Followers

Tuesday, May 1, 2012

Ride Terkantoi Versi Kau Kijam Ambiga..!

Lama gak Tok tak ride. Jadi pada 28 April bersamaan hari Sabtu Tok pun plan dengan Cigu Rudy untuk ride ke KL. Bukan ada apa-apa pun cuma Cikgu Rudy nak tukar tayar depan ER6 dia yang dah makan sebelah. Pastu plan nak pergi kedai Alpinestars yang baru buka kat KL tu dan kalau sempat nak pergi kedai beskal Pedalsport.

Pukul 8.00 pagi sepatutnya dah RV di Rnr Seremban. Tetapi seperti biasa Tok sentiasa mengamalkan adat turun temurun bangsa kita Melayu iaitu 'Janji Melayu'. Pukul 8.30 pagi Tok pun sampai...huhuhu... Cikgu Rudy pun dah tunggu situ. So sebelum apa-apa hal kita orang pun brekpes dulu.
Brekpes Cikgu Rudy yang berupakan Nasi Goreng Berlaukkan Telur Mato Kobau dan Sambal Sutun.
Oleh kerana ramai gak orang yang brekpes kat situ Tok cuma sempat sambar Nasi Lemak Berlaukkan Telur Mato Kobau dan Telur Asin.

Sambil makan tetiba Cikgu Rudy bukak citer tak best....

Cikgu Rudy    : "Tadi ada bekas anak murid aku sms. Dia keje kat Berita Harian sekarang. Dia kata jangan datang KL hari ni. Banyak roadblock pasal ada Perhimpunan Bersih 3.0 anjuran Ambiga tu. Kang sangkut banyak sangat susah lak."

Tok    : "Oh maigot..! Habis tu camne lak plan kita nak pegi KL ni. Tak kan nak kensel. Tok dah buat rambut nak pegi ride ni. Huhuhuhuhu.."

Cikgu Rudy    : "Kita tukar pegi Speed Extreme kat Nilai je la."

Tok    : "Speed Extreme...? Huk aloh..! Kalau tau nak pergi Speed Extreme awal-awal Tok bawa Super Kapchai Tok je, Si Lagenda 1100 cc tu..!"

Apa-apa pun nak buat camne. Gara-gara Bersih 3.0 kena la lencong kat tempat lain lak. Kao memey kijam Ambiga. Sambil makan tu Tok sempat snap gambar lagi.
Dua bijik moto SMKTM tengah menunggu tuannya. Perasan tak ER6 tu tayar depan dia makan sebelah?

Keadaan di RnR ni agak sesak gak sebenarnya. Mungkin ramai yang cabut lari keluar KL kot.

Cikgu Rudy leka mengira berapa bijik nasi goreng yang ada lagi di pinggangnya...

Tok pula agak hampa bila kena melencong ke Nilai. Apa la Ambiga ni..

Selesai brekpes, ride diteruskan ke Nilai. Tak lama pastu sampai la ke Speed Extreme. Dokek yo. Tu yang tak puas tu.
Ni la kedai Speed Extreme yang dah berapa kali Tok datang tapi tak penah-penah beli apa-apa kat situ.

Ninja Tok kat depan kedai. ER6 sudah masuk belakang bengkel.


Masuk je bengkel Cikgu Rudy terus piley tayar. Kali ni dia mau pakai Michelin pulok. RM480. Fuyooo. Boleh tukar tayar belakang Tok dah.
Ni la tayar depan pilihan Cikgu Rudy. Harap-harap tak makan sebelah lagi.
Pomen Speed Extreme sedang tekun cari rezeki. Pagi ni memey takde sekor pun motot yang datang repair kecuali ER6 ni. Heran betul.

Motot ER6 yang dah terbarai enjin...

Piston head ER6 ni dah pecah gara-gara owner tak sayang motot.
Masa Tok tengah lepak-lepak kat belakang bengkel tu Tok ada nampak sebijik ER6 yang tengah di Overhaul. Pomen kata ER6 ni dah terbarai enjin sebab owner dia push enjin ke tahap maksimum gara-gara nak kejar member-member yang pakai motot empat dapur. Agak-agak la sikit brader. ER6 bukannya boleh bawak sampai 230kmph non stop. Tak sayang motot betul la. Nyampah Tok dengan sikap rider macam ni.


Akhirnya ER6 sudah dapat tayar baru.

Akhirnya ER6 Cikgu Rudy sudah siap dipasang tayar depan baru. Terbang RM480. Takpe, duit dia tengah banyak. Lepas tu kita orang singgah kejap kat Cycle Point seberang Speed Extreme. Takde apa-apa kat situ kecuali boleh tengok Can Am Spyder dan KTM. Lain-lain biasa je.

Tak mau buang masa sebab dah pukul 11.30 kita orang pun pegi minum kat KFC sebab dah panas giler. Lepas tu terus ride balik. On the way balik Tok berselisih dengan satu kemalangan yang baru terjadi. Jalan pun tengah jem. Kereta-kereta ada yang masuk lane motot. Dari permerhatian Tok kemalangan tu berlaku sebab kereta kancil tu masuk lane motot secara mengejut. Ini menyebabkan rider yang tengah menunggang LC135 tu melanggar belakang Kancil tu. Rider LC135 tu meninggal dunia di situ juga. Semasa Tok lalu mayat rider tu sedang ditutup dengan payung oleh polis sebab takde suratkhabar. Al-fatihah.

Kita sebagai rider ni macam mentimun. Melanggar kita jatuh, kena langgar dah sah jatuh gak. Oleh tu satu je komen Tok....Kao memey kijam Ambiga...huhuhuhu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...