Followers

Wednesday, August 10, 2011

Sejarah Permotoran Tok (Part 2)

Pada tahun 1993, Tok pun jual Honda C90 Deluxe tu dengan harga RM800. Masa nak jual tu abang long Tok siap suruh cuci kasi kilat dan tukar spark plug. Sampai kedai moto je, tokey kedai start moto, tengok elok je enjin. Hehehehehe...dia tak tau coil sudah problem. Dapat la RM800. Jadi selama satu semester juga la Tok takde motor.

Selalu Tok akan lepak kat Tambak Johor tengok motor-motor yang lalu lalang keluar masuk Singapura. Tok pasang angan-angan nak sambar sebijik motor power. Impian Tok masa tu ialah motor RXZ 135, Honda Rider 135, Kawasaki Victor 150 dan paling feveret ialah Kawasaki Kips 150.

Bila cuti semester Tok balik kampung dan ushar-ushar motor baru kat arwah mak Tok. Tapi oleh kerana duit arwah mak Tok tak banyak, motor-motor impian Tok tak dapat beli. Yang baru tak dapat, yang terpakai pun tak mampu. Masa tu Kawasaki keluar moto baru iaitu Kawasaki AR100 Sport. Fuyoo memang cantik. CC pun rendah, senang nak handle dengan Tok yang berbadan kurus masa tu. Tapi malangnya motor tu takde 2nd hand. Yang ada semua baru. Tu lagi tak mampu. Sedih betul.
Ni la Kawasaki AR100 yang Tok minat tu. Tapi tak mampu beli.
Last-last cari punya cari jumpa yang satu Suzuki Panther 150 kat satu kedai. Harga dalam RM2800 cash. Arwah mak Tok bayar la sedikit downpayment selebihnya Tok kena bayar pakai elaun pelatih guru Tok yang RM345 tu je selama 4 tahun.Tok pemilik yang ketiga. Terima kasih mak.
Ni contoh motor yang Tok beli. Motor Tok tu warna hitam dengan stiker biru.

Buka semester baru Tok bawa motor tu balik JB. Bermula zaman Panther Tok selama 10 tahun (1993-2003). Memang motor tu banyak berjasa pada Tok. Banyak gak awek yang pernah bonceng motor tu temasuk Nenek Kebayan. Dari zaman maktab perguruan membawa ke zaman Tok mengajar di SK LKTP Lepar Utara 1, Kuantan, Pahang sehingga la Tok masuk ke Universiti Malaya pada tahun 2001. Motor ni memang legend bagi Tok. Paling laju Tok pernah bawa ialah 160kmph. Itu pun dah rasa ringan jeeee motor tu nak terbang! Masuk UM, Tok convert body dia ke Suzuki TXR Gamma 150. Masa tu model tu tengah nak fight dengan Yamaha TZM 150.

Ni la contoh TXR Gamma yang Tok convert tu.
Tapi malangnya semasa bulan 6 tahun 2003, motor kesayangan Tok tu hilang dalam UM. Ni bebudak UM punya keje jugak la. Masa tu Tok handle lock je dan parking kat area-area belakang pasal nak buat keje pendidikan seni. Bila nak balik petang tu motor dah hilang. Sedih betul masa tu. hari tu juga Tok balik kampung pasal patah hati kuda kesayangan dah hilang.

Sampai je rumah, Tok kena cari motor lain nak pinjam pasal kat UM tu kena ada transportation sendiri sebab Tok duduk rumah sewa jauh dari UM. Kalau nak menapak boleh tercabut kepala lutut. Nasib baik la abang long Tok sudi pinjamkan motor dia untuk Tok. Bermula la zaman motor ke-3 Tok....

(Bersambung)

Monday, August 8, 2011

Sejarah Permotoran Tok (Part 1)

Haaa...kali ni Tok nak citer sikit macam mana Tok mula main motor. Sebenarnya Tok mula pakai moto agak lewat. Tak macam orang lain yang pakai motor dalam usia belasan, Tok pakai motor dalam usia 20 tahun. Lewatkan? Nak buat macam mana, kat rumah Tok mana ada motor. Semua main keta je. Kalau ada pun Vespa arwah abah Tok. Tu tak berani usik.

Anyway, Bila je Tok dapat tawaran masuk Maktab Perguruan Mohd Khalid di Johor Bahru, Pada Semester 1 dan 2, Tok berulang alik dari rumah sewa ke maktab jalan kaki je. Tak jauh. 30 minit jalan kaki sampai la. Tapi bila masuk semester 3 Tok terpaksa pergi praktikal mengajar kat SK Ngee Heng, JB. Jadi Tok pun ushar-ushar arwah mak Tok untuk dapatkan motor sebiji. Last-last dapat la sebiji. Tu pun abang long Tok yang wariskan motor Honda C90 Deluxe dia kat Tok.
Ni la contoh motor Honda C90 Deluxe yang Tok dapat tu. Warna dia hijau. Yang ni merah.

Dapat je motor tu timbul lak satu masalah. Camne nak bawak dari Seremban ke JB? Motor ni bukannya boleh jalan jejauh. Boleh terbarai enjin dia tengah highway. Tok selesaikan dengan hantar motor pakai kereta api. Tok setting elok-elok masa tu. Pagi tu Tok hantar motor tu kat stesen kereta api Seremban. Pastu Tok beli tiket bas dan terus bertolak ke JB. Tok sampai ke JB dalam pukul 5 petang. Tok terus pergi stesen kereta api JB. Ngam-ngam motor dah sampai. Tok pun ambik motor dan terus tunggang ke rumah sewa dengan pakai baju cap Pagoda je. Sampai je rumah sewa, kengkawan yang lain terus terpa keluar tengok Tok bawak balik motor.

Aizat : Fuyooo....tengok tu. member kita bawak balik motor. Eh..kau bawak motor ni dari Seremban ke?
Tok : Yea. Kenapa? Ingat tak larat ke?
Aizat : Biar betul! Woit kengkawan, member kita bawak motor kapchai dari Seremban ke JB.............pakai baju Pagoda je! Eh..tak sejuk ke highway tu. Respek betul la!
Tok : Eerr...eerr....okay je. Tulang besi, urat dawai!

Sebenarnya Tok terkedu masa tu. Lain yang Tok cuba sampaikan, lain lak pemahaman dia orang. Hentam saja la Labuuuu...

Jadi bermula zaman Tok sebagai mat motor waktu. Honda tu Tok pakai untuk berulang alik dari rumah sewa ke maktab. Bila sampai waktu praktikal Tok guna untuk pergi mengajar di Sekolah Kebangsaan Ngee Heng, JKR 4874, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100  Johor Bahru, Johor. Waktu tu Guru Besar dia bernama En. Abd. Rashid B. Saaidun. Humang aiiiii....misai melintang dengan brutalnya. Memang garang abis. Nak buat camne, SK Ngee Heng masa tu memang famous dengan kes displin. Kena lak dekat dengan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB). Tapi Tok respek satu la. Bebudak ni memang hormat guru. Cuma diorang ni gemar bergaduh sesama sendiri. Siap tikam-tikam pakai pensel lagi.

Pernah satu hari budak bergaduh. Sorang pelajar cedera kena cucuk dengan pensel kat lengan dia. Guru besar punya la mengamuk, dia terus buat lawatan dari kelas-kelas buat soal siasat. Last-last hampir 80% murid kena belasah dengan rotan dia. Brutal betul. Suara amukan dia boleh sampai terdengar ke PPDJB yang ada kat seberang jalan. Tu dia Hikmat Ngauman Singa Ganas!

Walaubagaimana pun Tok sayang kat bebudak tu pasal diorang hormat cikgu diorang. Motor Honda Tok ni dia ada problem dengan coil dia. Jadi dia cepat makan plug. Seminggu sekali kena tukar plug. Setiap kali motor Tok takleh start, Tok kena tolak turun bukit dan masuk gear baru enjin hidup. Satu hari tu masa nak balik dari sekolah, motor Tok takleh hidup. Kebetulan jalan nak keluar gate sekolah menurun bukit, tapi jalan nak pergi gate la naik bukit. Tok terkial-kial la Tok tolak motor tu. Kebetulan ada anak murid Tok nampak...

Anak Murid Tok : Kenape cikgu? Moto cikgu takleh start ke?
Tok : Ha'ah. Takleh start. Kena turun bukit baru boleh idup enjin.
Anak Murid Tok : Woiii kengkawan, moto cikgu takleh start. Jom tolong tolak motor atas bukit ni!

Tak sampai 5 saat, datang 6-7 orang murid tolong Tok tolak motor sampai kat gate. Siap gelak-gelak lagi pasal seronok dapat tolong tolak motor cikgu dia. Sampai depan gate Tok terus turun bukit masuk gear start enjin. Alhamdulillah....bebudak ni siap lambai kat Tok lagi. Terima kasih anak-anak...

Tapi jodoh Tok dengan Honda C90 Deluxe tak panjang pasal Tok tak larat tak tukar plug dia selalu. Lagi pun Tok berhasrat nak balik kampung dengan motor pasal Tok tak mau berebut beli tiket bas setiap kali cuti sekolah. Selesai saja praktikal di SK Ngee Heng, Tok nyatakan hasrat Tok kat arwah mak Tok untuk beli motor lain....Bermula la kisah motor kedua Tok....

(Bersambung)

Monday, August 1, 2011

Kenangan Di Bulan Ramadhan dan Syawal...

Setiap kali bulan Ramadhan menjelma, Tok mesti teringat beberapa peristiwa yang masih kuat tersemat kat ingatan Tok. Daripada Tok ingat sorang-sorang baik Tok kongsi dengan orang lain, yea tak?

Kenangan yang pertama ialah masa Tok tingkatan 5. Masa tu hari pertama puasa. Tapi tah macam mana Tok boleh lupa lak yang hari tu puasa walaupun pagi tadi dah kaw-kaw belasah sahur puas-puas. Tepat pukul 9 pagi dengan selamba Tok pergi dapur ambik nasi goreng atas meja. Pastu pergi pulak bersila depan arwah mak Tok yang tengah duduk kat sofa. Tok pun makan dengan selamba depan arwah mak Tok.

Mak Tok : "Aik kau tak puasa ke?"
Tok : "Bila lak puasa mak?"
Mak Tok : "Laaa...yang tadi kau makan pagi tadi bukan ke sahur?"
Tok : "Oohhh my goat! Lupa laaaa...kesal sungguh...buurppp!!"
Mak Tok : "Dah..dah..pergi basuh pinggan tu. Sambung balik puasa..."
Tok : "Boleh sambung puasa balik? Yahoooo...selamat duit raya aku!"

Tok pun dengan muka berseri basuh pinggan. Nasib baik sempat makan kenyang-kenyang sebelum perasan hari tu puasa. Hehehehe....

Kenangan kedua pulak masa Tok belajar kat Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK), Johor Bahru. Selalunya Tok balik masa cuti panjang. Dulu Tok balik dengan bas je. Tapi sejak dah pakai Suzuki Panther 150, Tok balik dengan motor je. Ada sekali tu  MPMK cuti awal untuk cuti raya. Jadi seperti biasa Tok balik dengan motor ke Seremban. Cuma kali ni Tok bertolak lewat. Nak jadikan citer masa Tok ada kat Highway Pedas, bila Tok tengok jam dah waktu berbuka. Nak berhenti memang takde RnR dan Tok memang tak bawak bekal untuk berbuka sebab Tok budget sempat sampai rumah sebelum buka puasa.
Tok teringat ceramah ustaz kat surau dulu, dia kata berbuka puasa ni tak elok dilengah-lengahkan. Tok pun apa lagi dengan ilmu agama yang masih cetek masa serta muda lagi, terus..........................korek hidung untuk batalkan puasa. Hahahahaha.... Tu korek hidung masa ride atas motor lagi tu. Skill kena ada. Tangan kanan pulas throttle, tangan kiri korek hidung. Nak buat macam mana, Tok rasakan masa tu kira darurat, ustaz pun ada cakap tak elok lengah-lengahkan buka puasa. Kira batalkan puasa sama gak dengan buka puasa la kan...hihihihi...

Kenangan ketiga pulak masa Tok belajar kat Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru. Satu hari masa hari raya ke-5 tahun 1993, Tok dengan seorang kawan pergi Woodlands, Singapura untuk window shopping je. Sampai di satu shopping kompleks kami terus merayau kat dalam. Memang bebudak kat Singapura lebih daring berpakaian daripada orang Malaysia. Ada satu awek salesgirl tu kat department pakaian pakai skirt pendek paras peha dengan t shirt sendat low cut. Perghhh..nampak peha putih melepak dia dengan lurah Gunung Baik Daik Bercabang Dua. Masa tu Tok pun tengah muda lagi. Darah tengah manis lagi. Tak puas tengok kejap Tok pun plan nak renung puas-puas. Pahala dah gerenti susut punya. Tok pun ambik sehelai pakaian dan pegang depan mata pura-pura tengok tapi sebenarnya mata Tok dok merenung awek salesgirl tu. Lama gak dalam 5 minit...sampai la kawan Tok iaitu Guncis (nama manja dia) tegur...

Guncis : "Woi..kau nak beli ke benda yang kau pegang tu?"
Tok : "Eeeerrr..memang la nak beli (sambil terus merenung ke arah awek tu). Kenape?"
Guncis : "Sape nak pakai?"
Tok : "Aku la. Bengong betul! Nih aku tengah cari saiz untuk aku nih!" (sambil terus merenung ke arah awek tu)
Guncis : "Kau biar betul! Bila lak kau tukar taste ni?"

Bila dengar kawan Tok cakap tukar taste, Tok cepat-cepat tengok pakaian yang Tok tengah pegang tu. Oh my goat! Rupe-rupenye Tok tengah pegang seluar dalam perempuan. G-String lak tu. Seksi giler tuh! Warna polka dot lagi. Adehhhh...malu punyer pasal Tok terus ajak kawan Tok keluar. Pahala hangus, malu pun dapat. Memang kalau tuhan nak balas, kat dunia lagi boleh dapat pembalasannya...

Kenangan keempat pulak masa Tok mengajar kat sekolah pertama Tok di SK LKTP Lepar Utara 1, Pahang. Felda Lepar Utara ni memang terpencil. Masa tu elektrik pakai generator 7 petang sampai 12 malam je. Air lak datang 2 hari sekali. So kena pakai kumpul dalam tong drum air tu. Masa tu Tok duduk kat rumah guru dengan cikgu-cikgu bujang yang lain dalam 7 orang kot. So satu pagi di bulan puasa tu kitaorang bangun lewat untuk bersahur. Rasanya dah lepas waktu imsak pun. Tapi ada la cikgu-cikgu bujang ni dah lapar sangat termasuk Tok terus makan sahur walaupun terang-terang dah depan orang azan kat masjid berdekatan.

Cikgu Izwan : Woit dah azan tuh. Mana boleh sahur lagi!
Cikgu Anuar : Mana ada azan tu? Tu orang mengaji tu. Boleh lagi makan.
Tok : Betul..betul..betul (sebut macam Upin) Tu suara orang mengaji tu. Boleh belasah makan lagi. Kau ada-ada aje la. Dengki tengok orang sahur.
Cikgu Izwan : Lantak kau la, aku memang konfem tu suara orang azan tadi.
Tok : Ala tu perasaan kau je. Pagi-pagi buta macam ni memang kita  biasa dengar macam-macam sound.
Kena lak Felda kita ni kat tengah hutan. Pegi tido je la kalau tak nak sahur.

Sebenarnya Tok dengan 2-3 cikgu yang tengah makan tu memang dengar azan tu, tapi sebab dah lapar sangat kita orang pun makan sahur sambil cuba menidakkan realiti yang sebenarnya waktu imsak dah abis dan orang dah azan subuh. Yea la, masa tu masa muda. bab-bab hukum-hakam ni memang pandang remeh. Sekarang ni bila usia dah makin tua baru la rasa menyesal dan ambik berat pasal hukum-hakam agama ni.
Apa-apa pun jangan la tunggu waktu tua nak beribadat sebab kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita...

Selamat berpuasa....


*Cerita ini dikarang khusus untuk menyahut cabaran di
http://dululainsekaranglain.com/maklumat-dan-notis/cabaran-blogger-satu-hari-di-hari-raya/

Hahahaha..semua yang Tok citer tu memang dari pengalaman Tok. So mana tahu boleh dapat ranking teratas ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...