Followers

Monday, August 1, 2011

Kenangan Di Bulan Ramadhan dan Syawal...

Setiap kali bulan Ramadhan menjelma, Tok mesti teringat beberapa peristiwa yang masih kuat tersemat kat ingatan Tok. Daripada Tok ingat sorang-sorang baik Tok kongsi dengan orang lain, yea tak?

Kenangan yang pertama ialah masa Tok tingkatan 5. Masa tu hari pertama puasa. Tapi tah macam mana Tok boleh lupa lak yang hari tu puasa walaupun pagi tadi dah kaw-kaw belasah sahur puas-puas. Tepat pukul 9 pagi dengan selamba Tok pergi dapur ambik nasi goreng atas meja. Pastu pergi pulak bersila depan arwah mak Tok yang tengah duduk kat sofa. Tok pun makan dengan selamba depan arwah mak Tok.

Mak Tok : "Aik kau tak puasa ke?"
Tok : "Bila lak puasa mak?"
Mak Tok : "Laaa...yang tadi kau makan pagi tadi bukan ke sahur?"
Tok : "Oohhh my goat! Lupa laaaa...kesal sungguh...buurppp!!"
Mak Tok : "Dah..dah..pergi basuh pinggan tu. Sambung balik puasa..."
Tok : "Boleh sambung puasa balik? Yahoooo...selamat duit raya aku!"

Tok pun dengan muka berseri basuh pinggan. Nasib baik sempat makan kenyang-kenyang sebelum perasan hari tu puasa. Hehehehe....

Kenangan kedua pulak masa Tok belajar kat Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK), Johor Bahru. Selalunya Tok balik masa cuti panjang. Dulu Tok balik dengan bas je. Tapi sejak dah pakai Suzuki Panther 150, Tok balik dengan motor je. Ada sekali tu  MPMK cuti awal untuk cuti raya. Jadi seperti biasa Tok balik dengan motor ke Seremban. Cuma kali ni Tok bertolak lewat. Nak jadikan citer masa Tok ada kat Highway Pedas, bila Tok tengok jam dah waktu berbuka. Nak berhenti memang takde RnR dan Tok memang tak bawak bekal untuk berbuka sebab Tok budget sempat sampai rumah sebelum buka puasa.
Tok teringat ceramah ustaz kat surau dulu, dia kata berbuka puasa ni tak elok dilengah-lengahkan. Tok pun apa lagi dengan ilmu agama yang masih cetek masa serta muda lagi, terus..........................korek hidung untuk batalkan puasa. Hahahahaha.... Tu korek hidung masa ride atas motor lagi tu. Skill kena ada. Tangan kanan pulas throttle, tangan kiri korek hidung. Nak buat macam mana, Tok rasakan masa tu kira darurat, ustaz pun ada cakap tak elok lengah-lengahkan buka puasa. Kira batalkan puasa sama gak dengan buka puasa la kan...hihihihi...

Kenangan ketiga pulak masa Tok belajar kat Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru. Satu hari masa hari raya ke-5 tahun 1993, Tok dengan seorang kawan pergi Woodlands, Singapura untuk window shopping je. Sampai di satu shopping kompleks kami terus merayau kat dalam. Memang bebudak kat Singapura lebih daring berpakaian daripada orang Malaysia. Ada satu awek salesgirl tu kat department pakaian pakai skirt pendek paras peha dengan t shirt sendat low cut. Perghhh..nampak peha putih melepak dia dengan lurah Gunung Baik Daik Bercabang Dua. Masa tu Tok pun tengah muda lagi. Darah tengah manis lagi. Tak puas tengok kejap Tok pun plan nak renung puas-puas. Pahala dah gerenti susut punya. Tok pun ambik sehelai pakaian dan pegang depan mata pura-pura tengok tapi sebenarnya mata Tok dok merenung awek salesgirl tu. Lama gak dalam 5 minit...sampai la kawan Tok iaitu Guncis (nama manja dia) tegur...

Guncis : "Woi..kau nak beli ke benda yang kau pegang tu?"
Tok : "Eeeerrr..memang la nak beli (sambil terus merenung ke arah awek tu). Kenape?"
Guncis : "Sape nak pakai?"
Tok : "Aku la. Bengong betul! Nih aku tengah cari saiz untuk aku nih!" (sambil terus merenung ke arah awek tu)
Guncis : "Kau biar betul! Bila lak kau tukar taste ni?"

Bila dengar kawan Tok cakap tukar taste, Tok cepat-cepat tengok pakaian yang Tok tengah pegang tu. Oh my goat! Rupe-rupenye Tok tengah pegang seluar dalam perempuan. G-String lak tu. Seksi giler tuh! Warna polka dot lagi. Adehhhh...malu punyer pasal Tok terus ajak kawan Tok keluar. Pahala hangus, malu pun dapat. Memang kalau tuhan nak balas, kat dunia lagi boleh dapat pembalasannya...

Kenangan keempat pulak masa Tok mengajar kat sekolah pertama Tok di SK LKTP Lepar Utara 1, Pahang. Felda Lepar Utara ni memang terpencil. Masa tu elektrik pakai generator 7 petang sampai 12 malam je. Air lak datang 2 hari sekali. So kena pakai kumpul dalam tong drum air tu. Masa tu Tok duduk kat rumah guru dengan cikgu-cikgu bujang yang lain dalam 7 orang kot. So satu pagi di bulan puasa tu kitaorang bangun lewat untuk bersahur. Rasanya dah lepas waktu imsak pun. Tapi ada la cikgu-cikgu bujang ni dah lapar sangat termasuk Tok terus makan sahur walaupun terang-terang dah depan orang azan kat masjid berdekatan.

Cikgu Izwan : Woit dah azan tuh. Mana boleh sahur lagi!
Cikgu Anuar : Mana ada azan tu? Tu orang mengaji tu. Boleh lagi makan.
Tok : Betul..betul..betul (sebut macam Upin) Tu suara orang mengaji tu. Boleh belasah makan lagi. Kau ada-ada aje la. Dengki tengok orang sahur.
Cikgu Izwan : Lantak kau la, aku memang konfem tu suara orang azan tadi.
Tok : Ala tu perasaan kau je. Pagi-pagi buta macam ni memang kita  biasa dengar macam-macam sound.
Kena lak Felda kita ni kat tengah hutan. Pegi tido je la kalau tak nak sahur.

Sebenarnya Tok dengan 2-3 cikgu yang tengah makan tu memang dengar azan tu, tapi sebab dah lapar sangat kita orang pun makan sahur sambil cuba menidakkan realiti yang sebenarnya waktu imsak dah abis dan orang dah azan subuh. Yea la, masa tu masa muda. bab-bab hukum-hakam ni memang pandang remeh. Sekarang ni bila usia dah makin tua baru la rasa menyesal dan ambik berat pasal hukum-hakam agama ni.
Apa-apa pun jangan la tunggu waktu tua nak beribadat sebab kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita...

Selamat berpuasa....


*Cerita ini dikarang khusus untuk menyahut cabaran di
http://dululainsekaranglain.com/maklumat-dan-notis/cabaran-blogger-satu-hari-di-hari-raya/

Hahahaha..semua yang Tok citer tu memang dari pengalaman Tok. So mana tahu boleh dapat ranking teratas ke?

5 comments:

TayarGolek.Com said...

alasan jer tu wat2 lupe puase kan Tok?hahaha...larikkkkkk

Tok Kebayan said...

Nak buat camne, dah biasa makan pepagi. Nasi baik sempat bedal cukup-cukup.

maza said...

..wakakaka.. best best best lah cerita ni cikgu.. hehehehe

sakit gak perut menahan kegelian di pusat ahaks. hehehehe

Ismail N said...

LOL! Funny giler... teknik batalkan puasa mmg best. Kalu cerita kat Ustaz Ismail Kamus, sure dia pening kepala punya. Pui, tak sangka cikgu pon pandai skodeng awek di bulan puasa.. ingat si Maza jer :D
Btw, thanks sbb komen kat blog kawe. Untuk kena list di entri cabaran blogger, kindly mention dlm entri ni yang ia di buat untuk sahut cabaran kawe. Mcm2 kawan-kawan yg lain2 buat. Sori yer, kena berlaku adil dgn blogger2 lain.

Adila said...

TK congrats menang!
nak mintak alamat boleh?
nak post kan poskad

emailkan kat adila(dot)nordin(at)gmail(dot)com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...