Followers

Sunday, September 2, 2012

Blog Kisah Liyana dah terlungkup..!




Adoiiii...sedih Tok tengok nasib budak sorang ni. Gara-gara tak jaga mulut, habis dia kena serang beramai-ramai. Huhuhuhu...Tok pun salah sorang yang fire kat budak ni jugak. Al-kisah ni lah contoh terbaik Kacang Lupakan Kulit atau lebih tepat Si Tanggang Moden. Kalau sesiapa yang tak tahu hujung pangkal citer ni, meh Tok kasi citer apa yang telah berlaku.

Al-kisah pada 28 November 2011, budak Liyana ni telah beri entri kat blog dia dimana dia kasi kutuk kaw-kaw insan yang bergelar guru. Macam-macam la dia kata pasal profession guru ni. Cucu-cucu semua boleh la rujuk kat entri blog dia di
http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache%3Arb8njVx44RUJ%3Aluvlylya.blogspot.com%2F2011%2F11%2Funtung-laa-sape-jadi-cikgu.html+&cd=2&hl=en&ct=clnk&gl=my

Entah macam mana ada la orang boleh detect entri dia dan paste di fb dan twitter. Hancus la lepas tu berpusu-pusu rakyat Malaysia yang serbu blog dia dan kasi maki hamun kat budak sengal ni. Tok baca komen mereka kat blog dia pun rasa gerun. Memang kena kaw-kaw budak ni. Agaknya sebab rasa tak tertahan dengan komen panas berbara dia pun terus minta maaf dan tutup blog dia. FB dia pun terus dia tutup.

Tu la mulut tu cabul sangat. Dia tak sedar, tanpa guru dia tak akan jadi seorang engineer. Kalau guru dia yang didik dia sampai masuk universiti baca komen dia di blog tu mesti diorang kecik hati. Mak dan ayah dia pun mesti malu ada anak tak kenang budi macam budak sorang ni. Huhuhuhu...Malaysiaku semakin maju...!!

1 comment:

Anonymous said...

Betul tu..Saya pun salah seorang guru yg hentam dia...Syukur anak2 murid saya yg dah jadi doktor, arkitek, akauntan dll tak ada yg derhaka macam si Liyana ni...Kesian sungguh semua guru2 dia...Hai ada jugak manusia mcm dia ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...