Huhuhu....kejap je gambar Amalina tersebar...bergegas dia membuat penjelasan. Bagussss...syabas Inspektor Sahab. Tok pun respek. Mari kita dengar penjelasannya dulu...
Apa pendapat anda..? Bagi Tok ada betul dan ada tidak betul sikap Amalina ni.
Dari segi moral....
Sebenarnya dari segi moral manusia Amalina ni tak buat apa-apa salah bagi Tok. Bebudak kat M'sia lagi teruk perangainya dengan bertudung tapi buat anak luar nikah pastu buang kat jamban. Dah la belajar tak pandai..huhuhu... Amalina cuma berpakaian trendy sahaja.
Dari segi Islam...
Haaaa...yang ni dah tentu budak Amalina ni bersalah. Dari bertudung ke tak bertudung. Siap kaler rambut lagi. Mak dia tak ajar ke hukum hakam Islam..? What the.... Pakai ketat-ketat memey la berdose wahai Cik Nur Amalina ooiii...
Dari segi Role Model....
Hmmmm...yang ni rumit sikit. Kita mahu bebudak kat M'sia ikut pencapaian pembelajaran dia bukannya perubahan penampilan dia. Tapi kalau kita tengok bebudak kita kat M'sia ni lagi teruk sebenarnya. Diorang suka ikut gaya artis yang seksi serta up to date. Masalahnya kalau si artis tu sendiri banyak skandal bagus ke ikut stail mereka? Yang si Amalina ni pandai serta cerdik tapi adakah apa yang dia buat ni berdosa. Dari segi Islam yea. Dari segi moral manusia rasanya tidak.
Kesimpulan Tok ialah...kita rakyat M'sia inginkan Amalina menjadi contoh gadis yang berpakaian sopan serta bijak menjadi role model kepada bebudak sekolah di M'sia. Tapi apa yang jadi di sini ialah, Nur Amalina masih pelajar yang bijak serta pandai cuma perubahan pakaian serta pergaulannya terarah kepada kebaratan. Tu yang buat kita terfikir sama ada Nur Amalina masih relevan untuk menjadi role model pelajar kita....
Fikir-fikirkan la...
No comments:
Post a Comment