Ni skuter JRD 125 buatan negara China |
Tok pakai skuter JRD ni kat Universiti Malaya serta balik hujung minggu ke Seremban. Prestasi skuter JRD ni memang okay. Pakai pun selesa. Minyak jimat cuma.......enjin tarak tahan lama la. Nak tau kenapa? Satu hari tu Tok masa cuti semester UM, Tok plan nak pergi Batu Pahat nak jumpa 'kawan'. Tok pun bertolak dari Seremban dalam pukul 3 petang. Maintain speed dalam 100km/ph. Sampai kat Labis dalam pukul 6.15 tetiba enjin JRD ni jadi semput. Aiseymen, belum sampai Batu Pahat lagi ni. Tok buat keputusan untuk patah balik sebab dah tak sedap hati. Adoiiii seksa betul masa perjalanan balik. Tok boleh bawa dalam speed 50km/ph je. Lebih dari tu takleh blah dah. Nak singgah kedai moto memang tak buka pasal hari Ahad. Bayangkan patah balik pukul 6.30 petang dengan kena redah hujan lebat dengan kelajuan 50km/ph. Tok beku atas motor masa tu. Sampai rumah pukul 12.30 pagi. Serik dah nak buat long distant pakai motor negara China ni. Esoknya bawak kedai motor, rupa-rupanya casket dia dah bocor. Repair je Tok terus bawa setakat KL-Seremban je.
Tak lama lepas tu Tok terlibat dalam kemalangan kat Seremban antara skuter JRD Tok dengan lori pickup. Nasib baik dreber tu sanggup bayar kerosakan skuter pasal salah dia. Tapi sejak tu Tok terus tawar hati pakai skuter tu lagi pun skuter orang, bukan skuter Tok. Akhirnya Tok pujuk arwah mak beli motor lain untuk Tok pakai kat UM. Arwah mak pun keluarkan modal RM850 beli motor secondhand Suzuki RC80. Terima kasih mak... Benda yang pertama Tok perasan pasal motor ni ialah chasis dia dah lari pasal pernah kemalangan kot. Tapi masih stabil bila bawa.
Ni la model Suzuki RC80 yang Tok pakai tu. |
Bila gaji Tok dah okay je. Tok plan nak beli motor baru. Manjang beli motor terpakai je. Serik. Jadi Tok pun sambar motor Yamaha Lagenda ZR110. Sampai sekarang motor ni Tok pakai dan tak menghampakan.
Ni la motor kesayangan Tok sekarang. |
Ni la motor weekend Tok. Sekali-sekala nak meroket boleh layan... |
Tok : "Neneknya..esok madu motor Lagenda tu datang datang duduk dengan kita."
Nenek Kebayan : "Madu apanya? Konfius la."
Tok : "Motor baru Toknya dah keluar. Esok sampai."
Masa ni Nenek Kebayan dah takleh cakap apa dah sebab Tok dah madukan Lagenda Tok. Pesan Tok kepada yang nak sambar motor besar ni ialah bila duit dah cukup terus beli. Jangan tangguh-tangguh sebab kalau bertangguh memang sah tak kan beli sebab duit tu akan pergi ke tempat lain.
Okay la sekarang ni Tok pakai dua motor. Lagenda dengan Ninja. Dua-dua memang memuaskan hati. Jaguh Tok dah jual kat abang ipar Tok. RC80 dah terbengkalai tunggu masa nak reborn kalau cukup modal. Rasa-rasanya dah abis citer pasal sejarah permotoran Tok ni. Masa untuk citer benda lain di topik akan datang.
Wasalam.
3 comments:
thanks tok sebab kongsi sejarah pemotoran tuk... enjoy your ride!
Cayalah..lagend tok nie top speed cecah bpe?
Tok pakai swing arm apa kt lagenda tu..utk pakai disc belakang tu...
Post a Comment