Followers

Wednesday, October 5, 2011

Icip-Icip Bersama Tok Kebayan

Baru-baru ni Tok terasa lak nak memasak. Nenek Kebayan pun baru lepas keluar hospital pasal buat operation, badan dia pun lemah lagi, so Tok plan nak masak la. Tak nak beli kat kedai hari-hari. Koyak la poket.

Eeerr...cucu-cucu tak tau ke Tok pandai memasak. Biar betul? My goat! Tok ni dah lama expert memasak. Kalau Chef Wan tu tau Tok handal memasak dah lama dia ushar Tok jadi menantu dia...tapi....Si Serina tu dah kawin kan..kan..kan? Huhuhu rugi kat dia la..hihihihi..

Tok ni belajar memasak dengan awek Tok yang nombor eerr..eerr..lima rasanya...Weiii, cucu-cucu jangan buruk sangka eekk..Tu masa Tok bujang teruna lagi tu. Masa tu Nenek Kebayan tak kenal Tok lagi. Sebenarnya masa tu Tok duduk jauuhhh kat ceruk pendalaman Felda Lepar Utara 1 kat Pahang. So seminggu dua kali la Tok call awek Tok nak berborak. Nak dijadikan modal berborak Tok tanya la pasal itu ini dan topik favourite Tok ialah tanya pasal menu masakan.
Perempuan ni suka lelaki yang pandai memasak...eerr...cucu-cucu tak tahu juga ke pasal kesukaan perempuan. Belajar jangan tak belajar. Call Tok kalau nak tau. Tok caj murah je...RM50 sejam..huhuhu.

 Berbalik pada citer original Tok ni. Tau tak makna icip-icip? Eerr...tak tau gak? cucu-cucu beli ke Sijil SPM  cucu-cucu tu? hihihihi... Okay la hari tu Tok ada beli jering so Tok buat la menu berasaskan jering.

Pertama sekali potong la jering mengikut design yang cucu-cucu suka. Nak design bintang, love, teddy bear etc. Tok potong ikut dan je. Lepas tu macam biasa masak sambal tumis, masukkan ikan bilis, bawang dan jering.

Jeng..jeng..jeng! Dah siap pun. Hias la dengan kepingan jering untuk kasi nampak gerek sehhh..!

Warna merah cili boh tu nampak gelap sikit pasal Tok taruk perisa feveret Tok....kicap ABC.
Okay lepas siap menu Sambal Tumis Ikan Bilis Jering, Tok bergegas menyiapkan menu kedua iaitu Nasi Goreng Putik Jering..Hahahaha....belasah je nama tu. Janji nampak macam sajian hotel 5 bintang. Betul tak Chef Wann..?

Sebenarnya nasi goreng ni biasa je. Cuma tambah telur dan hiaskan dengan kepingan jering kat atas tu macam putik.

Jeng..jeng..jeng! Siap dah....Huhuhu sukanye sayaa.....(Sebut macam Nobita)

Bila dah siap masak pastikan tepi pinggan hidangan tu di bersihkan. Baru nampak menyelerakan.

Orang lelaki ni sebenarnya kena belajar memasak. Terutama yang bujang-bujang tu. Ni la Tok nak kongsi satu rahsia. Perempuan ni sukakan lelaki yang pandai memasak. Kalau harapkan muka hensem, badan macho tapi tak reti memasak tu dah jadi tipikal lelaki biasa. Jadi la seorang lelaki yang unik..lelaki yang expert memasak...Fikir-fikirkan la..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...