Baru-baru ni Tok ada pergi ke Honda Senawang. Saje jer nak tengok-tengok kalao ada keta yang berkenan bole la sambar sebijik. Huhuhuhu...macam shopping ikan kat pasar je. Ada sebijik Honda Freed yang available untuk test drive. So Tok pun ambik keputusan untuk suruh sale agent Honda ikut Tok pergi test drive Freed ni ikut jalan Lebuhraya Bukit Putus dan patah balik ikut jalan lama Bukit Putus. Berikut adalah pandangan Tok pasal Freed ni.
PRESTASI
Freed ni menggunakan enjin 1.5 iVtec. Sama yang digunakan oleh Honda Jazz dan Honda City. Enjinnya memang senyap. Lancar. Cuma bagi Tok pickupnya kurang sedikit. Tetapi semasa Tok memecut dan memotong, Tok menggunakan butang D3. Butang D3 ni memang membantu memecutkan Freed dengan cepat. Boleh dikatakan ini butang turbo Freed.
KAWALAN
Stereng Freed ni memang ringan dan mudah dikawal. Kawalan di selekoh jalan lama Bukit Putus dapat Tok handle dengan mudah. Cuma oleh kerana Freed ni agak tinggi, selekoh tajam dirasakan agak tidak konfiden. Tetapi ini diselamatkan oleh jarak kelegaan tanah Freed yang rendah membuatkan Freed boleh meratah selekoh tajam tanpa risau tergolek. Rim Freed ni ialah 15 inci. Tok rasakan lebih sesuai pakai rim 16 atau 17 inci. Ini akan membantu lebih kawalan.
RUPA LUARAN
Huhuhu...ini subjektif. Bagi Tok bahagian depan Freed ni memang cantik. Bahagian tepi dia boleh la untuk dikatakan nice dan comel. Bahagian belakang? Tak la cantik sangat. Tapi tak la hodoh. Lama-lama akan jadi biasa la tu.
RUPA DALAM
Haaaa...ini yang menarik. Walaupun dari luar Freed ni nampak agak kecil lebih kurang Alza, tetapi bahagian dalamnya jauh lebih luas dari Alza. Ini sebenarnya dibantu oleh bahagian lantai Freed yang flat dan rendah. Bahagian bumbungnya juga tinggi.Badannya lebih lebar berbanding Alza. Tok pernah naik Alza. Rupa lawa tapi sempit la... Freed ni boleh muat 7 orang dewasa dalam dia. 2 orang depan, 2 orang baris kedua dan 3 orang baris ketiga. Tok boleh bergerak bebas dalam Freed. Dari baris ketiga,Tok boleh pergi ke baris kedua dan seterusnya duduk di sebelah driver semasa kenderaan sedang bergerak tanpa sebarang masalah.
AIRCOND
Ada orang komplen yang Freed ni aircon dia ada kat depan je macam Alza, Rondo, Stream, dan Wish. Penumpang barisan ketiga gerenti panas giler. Di sini la bezanya Freed dengan Alza, Rondo, Stream dan Wish. Freed ada ruang kosong di bahagian tengah sebab baris kedua menggunakan Captain Seats. Jadi aliran udara sejuk dapat pergi ke barisan ketiga dengan lebih cepat.
SLIDING DOOR
Rasanya ini la buat Freed istimewa. Sliding door. Mana ada MPV yang pakai sliding door kecuali Naza Ria yang penuh masalah tu. MPV lain yang pakai sliding door semuanya mahal-mahal giler.
Persoalan utamanya, berbaloikah beli Honda Freed ni? Sebenarnya semasa Honda Freed ni dilancarkan ia diimport dalam Versi E. CBU kerana diimport dari Indonesia. Harganya dalam RM112 ribu. Agak mahal bagi MPV bersaiz Freed. Boleh beli Avanza atau Exora lagi murah. Jadi jualan Freed ni tak memberangsangkan sangat. Tok pun akan fikir 10 kali kalau harga dia RM112 ribu. Cekik darah betul..!
Menyedari jualan Freed Versi E tak laku, Honda Malaysia bawa masuk Freed Versi S. Ini murah sedikit sebab takde auto sliding door, fog light, dvd player dan beberapa lagi aksesori yang ada pada Versi E. Harga jualannya ialah RM99,800 ribu. Giler. Masih mahal lagi bagi Tok.
Baru-baru Honda Malaysia telah menawarkan diskaun bagi hampir kesemua model Honda. Freed termasuk. Diskaun RM8000 ribu. jadi harga Freed ialah RM91,800 ribu. Promosi sampai hujung tahun 2012 je. Bagi Tok dengan harga ini Freed ni agak berbaloi untuk di beli. Mungkin ada MPV yang lebih murah lagi seperti Exora Bold Prime yang berharga RM90,000 ribu .Lebih canggih. Tapi bagi jenama Jepun yang terkenal, harga Freed RM91,800 ribu ni kira berbaloi kerana nilai resale yang lebih tinggi dari Proton serta enjin iVtech yang terkenal dengan sifat penjimatan minyaknya.
Apa-apa pun jika harganya kembali pada RM99,800 ribu, Tok rasakan Freed ni kembali menjadi model yang agak mahal.
17 comments:
Terbaek Tok!! Do you have a Honda?
salam.....
itu freed E mmg best,freed S button aircond cam kancil ja..tu yg xbesh~
Saya owner Freed S. Setakat ni sangat puashati dgn Freed. Yg penting after sales service begitu mantap! Tak nyesal beli sbb saya ambik full accessories. Seat kulit tu yg best tu.
Ada angin aircond kat belakang, kat bawah seat front passengers..
Tok pun dah angkat Honda Freed.So far puas hati pakai. Berbaloi la dgn harga RM91,800 yang Tok beli tu, Huhuhuhu..
awat lambat sgt tok reply..setaun tuu
Masih consider harga tu murah.... sbb apa? After 5 yrs using honda ni, with regular obliged service, jaga elok2, masih terase dan nampak baru... try it then you will know...
I was looking for freed for my second honda but found out honda had stopped freed selling in malaysia.. a bit frustration there.... no such design with great price... affordable...
O nk tanye, now freed baru dh stop. Tinggal fredd 2nd hand.mcmne dgn spare partnye???
nak tnya insuran setahun dlm anggran berapa RM?
Ya beli freed tahun 2012 gak.. lepas tgk kat honda senawang.. google kat mudah dpt la kt sg buluh less rm13k.. kl less rm12k.. diskaun honda+company bg.. setahun nk kumpul 10k pun susah.. angkat la 1..
Ya beli freed tahun 2012 gak.. lepas tgk kat honda senawang.. google kat mudah dpt la kt sg buluh less rm13k.. kl less rm12k.. diskaun honda+company bg.. setahun nk kumpul 10k pun susah.. angkat la 1..
Ya beli freed tahun 2012 gak.. lepas tgk kat honda senawang.. google kat mudah dpt la kt sg buluh less rm13k.. kl less rm12k.. diskaun honda+company bg.. setahun nk kumpul 10k pun susah.. angkat la 1..
Nak tanye la untuk maintenance bagi honda freed mcm mana erk???Adakah tinggi atau biasa saja...bagi sparepart pula mcm mana???
Nak tanye la untuk maintenance bagi honda freed mcm mana erk???Adakah tinggi atau biasa saja...bagi sparepart pula mcm mana???
Sy survey 2nd hand Freed...
Nak tanya sparepart mudah ke?
Maintenance macamana?
O.k x maintenance?
Post a Comment