Followers

Friday, June 8, 2012

Ride To Pantai BNO - Edisi Mee Udang JLP

Huhuhu...lama gak Tok tak ride sejak Ride Terkantoi - Edisi Kau Kijam Ambiga..! Jadi setelah 4 hari berhempas-pulas tanda kertas periksa bebudak Tok, pada 7 Jun 2012 Tok pun ambik keputusan untuk ride keluar. Itu pun serba-salah sebab ada satu kelas lagi tak tanda kertas. Seperti biasa Tok pun plan dengan Cikgu Rudy untuk ride kali ni. Dah nak buat macam mana, katg SMK Tuanku Muhammad tu cuma ada dua cikgu je yang masih ada semangat bikers sejati iaitu Tok dengan Cikgu Rudy. Yang lain tu kalau ada jadi mat motor dulu pun sekarang dah bersara. Main kereta pulak dah. Ada juga cikgu SMK Tuanku Muhammad yang minat nak main motor balik. Tapi bila ajak ride banyak lak alasan. Moto kecik la. Bini tak kasi tunggang moto lagi la. Takut accident la. Takut bontot leper duduk lelama atas moto la. Ish..ish..ish...Moto kecik takde hal. Kita ride je la pakai moto kecik sesama. Tapi nak buat macam mana, masing-masing dah tak minat motor lagi.


Anway sebenarnya ride kali ni berlaku pasal Tok ada baca di blog Si Aku Budak Nerek tu di http://azmi-shuib.blogspot.com/ Pasal dia makan kat Pantai BNO. Tau tak makna Pantai BNO tu? Pantai Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam. Tok memang suka jalan-jalan kat area Selangor tu cuma Tok tak suka dengan jalanraya sekitar Sabak Bernam dan Kuala Selangor yang beralun-alun tu. Gayat weiii...

Pukul 7.50 pagi Tok bertolak dari rumah. Semasa di lebuhraya ada sebijik moto LC135 kasi potong sama Tok. Rider LC tu tengah tunduk G. Kira sudah habis aerodinamik la tu. Kunun-kununnye... Korang tau tak apa menatang yang Tunduk S dan Tunduk G ni..?

Tunduk S : Naik moto sambil membongkokkan badan. Kaki kasi lipat sikit.
Tunduk G : Naik moto sambil bongkok habis badan. Dagu kasi rapat sama itu meter motor okeh. Badan kasi rendah. Kalo boleh kasi rapat sama itu bakul moto. Kaki kasi lipat habis.

Nak dijadikan citer, Tok pun kejar le. Best gak main kejar-kejar pepagi ni macam Polis Sentri, One To Jaga, Polis Mati Pencuri Jaga. Hehehehe... Tok pulas la sampai 110kmph. Aik..? Boleh tahan. Kat depan lagi LC ni. Sudah bikin ka? Tok pulas sampai 120kmph. Yeaaaa...sudah rapattt.... Tiba-tiba....Ninja Tok mati enjin....Super Spontan betul la... Ni dah kali kedua Ninja Tok buat macam ni. Memang sah ada ECU problem. Cepat-cepat Tok tarik clutch dan meluncur ke tepi. Berhenti je, Tok off kan kunci pastu on kan balik dan start semula. Masa tu rider LC tu sudah hilang. Cheeiisss....Roy..Roy..hati kau memang keras...! (Petikan dialog filem Gila-Gila Remaja)


Jadi tepat pukul 8.30 pagi Tok sampai di RnR Seremban. Janji Melayu lagi...huhuhuhu...nak buat macam mana, Tok bangun lewat sebab dah 4 hari Tok tido lewat pagi sebab tanda kertas periksa bebudak Tok. Sampai je di RnR Seremban, Cikgu Rudy sudah tunggu.
Pukul 8.30 pagi 2 bijik moto cikgu SMK Tuanku Muhammad sudah sampai di RnR Seremban.

Tak ramai orang di RnR Seremban sebab walaupun musim cuti sekolah, tapi hari tu hari kerja. Cuma adalah rombongan bebudak sekolah singgah makan. Entah nak pi mana bebudak tu? So Tok dan Cikgu Rudy pun pi sarapan ala kadar dulu. Biasanya Tok minum teh o ais. Tapi kali ni kena minum teh ais sebab doktor dah kesan Tok ada gastrik sekarang. Kena minum susu pulak doh.

Sarapan Tok pagi tu. Nasi Goreng berlaukkan Sosej Masak Sambal.

Sarapan Cikgu Rudy pagi tu. Nasi Goreng berlaukkan Sambal Sotong dan Telur Mata Kerbau.

Pekena ubat darah tinggi dulu.Baru power layan ride kali ni.

Ni muka tak cukup tido selama 4 hari ni...


Selesai sahaja sarapan sudah pukul 9.00 pagi. Jadi kita orang pun bergegas ride. Cuaca begitu best sekali sebab tak panas. Macam mendung jerebu je... Dari lebuhraya kami keluar di Exit Rawang (Batang Berjuntai). Dari sini Cikgu Rudy akan lead sampai ke pekan Sabak Bernam.

Sampai Lebuhraya Guthrie, kena stop dulu cari bearing.

Fulaweiii...mamat jaket biru dengan helmet design Valentino Rossi tu kelihatan ganteng sekali...!!

Ni dia posing dengan bergaya sekali.Lori lak interframe.

Sudah mendung.Kena salin baju hujan dulu.

Sampai gak kat area sini.

Kasut riding baru Cikgu Rudy. Harga..? Tok malas citer la. Benda original...

Glove original baru. RM200 lebih. Kayo betul.

Di pekan Kuala Selangor kami berhenti dulu untuk isi minyak. Ninja Tok dah berjalan sebanyak 168 kilometer. Tok hanya perlukan RM8 untuk isi penuh semula. Jimat betul la Ninja EFI ni.

Sampai di pekan Kuala Selangor,kena stop isi minyak dulu.

Masa ni memang tengah paneh betul.

Cikgu Rudy terpaksa simpan balik baju hujan. Pakai balik jaket baru original dia.Huhuhu...

Kena parking tempat redup.Kalo tidak mengelegak lak minyak dalam tangki moto.

Seperti biasa perjalanan di teruskan. Tok hanya bawak dalam 90-100kmph je. Sebab Tok tak suka jalan beralun area Sabak Bernam dan Kuala Selangor tu. Sampai je di pekan Sabak Bernam, Tok ambil alih lead. On kan GPRS dan terus ke Pantai Bagan Nakhoda Omar. Dalam pukul 1.00 petang kami sampai di Restoren Jaiton Laksa Pantai (JLP) di Pantai Bagan Nakhoda Omar. Kalo korang nak pergi, google je peta tempat tu.. Tok pun tengok menu. Macam nak try Mee Udang Special je.

Banyak menu boleh pilih.

Tokey dia nama Kak Zaiton.

Hari biasa tak ramai orang.Hujung minggu jangan harap la dapat tempat duduk.

Jaiton Laksa Pantai ni dekat dengan pantai nelayan. Tak bleh mandi laut la sini.


Tok : Mee Udang Special apa yang bestnya?
Pelayan : Udang kasi lebih Tok.
Tok : Orait Mee Udang Special Unek (satu)
Cikgu Rudy : Mee Udang Special Rendek (dua)

Tak lama lepas tu sampai la Mee Udang Special ditemani ABC, Laicikang, sebotol air mineral dan dua air kosong. Apa lagi bedal la. Tok cuba tengok betul ke banyak udang dalam Mee Udang Special ni. 1..2..3..4..Tok pun kira. Fuyooooo....ada 9 ekor udang dalam Mee Udang Tok. Kira banyak juga. Lepas makan masa nak bayar Tok tanya harganya. RM5.50 untuk sepinggan Mee Udang Special yang ada 9 ekor udang. Kira murah la. Kalo 9 ekor udang tak kan dapat RM5.50 kat KL. Rasa pun boleh tahan. Bukan yang terbagus tetapi masuk la dalam Top 10 makan yang Tok suka. Ada sedikit rasa Mee Bandung. Syabas Inspektor Sahab..!!

Tok pekena Laicikang dulu sementara tunggu Mee Udang Special.

Closeup Laicikang.

ABC Cikgu Rudy sudah runtuh daa..
Ala...runtuh ABC tu ada aku kisah..?

Mata Tok terlelap masa layan Laicikang. Ngantuk sehhh..

Mee Udang Special sudah sampai.....

Mee Udang ni ada rasa sedikit Mee Bandung

Muka kepenatan dan kehausan selepas ride tengah panas.

Closeup celah Mee Udang sebelum makan.

Tok dah kira.Ada 9 ekor udang dalam Mee Udang Special.Kira berbaloi la bayar RM5.50 sepinggan.

Tepat pukul 3.30 petang, selepas solat zuhur di surau kat situ. Tok dan Cikgu Rudy pun bersiap untuk balik. Kali ni perjalanan pulang memang menyeksakan. Panas giler...! Sepanjang ride balik dua kali kami kena berhenti untuk minum air. Tok pulak lupa nak bawa Hydration Bag Pack Tok. Kalo tak senang je nyonyot minum air sambil bawak moto. Ride pulang agak slow sebab dalam pukul 4.30 petang orang sudah mula keluar opis nak balik. Tok sampai rumah dalam pukul 6.30 petang. Tapi sebelum tu sempat lagi singgah KFC sebab nak beli set Chicky Meal. Bukan apa, Tok sebenarnya nak dapatkan mainan Upin dan Ipin untuk anak Tok. Sudah ada 3 figura. Tinggal satu je lagi nak dapatkan. Anak Tok mesti suka. Saya suka! Saya suka! (petikan dialog watak Mei Mei dalam citer Upin dan Ipin.

Wasalam.








3 comments:

Aku Budak Nerek said...

Caya laa Tok! Apasai nak ride tak roger? Jalan area Kuala Selangor - Sabak Bernam tu beralun sebab tanah gambut kot..hahaha

Btol, rasa mee udang nie seakan akan mee bandung jer. Berbeza dengan mee udang Kuala Sepetang. Tapi still boleh layan lagi laa...not out from the list.

Apapun, ride terbaik! Next time jom kita plan pekena nasi vangey atau Nasi Ganja kat Ipoh!!

Tok Kebayan said...

Huhuhu...sebenarnya ride pegi Sabak Bernam tu pun dah penat. Badan tak fit macam zaman muda-muda dulu. Nak ride jejauh boleh tapi kena pastikan la kerja semua dah settle. Boleh ride dengan hati senang.

aboyNajun said...

nice ride cikgu.. ada masa insyallah nak ke sana jugaklah! hu..hu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...