Minang)

               Alahai....masuk haghi Senin ni 11.07.2011, dah nak masuk minggu ko tigo Ninja Tok tosadai kek XL Motors Seromban. Problemnya Fuel Injector rosak. Bondo ni dah jadi maso haghi aboh laie (Father's Day). Maso tu Tok nak poie servis moto. Sampai jo kek kodai moto, Tok terus tutup enjin. Bilo pomen suruh tolak moto atas Tok cubo la start enjin. Jadi motor buleh start tapi enjin tak buleh idup. Pomen tu koba pasal petrol tak masuk.Ado masalah dongan fuel cock. Tah iyo ko idak tu. Dio godek-godek wayar bawah tank tu buleh lak start. Settle servis Tok terus balik. Lepas tu Tok tak pakai sangat moto tu. Setakat pakai dokek-dokek okay la tak ado masalah.
               Al kisah pada 1 Julai lalu Tok pun nak bawak moto tu nak poie kelas UITM petang. Pukul 2.30 petang Tok singgah dulu kek PPD Kualo Pilah ado hal. Bilo nak poie UITM jo, tetibo dio buek hal lak. Moto buleh start tapi enjin tak idup. Aahhh sudah! Tok cubo la godek-godek wayar bawah seat, tak yo jadi-jadi gak. Nak check wayar bawah tangki boghek lak tangki tu. Langsung Tok tipon XL Motor suruh dio ambik pakai lori. Tokey koba lori buleh ambik haghi Sabtu je. Tido la 1 malam moto Tok kek PPD Kualo Pilah. Tok balik tumpang kawan.
               Haghi Sabtu 2 Julai, lopeh ambik moto dongan lori, tokey XL check moto ado masalah dongan fuel injector. Dio pun call HQ Kawasaki, diorang koba stok dah habih. Kono tunggu 2 minggu laie baru dapek stok baru. Tah iyo ko tidak tu. Bilo tanyo berapo hargo fuel injector tu, dio kato dalam 7 ke 8 ratus hinggit. Humang aaii...mahal gilo tu! Nasib baik dalam waranti laie. Tapi boring la motor satu laie tak ado. Bilo Tok poie ziarah Ninja Tok kek XL Motors tu nasib baik la dio ado berteman. Bolah kanan ada kawan Cagiva 250. Bolah kiri ada lak bertemankan Modenas X-Cite. Okay la dio tak sunyi sangat. Sekarang ni kono harap kek Lagenda ZR Tok la nak jadi working horse Tok. Chehh..macam la Tok pakai sangat Ninja tu. Selamo ni pun moto Ninja tu pun bukan jalan sangat. Cumo sojak kelas UITM Tok bermulo kek Beting,Kualo Pilah tu, Tok perlukan Ninja tu. Nak berulang Kualo Pilah sebanyak duo kali memang tak larat pakai Lagenda ZR( Pagi poie sekolah, malam poie ngajar bebudak UITM tu.). Pakai keta buleh tapi parah kek minyak lak. Cik Ninja oooo cik ninja...bilo la ekau nak balik rumah ni?

Sunday, July 3, 2011

Larian 1Malaysia di Padang SMK Zaaba

               Adooiii....2 Julai baru-baru ni betul-betul memenatkan. Kenapa? Pasal Larian 1Malaysia la. Pukul 6.00 pagi Tok dah kena bangun. Ngantuk lagi masa tu. Dalam keadaan mamai suam-suam kuku, Tok terus merempit pergi ke sekolah. Tapi sampai lambat gaks. Dalam pukul 7.30 pagi baru sampai ke padang SMK Za'aba. Nasib baik la tak buat kat padang TMS. Masa tu pelajar SMK Za'aba, SMK Tunku Kurshiah, SMK Tuanku Muhammad (TMS) dan SK Tunku Kurshiah tengah buat stretching dengan senamrobik. Tok pun terus terjah ambik rakaman video. Rakaman gambar diambil oleh protege Tok, si Ezzad Redah. Apa-apa hal layan dulu gambar yang sempat dirakam...
Pagi-pagi lagi dah senamrobik. Tok tak larat pasal tak sarapan lagi. Amboiiii..geng-geng PPD Kuala Pilah bukan main seronok lagi. Cik abang yang tengah tu terlonjat-lonjat tinggi lagi. Aikkk...? Pengetua Tok yang baju kuning tu macam senaman robot laks.. Ke dah kejang kesejukan?

Aiseymen...ni yang Tok tak tahan nak exercise sekali nih. Kalo tak mengenangkan perut tengah lapar, gerenti Tok naik atas berjoget dangdut dengan bebudak TMS ni. Dah macam Kamen Raider nak bertukar laks gaya diorang nih. Henshinnn!!!

Yeahhh..jangan malu-malu. Hentam je joget tu. Bukan boleh masuk ShowDown 2012 punn..

Haaa..hambek kau! Pandai betul si Ezzad ni ambik angle gambar Tok tengah rakam tiga budak nih. nasib baik la masa tu Tok tak ikut warm up. Jaga macho weiii...ramai bebudak kat belakang tuh..

Bebaik sikit geng-geng PPD. Senamrobik ni kena slow and steady. Yang tepi kanan tu silap gaya boleh patah pinggang nanti.
Aiikk...Tuan Pengetua yang baju kuning tu lain macam je. Dah macam menari Inang laks..Yang kat sebelah tu lagi hebat...dah macam nak terbang...I believe I can fly, I believe I can touch the sky...

Wah..wah..wah...Abang Salim berbaju biru semangat betul. Ni nak kawad ke nak senamrobik. Hentam aje la labuu...

Adehhh...sama je tiap kali ambik gambar. Balik-balik tunjuk peace. Tunjuk la 1 jari ke, 3 jari ke, 4 jari ke, 5 jari ke.Tak kreatif langsung la bebudak sekarang ni. Apa pun tak boleh!
Suke betul hati korang yea.....Maklum la bila lagi 4 sekolah dapat bergabung untuk 1Malaysia. Peace juga yang ditunjuknya...
Weii..weii..weii..ni nak berposing ke nak lari nih? Tengok macam Kak Wong kita berseluar merah kat tepi kiri sekali tu. Tegak je macam dengar lagu Negaraku. Macam tu la gerekkk sehhh...!
Cikgu-cikgi yang nak low profile lepaks kat astaka belakang. Ada makan-makan kat situ. Tu yang lepaks situ.

Acara larian yang dimulakan tak lama lagi. Pelajar lelaki dah berkumpul depan gate SMK Zaaba. Jap lagi nak berentap tu.
Geng-geng cikgu dan PPD awal-awal dah book tempat depan sekali. Kunun-kunun la kelajuan diorang ni sepantas cahaya. Tapi Tok rasa mesti kena potong dengan bebudak lepas ni.

Priitttt...wisel berbunyi dan bebudak ni terus terjah macam kambing keluar kandang. Yelah...50 meter yang pertama memang laju. Pastu slow balik.

Sengih je bebudak ni.. Yelah..dah kumpul 4 buah sekolah sekaligus memang seronok.

Seperti yang dijangkakan geng-geng PPD duduk je depan tapi berlari dengan kelajuan angin sepoi-sepoi bahasa. PPD Jaket Hitam : "Haaa..engko nampak budak yang kat depan sekali tu? Aku yang train budak tu. Sekarang dah laju macam Proton Inspira dah."

Bebudak Form 5 ni takde keje lain. Lari macam siput, vogue je lebih.
Tak lama lepas tu bebudak pompuan pulak dilepaskan. Masa ni Tok dah cabut pergi kat Lagenda ZR Tok ambik kuih kat dalam bakul motor. Lapar bebenor...
Tu dia..aweks-aweks bawah umur dah mula berlari...Aiiikkk..macam ada budak yang pegang belon jee...Ni mesti cilok kat belon perasmian larian ni. Cepat je tangan ko..

Peace lagi..?? Apa-apa je la..Janji ko bahagia.

Kat mana la Si Ezzad ni berdiri.Nampak tinggi je gambar ni.(Gambar ni semua protege Tok, si Ezzad yang ambik)


Dah slow dah? 1.5 km je...



Ni geng-geng yang dah sampai dulu termasuk geng-geng yang tak lari langsung. Apa pun tak boleh. hehehehe..
Korang ni bukan berlari dah. Ni kira lenggang kangkung ni.

Pelajar-pelajar yang dah sampai terus lepaks. Tak sempat penat pun. Ketiak pun tak basah...
Pengetua TMS sampai akhirnya. Masih maintain. Perut kempis lagi tu.

Geng-geng senamrobik sentiasa vogue sokmo.

Kalo layan diorang mau 50 keping gambar diorang je. Baik Tok cabot dulu...

Geng-geng PPD dan pengetua dah mula bendal sarapan dah.

Yang cikgunya makan kat bawah...Ambik sendiri la...Mana ada pelayan macam kat atas.

Menu pagi tu. Mee goreng, kuih karipap (dari Makcik karipap), kuih bingka kot...dan teh o.

Apa-apa pun rezeki percuma harus disyukuri. Takleh komplen.

Korang tunggu je la yang lain abis makan. Semua berebut tengah layan makan tu.

Alahai dah macam rewang laks diorang ni makan....
Settle semua acara, semua pelajar balik ke sekolah masing-masing. Ada yang gumbira dapat hadiah cabutan bertuah..Pakcik kayoooo....!
 Well..begitulah gambaran serba sedikit semasa program Larian 1Malaysia. Satu pengalaman yang menarik sebab 4 buah sekolah telah bergabung untuk menjayakan 1 program. Kudosss.....

Untungnya Bertongkat....

               Pada 25 Jun 2011 yang lalu bersamaan hari Sabtu Tok pergi ke Kuala Lumpur untuk menemani isteri Tok untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad (KGGMB) di Hotel Kuala Lumpur International di area Chow Kit Road. Pada hari itulah berlaku insiden yang Tok rasa menarik untuk di ceritakan.
               Sejak dua minggu yang lalu kaki Tok ni melecet kat tapak kaki sehingga menyakitkan bila Tok berjalan. Al-maklum la dah tua. Macam-macam penyakit menjenguk Tok ni. Nak tak nak Tok terpaksa la pakai tongkat bila nak berjalan. Oleh kerana Tok kena pergi KL hari tu Tok terpaksa la cari tongkat. Cari punya cari jumpa la tongkat yang ringan dan praktikal.
Ni la tongkat yan g Tok beli. Jenis retractable.

Tongkat ni dalamnya jenis pakai tekanan vakum dan spring. Pasal tu jadi antishock.

Ada tiga bahagian yang boleh dipanjangkan...

Ini rupanya bila dah buka tiga bahagian tu. Semudah ABC.


               Pagi 25 Jun tu Tok dan isteri Tok (Nenek Kebayan) dah bertolak ke KL dalam pukul 7.30 pagi. Kita orang naik bas je macam tahun-tahun lepas, baru adventure. Cuma kali ni Tok bertongkat je. Sampai je di Pasar Seni terus cari bas ke Chow Kit. Sampai di Hotel Kuala Lumpur International dalam pukul 9.30 pagi. Mesyuarat mula pukul 9.00 pagi. Alah lewat 30 minit je. Tu pun dah ada yang wakil-wakil yang ngular pergi makan kat luar. Bila nenek masuk dalam dewan untuk mesyuarat je, Tok pun pergi makan dulu. Dah kebulur tak sarapan. Makan kat warung depan hotel je. Cuma kali ni Tok tak pergi jalan-jalan pasal kaki sakit. So duduk la kat lobby. Nasib baik bawak PSP Siri 3000. Boleh gak layan sampai pukul 1 petang.
Ni penyelamat Tok masa kat lobby hotel tu. Kalo tidak boring giler tunggu sampai 1 petang.
            
  Habis je mesyuarat dalam pukul satu, nenek terus ajak Tok pergi SOGO untuk shopping. Adehhh...larat ke kaki Tok ni? Takpe layan je zasss.. Kebetulan bas tak berhenti tepi jalan. Tapi bila drebar bas tu tengok Tok terhencot-hencot tahan bas sambil bertongkat, terus dia berhenti tengah jalan. Baik betul hati orang KL ni bila tengok orang tua bertongkat.Kereta-kereta yang lain pun siap berhenti bagi laluan untuk Tok nak lintas naik bas. Untung betul bertongkat ni. Semua orang kesian.Naik bas pergi SOGO. Tengah syok duduk dalam bas kedai XL Motor tipon Tok....
               XL Motor : "Hello, ni Tok ke?"
               Tok : "Ha'ah. Sape ni?"
               XL Motor : "Ni XL Motor. Bos suruh tipon. Dia kata nak angkat Ninja Tok dengan lori hari ni. Hari ni lori tengah free."
               Tok : "Aiseymen, pandai betul bos engko cari masa nak ambik moto tu. Tok tengah takde kat Seremban time tu la nak ambik moto.Tok kat KL sekarang. Petang nanti baru boleh ambik. Sekarang tengah beziiiii shopping."             
               XL Motor : "Aiya itu macam ka. Wokey Tok. Nanti saya bagitau bos."
               Lupa lak nak bagitau, Ninja Tok tu dah satu hari tersadai kat PPD Kuala Pilah pasal ada problem dengan sistem fuel injection dia. Nasib baik dia mati kat dalam PPD Kuala Pilah. Buatnya dia meragam kat tepi jalan lagi kes naya.
               Okay la sambung kisah pergi SOGO. Dek leka layan amoi XL Motor tu tadi Tok dan nenek dah terlepas SOGO dah. Haru punya kes. Nenek pun tanya la ada satu mamat indon yang duduk berdekatan.
              Nenek : "Bas ni pergi SOGO tak? Nenek dah lama tak naik bas, Jadi tak cam la jalan pergi SOGO?"
              Mamat Indon : " Bas ni tak lalu SOGO la. Bas ni pergi Wangsa Maju. Saya ni nak balik Wangsa Maju"
                Aahhh sudah! Tak kan silap naik bas kot? Maklum la dah lama naik kereta dengan merempit atas motos je. Naik bas pun dah silap. Tak lama lepas tu Bas tu terus berhenti kat last stop di area berdekatan Chow Kit. Mamat Indon tu cemas semacam je Tok tengok. Dia terus pergi kat drebar bas.
               Mamat Indon : " Bang, bas ni pergi Wangsa Maju tak? Saya mau balik Wangsa Maju."
               Drebas bas : "Amende kau merepek ni? Bas ni mana pergi Wangsa Maju. Bas ni lalu area Chow Kit dengan Pasar Seni je. Nak pergi Wangsa Maju naik bas nombor tut...tut..tut..Dah..dah..dah turun.
              Toye je muka mamat indon tu turun bas. Cheisss...ingatkan dah pakar naik bas. Rupenya dua kali lima je. Naik bas pun salah. Tadi cakap bas ni pergi Wangsa Maju bukan main konfiden je. Terpaksa Tok dan nenek pusing second round untuk ke SOGO. Sampai di SOGO shopping la apa yang patut walaupun tengah ramai orang kat dalam tu. Bila time nak balik je Tok dan nenek decide nak berjalan ke Pasar Seni sebab jalan tengah jem.
               Berpeluh gak la Tok nak menapak ke Pasar Seni dengan bertongkat ni. Sampai je di Pasar Seni terus cari bas ke Seremban. Konduktor bas pun sampai. Nenek terus beli tiket...
               Nenek : " Berapa tiket ke Seremban? Maklum la dah lama tak naik bas. Harga tiket dah tak tau lagi."
               Konduktor : "RM6 seorang je nek. Dah naik harga lama dah."
               Nenek : "Bagi tiket untuk dua orang. Untuk nenek satu dan untuk Tok satu."
               Konduktor bas tu menjeling ke arah Tok. Tok cepat-cepat buat muka letih. Sambil kesat-kesat peluh, Tok peluk tongkat Tok tu sambil pegang beg shopping SOGO yang besar tu. Kalau orang lain tengok keadaan Tok masa tu mesti sayu dan terharu....
               Konduktor : "Eeer..takpe la nek..Yang ni spesel price.."
               Dapat je tiket, Tok dan nenek pun naik bas. Bila bas mula bergerak, Tok pun tanya nenek...
               Tok : "Yang tadi tu apa hal. Dengar macam spesel-spesel je? Apa yang speselnya?
               Nenek : "Pasal tiket tadi. Nenek kena RM6 harga normal. Tok nya dapat RM3 untuk tiket. Tu yang speselnya. Harga diskaun untuk warga OKU..."
               Terkedu Tok dengar pasal tiket tu. Baiknya hati orang KL. Perihatin. Haiiii...untungnya bila bertongkat.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...