Followers

Monday, July 23, 2012

Braket VDS dan SYM T2 250i

Baru-baru ni Tok ada pergi ke XL Motor untuk check kenapa Cik Nin Tok mati enjin bila speed cecah 120kmph. Si Ah Fui kat XL Motor tu kata mungkin ECU problem. Dia suruh datang dan tukar ECU dalam RM178 tak campur upah kerja lagi tu. Kemudian Tok tengok ciri-ciri problem Tok ada persamaan dengan Ninja lain dalam Forum Ninja 250R Malaysia. Mereka kata ini semua pasal VDS (Vehicle Down System). Tak lama lepas tu dalam Forum, salah seorang staff KAWASAKI iaitu Cik Topaz umumkan yang HQ KAWASAKI recall semua Ninja EFI untuk tukar braket VDS sebab itu la punca problemnya.

2 hari lepas tu Tok pergi ke XL Motors dan tanya jika mereka tahu tentang hal HQ recall tu. Mereka kata mereka tahu. Tapi kena hantar komplen lepas tu baru dapat stok bracket. Upah tukar Si Ah Fui kata kena bayar RM35. Wadefak..? Kat forum kata HQ tukar free je. Takde bayar apa-apa pun. Potong leher betul XL Motors ni.

Tok budget kalau pergi HQ pun takde la minyak moto sampai RM35. So Tok pun terus pergi HQ KAWASAKI kat Glenmerie tu. Bertolak dalam pukul 8.00 pagi sampai pukul 9.00 pagi. Sampai je Tok terus daftar Cik Nin Tok dan terus masuk bengkel. Dalam 30 minit siap pasang braket baru. Masa tu Tok sempat la berkenalan dengan beberapa geng Ninja yang sama tukar braket VDS dan sorang mamat pakai D Tracker 250i yang tukar minyak fork. Nice people. Borak punya borak dah pukul 12 tengahari. Tok terus balik ke Seremban. Sampai Seremban Tok singgah ke XL Motors sebab tayar belakang Cik Nin Tok tercucuk besi. Kena la masukkan cacing. Masa tengah tunggu cacing masuk, Tok ternampak seorang mamat yang tengah servis dia punya SYM T2 250i.

SYM T2 250i
Moto dia warna macam dalam gambar ni. Tok pun tanya beberapa soalan pasal moto ni sebab moto ni tak banyak kat jalan lagi sebab baru launch.

Menurut empunya moto ni top speed yang dia berani bawak adalah sampai 140-150kmph berulang dari Kg.Sendayan ke Putra Jaya.. Tapi Tok musykil sikit sebab di MBC diorang kata meter T2 ni ada sikit ringan. Dia kata T2 ni takleh lawan Ninja dari segi top speed. Memang la takleh lawan sebab naked dan pakai single piston. Apa-apa pun moto ni memang cantik. Cuma Tok perasan yang seat raider dia tak selebar Ninja tetapi sedikit panjang. Seat pembonceng dia sama besar macam Ninja cuma lagi tebal la. Ekzos krom T2 ni akan berwarna terbakar sedikit di bawah cover ekzos dia bila dipakai.Patut kasi warna hitam je terus. Harga lebih mahal dari Blade 250R. Harap-harap tu kualiti enjin lebih baik dari Blade 250R la.

Sebelum Tok balik rumah Tok sempat ambik nombor handphone mamat ni. Mana tau boleh tambah raider bila Tok ride dengan Cikgu Rudy lagi.

Wasalam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...