Followers

Thursday, October 27, 2011

Ride To Kluang - Edisi Kluang Rail Coffee

31 Oktober baru-baru Tok pergi ride ke Stesen Keretapi Kluang untuk icip-icip roti bakar dan kopi situ serta menziarahi kawan lama Tok, Cikgu Izwan. Seperti biasa Tok akan pergi dengan sidekick Tok iaitu Cikgu Rudy.

Tepat pukul 8.00 pagi Cikgu Rudy pun dah call Tok.
Cikgu Rudy : "Hello, Tok kat mana ni?"
Tok : "Tok kat rumah ni. Dah nak bertolak. Ekau kek mano?"
Cikgu Rudy : " Saya dah nak keluar ni. Kita jumpa Exit Tol Simpang Ampat. Roger and out."

Oleh kerana rumah Tok jauh dari tempat RV, Tok pun bergegas ke tempat RV. Dalam masa 40 minit Tok sampai ke RV point.

Setiba je Tok di RV point, Tok tengok Cikgu Rudy takde lagi....Aik..? Pelik? Setahu Tok rumah Cikgu Rudy dekat je dengan Exit Tol Simpang Ampat. Tadi pun dia kata dah nak keluar dah.

Tok pun tunggu. Sambil tu sempat la ambik gambar sendiri.

Amacam.? Nampak brutal tak. Ni kalo aweks nampak sah-sah dia ingat Tok ni perompak jalanan.

Perjalanan masih jauh lagi. Cikgu Rudy belum sampai lagi. Hmmm..musykil nih.

15 minit kemudian baru la Cikgu Rudy tiba sambil tersengih-sengih manja. Pelik gak tadi kata dah nak keluar. Tak kan 15 minit baru sampai? Rumah dekat je..

Cikgu Rudy tiba dengan ER6F dia sambil tersenyum manja...Cheiss...moto 650cc pun lambat juga ka..?

Tok : " Laaa..apsal lambat? Kata tadi dah nak keluar. Ni 15 minit baru sampai. Moto besar dah."
Cikgu Rudy : " Laaa yang tadi kata dah nak keluar bukannya dah nak keluar rumah, Tapi dah nak keluar bilik mandi."

Adehhhh....patut pun terliwat..eehh..terlewat. Apa-apa perjalanan harus diteruskan. Kami terus bergegas ke RnR Ayer Keroh untuk bersarapan.

Di RnR Ayer Keroh Tok bersarapan nasi goreng berlauk telur rebus masak sambal dengan hati ayam.
Ketika bersarapan, Cikgu Rudy asyik bercerita tentang kehebatannya meleper di Bukit Putus dengan ex-LC135 nya. Siap cecah lutut lagi.
Tok mendengar kehebatan ceritanya dengan mata yang terbeliak kekaguman. Eleehh...Tok meleper siap cecah gigi lagi tu.

Selesai sarapan Tok dan Cikgu Rudy meneruskan perjalanan ke Exit Tol Air Hitam. Kelajuan dikekalkan pada 120kmph. Dalam pukul 11.00 pagi kami tiba di Exit Tol Air Hitam.

Di sini kami berhenti untuk berrehat sebentar sambil melegakan punggung. Dah lama tak ride jadi sengal lak.

Sekali-sekala tengok motor Tok ni lawa lak rasanya...hihihi masuk bakul angkat sendiri la...

Alaa...takyah pedulikan moto 650 cc ni. Bukan laju pun..hihihi dengki..dengki..

Sementara menunggu Cikgu Rudy buang 'minyak hitam' Tok ambil la gambar sendiri.

Selesai sessi buang apa-apa yang patut, perjalanan diteruskan. Kami sampai di Stesen Keretapi Kluang dalam pukul 11.20 pagi.
Akhirnya sampai jugak Tok di stesen ni. Ni kali kedua Tok datang. Kali pertama pada hujung tahun 2005.

Ni la rupa kantin Stesen Keretapi Kluang. Sempoikan? Tapi dah ada cawangan.

Walaupun Kluang Rail Coffee dah ada beberapa cawangan yang cantik, tapi Tok lagi suka pergi kat tempat original dia.

Dah dekat tengahari masih ramai gak makan sini.

Ni la roti bakar Stesen Keretapi Kluang yang famous tu. Lupa la nak order kopi dia yang kontroversi satu ketika dulu.

Pasal panas masa tu, Tok order teh o ais je.

Cikgu Rudy sudah kuyu mata melihat roti bakar serta air sejuk depan mata. Maklum la dah tengahari ni...

Haaaa...kalau nak tau sedap ke tidak roti bakar Stesen Keretap Kluang ni, datang la sendiri. Cerita sini pun tak guna gak. Kena rasa sendiri.

Di sebelah Kluang Rail Coffee ni memang tempat orang tunggu keretapi. Tok sempat rakam beberapa gambar orang tunggu keretapi.

Walaupun palang serta jaring kantin ni dah lama, tapi orang masih suka datang sini.

Kelihatan beberapa amoi tengah tunggu keretapi

Jaring tingkap kantin dah berapa kali kena cat agaknya...

Dah lama Tok tak naik keretapi...

Selesai makan Tok terus ke rumah kawan lama Tok 5km dari bandar Kluang.

Sampai je kami terus parking bawah pokok depan rumah.

Cikgu Izwan sudah menunggu depan rumah sambil bercekak pinggang.

Cikgu Izwan : "Ni apsal lambat sangat sampai? Aku naik beskal pun 10 minit je sampai dari Kluang ke Seremban."

Walaupun kecil tapi rumahnya nampak sempoi dah kemas. Yea la dah ada isteri mesti la kemas. Kalo bujang memang bersepah.

Bila dah berjumpa sibuk buka cerita lama. Masing-masing dah nampak tua dah.Tang boroi tu jangan citer la. Isu sensitif tuh.

Hidangan yang simple. Nak makan berat kenyang lagi.

Dekat satu jam jugak kami ada situ. Bila nak bertolak je baru perasan ada sarang tebuan atas pokok tempat kami parking motor. Nasib baik sarang tu tak jatuh atas motor. Kalo tak balik naik keretapi la jawabnya.

Bila nak balik je dalam pukul 2.30, hujan pun turun dengan lebat. Terpaksa la tukar baju hujan dulu. Perjalanan pulang diteruskan dengan meredahi hujan lebat. Nasib baik sut baju hujan Arai berfungsi dengan baik. Tiada tempias masuk walaupun hujan lebat. Terdapat satu kemalangan yang melibatkan 5-6 biji kenderaan di lebuhraya kerana hujan lebat.

Sampai di RnR Ayer Keroh, kami berhenti untuk makan. Sudah kebuluran masa ni.

Menu makan petang Tok kali ni ialah Nasi Lemak Berlaukkan Telur Rebus serta Sambal Sotong.

Cikgu Rudy mengimbas kembali kemalangan yang melibatkan 5-6 biji kenderaan tadi.

Tok mendengar dengan mata mengantuk...zzz...zzzz....zzz...

Selesai makan perjalanan diteruskan dalam hujan lagi. Cikgu Rudy exit di Tol Simpang Ampat. Tok meneruskan perjalanan dalam kelajuan 100kmph. Hujan berhenti sebaik sahaja Tok masuk ke sempadan Negeri Sembilan. Jauh perjalanan ulang alik Seremban - Kluang - Seremban ialah 430km.

Malam niTok pun masuk tido dalam pukul 10.30 malam. Kira awal la tu sebab dah penat...zzz...zzz...zzzz....

Tuesday, October 11, 2011

Heppi Besday Nenek Kebayan

10 Oktober  baru ni birthday Nenek Kebayan. 9 Oktober tu memey Tok ingat, tapi alih-alih 10 Oktober Tok lupa lak. Nasib baik Nenek Kebayan ingatkan. Tapi sebenarnya Tok jenis tak sambut hari jadi sejak dari zaman bujang. Masa bujang dulu pun bila dah beberapa hari berlalu baru Tok teringat hari jadi Tok dah lepas. Sejak kahwin ni la mula sambut hari jadi. Tu pun pasal Nenek Kebayan suruh.

Okay la berbalik pada citer tadi Tok tak beli hadiah pasal nak simpan untuk annivesary. So Tok plan nak bawa dia makan luar je la. Tapi fikir-fikir buat penat je so tukar plan bawa makan luar ke rumah. Amacam, gerek tak? Petang tu masa Nenek Kebayan tengah surf FB tiba-tiba dia kata...

Nenek Kebayan : "Tok nya, kawan tanya makan kek apa hari ni?"

Tetiba Tok baru teringat...Kek takde dalam menu Tok. Ohh my goat!

Tok : "Ala tak payah kek.kek ni. Membazir je. Tak kenyang pun. Eeerr..Tok nak pergi isi minyak motor ni. Lambat sikit balik nanti."

2 minit lepas tu Tok sudah berada atas Lagenda Tok untuk misi terbaru....CARI KEK NENEK KEBAYAN!!
Tok dah tau kat makan nak cari kek tu sebab Tok jenis rajin window shopping. Nak beli kek sebiji tak berbaloi rasanya sebab nak makan tak ramai orang. Jadi Tok beli slices je. Jadi tau nak cari dan tau nak hias.

Sejam lepas tu Tok dah balik dan Tok pesan pada Nenek Kebayan....

"Jangan masuk dapur. Dapur Master Chef Malaysia tengah beroperasi!" pesan Tok.

Dalam sejam jugak la Tok menyiapkan hidang birthday Nenek Kebayan dan ini la hasilnya....
Kek pertama...

Blueberry Puding Cake with Cerry Topping

Kasi dekat sikit ambik bau dia...

Tengok...ceri dia masih basah lagi...Pergghhh..!
Kek kedua...
Cappucino Chocolate Cake with Strawberry Topping

Kasi close up sikit...Perrghhh...dia punya keping cokelat dan stroberi memey mengancam keselamatan negara betul la..!

Kek ketiga
Black Forest Cheese Cake with Cherry Topping

Pergghh....citer banyak pun tak guna la.

Tok pun gabungkan ketiga-tiga slice kek ni dalam satu pinggan.
Kek 3 Serangkai

Close up kat ceri sikit...

Close up kat stroberi lak....

Menu seterusnya ialah......
Sup Brother Joe. Jangan tanya kenapa nama dia macam tu...Tok tak tahu.

Chicken Chop

Fuhhh...ekau tengok dia punya close up...

Black Pepper Steak

Kobis dia masih fresh lagi.....

Dan ini dia set menu untuk Nenek Kebayan.
Set Menu The Fabulous Five

Kasi rapat sikit...

Haaa...korang tak rasa lapar ke..?
Oooppss lupa la! Tak kan nak makan Chicken Chop dengan Black Pepper Steak dengan tangan? Mana pisau...mana sudu...mana garpu?
Haaaaa....amekau! Sudu, garpu dengan sepasang pisau double edge!

Hihihihi ni la set yang dah complete. Amacam..?

Nenek Kebayan dengan muka toyenye...sebab dah sejam lebih tunggu set menu besday dia disiapkan.

Saat-saat terakhir riwayat sebiji ceri....

Camtu citernya sambutan Besday Nenek Kebayan....Hahahahaha...tak lama lagi Besday Tok pulakkkk....! Mmmm...nak makan apa eekk...?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...