Followers

Tuesday, February 28, 2012

Tok Nak Beli Beskal...

Huhuhu dah lama gak Tok tak update blog ni. Maklum la Tok sibuk dengan keje dan sibuk layan hero kecik Tok tu.
Sebenarnya Tok ni terfikir nak beli beskal. Maklum la badan dah makin tua. Urat-urat pun dah kendur. Ingat nak eksesais la sikit. Nak jogging memang Tok boleh. Tapi tak larat nak jogging balik je. So ingat nak beli beskal je la. Tapi beskal apa yeak? Sekarang ni ada banyak jenis beskal. Ni Tok nak habaq apa yang Tok tahu je la. Ilmu pun sikit tapi kongsi je la.

Beskal Jalanan aka Road Bike

Beskal ni memang dibuat untuk main kat jalanraya. Badan pun ringan. Tayar halus. Boleh main high speed. Minat gak Tok dengan beskal jenis ni. Tapi tak tahan membongkok la bila naik beskal ni. Pinggang dah reput nak buat camne.

Beskal Gunung aka Mountain Bike

Sebenarnya kat Seremban ni mana ada gunung. Kat Ulu Bendul tu ada la. Tapi kenapa ramai gak orang bandar beli beskal jenis ni? Sebenarnya beskal jenis ni memang tahan lasak. Tapi badan dia berat la. Dah nama pun beskal gunung, berat dan ketahanan badan beskal memang penting. Beskal ni jenis all terrain bike. Main atas jalan boleh, main kat apa jenis permukaan pun boleh. Cuma beskal ni bukan untuk bawa laju, ianya untuk bawak lasak. Kalau nak bersaing dengan beskal jalanan lupakan je la. Makan habuk je la jawapnya.

Beskal Kacukan aka Hybrid Bike

Haaaaa.....beskal ni untuk orang yang nak main kat jalanraya tapi tak larat nak membongkok. Posisi kedudukan dia tegak. Tayar pun halus macam Beskal Jalanan. Cuma tak la lasak dan tahan lama macam Beskal Gunung.

Beskal Kembara aka Touring Bike

Beskal ni dok tengah-tengah antara Beskal Jalanan dan Beskal Gunung. Beskal Kembara ni bentuk dia macam Beskal Jalanan tapi lebih berat dan tahan berbanding Beskal Jalanan tapi lebih ringan dari Beskal Gunung. Senang citer la komponen Beskal Kembara ni diperbuat dari barang tahan lasak dan tahan lama. Tayar pun jenis tahan bocor dan berat gak. Memang Tok tak beli beskal ni sebab Tok bukan nak lari rumah pun.

Beskal Gear Mati aka Fixie Bike

Hmmmm...beskal ni tengah hot dengan bebudak muda sekarang. Gear beskal ni mati jadi boleh kayuh ke depan atau ke belakang. Tok tak minat langsung. Tak boleh nak cruise la. Boleh tercabut kepala lutut Tok kalo pakai beskal ni.

Kesimpulannya....Tok belum buat keputusan lagi nak beli beskal apa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...