Followers

Monday, September 19, 2011

Kenapa Myvi Suka Turn Turtle?

Baru-baru ni Tok ada baca kat Forum Ninja kegemaran Tok. Tok nampak satu posting di http://ninja250rmalaysia.com/showthread.php?tid=9297. Memang betul realiti posting tu.

So nak Tok nak kongsi dengan pengunjung blog Tok di sini. Sebenarnya Tok memang perasaan kebanyakan kereta Myvi memang laju di jalanraya. Tok pun memang pernah bawa Myvi. memang laju. Cuma ianya ringan dan bila Tok cornering pada kelajuan 140kmph stereng rasa bergegar dan Tok kena pegang setereng kuat-kuat. Tapi perasaan tak bila Myvi kemalangan dan terbabas kereta ni mesti "Turn Turtle". Cuba tengok gambar Myvi yang Turn Turtle yang Tok ambik dari Forum Ninja ni.
Kura-kura kalau kena sepak atau kena langgar mesti tergolek macam ni....
Kura-kura yang ni pun sama. Tergolek macam ni. Eehhh...ni Myvi la.....
Dah adat kebanyakan Myvi akan tergolek macam ni sebab suspensi lembut, ringan dan lajuuuuuu...
Ni satu lagi kura-kura eehhh..Myvi tergolek.
Haaaaa....yang ni dah macam total lost.
Golek bro.Jangan tak golek.
Harap-harap pemandunya selamat.
Aaahhh pedulikan Myvi putih tu. Tok dok jeling superbike kat depan Myvi....
Agaknya ni la posisi paling selesa Myvi nak landing kot.
Kesian...orangnya masih kat dalam lagi. Belum ditarik keluar.
Baru muncul punggung driver dia. Aikkk merah laa spenda....
Akhirnya macha ni ditarik keluar...Pegawai Perubatan,"Macha, awak okay tak?". Macha,"Tarapapa. Saya okay jugak sebab saya adalah....."

"..........Supermannnn.............iam!"


Adeh.....Ini macam pun ada gak. So kepada pemandu-pemandu Myvi, hati-hati la sebab keupayaan Myvi ada hadnya. Ingat la ini kereta biasa, bukan kereta lumba.

Monday, September 5, 2011

Sejarah Permotoran Tok (Part 3)

Haaaa...dah sampai part 3 pun. Lama giler. Tok kena abiskan dalam part 3 juga ni. Okay la sejak motor Panther Tok hilang, Tok patah kaki. Nasib baik abang long Tok sudi pinjamkan motor dia kat Tok. Nak tau motor apa? Tengok kat bawah ni...
Ni skuter JRD 125 buatan negara China
 Tok dapat pinjam skuter JRD 125. Skuter ni baru 6 bulan keluar kedai. Masa ni skuter buatan negara China macam JRD, COMEL dan NITRO tengah hot kat Malaysia pasal murah dan design pun gerek. Masa tu pilihan skuter terhad pada Suzuki VS150 dan Suzuki V100. Harga skuter Suzuki masa tu boleh tahan gak mahalnya. Jadi bila masuk je skuter negara China ni, terus laku macam pisang panas.

Tok pakai skuter JRD ni kat Universiti Malaya serta balik hujung minggu ke Seremban. Prestasi skuter JRD ni memang okay. Pakai pun selesa. Minyak jimat cuma.......enjin tarak tahan lama la. Nak tau kenapa? Satu hari tu Tok masa cuti semester UM, Tok plan nak pergi Batu Pahat nak jumpa 'kawan'. Tok pun bertolak dari Seremban dalam pukul 3 petang. Maintain speed dalam 100km/ph. Sampai kat Labis dalam pukul 6.15 tetiba enjin JRD ni jadi semput. Aiseymen, belum sampai Batu Pahat lagi ni. Tok buat keputusan untuk patah balik sebab dah tak sedap hati. Adoiiii seksa betul masa perjalanan balik. Tok boleh bawa dalam speed 50km/ph je. Lebih dari tu takleh blah dah. Nak singgah kedai moto memang tak buka pasal hari Ahad. Bayangkan patah balik pukul 6.30 petang dengan kena redah hujan lebat dengan kelajuan 50km/ph. Tok beku atas motor masa tu. Sampai rumah pukul 12.30 pagi. Serik dah nak buat long distant pakai motor negara China ni. Esoknya bawak kedai motor, rupa-rupanya casket dia dah bocor. Repair je Tok terus bawa setakat KL-Seremban je.

Tak lama lepas tu Tok terlibat dalam kemalangan kat Seremban antara skuter JRD Tok dengan lori pickup. Nasib baik dreber tu sanggup bayar kerosakan skuter pasal salah dia. Tapi sejak tu Tok terus tawar hati pakai skuter tu lagi pun skuter orang, bukan skuter Tok. Akhirnya Tok pujuk arwah mak beli motor lain untuk Tok pakai kat UM. Arwah mak pun keluarkan modal RM850 beli motor secondhand Suzuki RC80. Terima kasih mak... Benda yang pertama Tok perasan pasal motor ni ialah chasis dia dah lari pasal pernah kemalangan kot. Tapi masih stabil bila bawa.
Ni la model Suzuki RC80 yang Tok pakai tu.
Hahahaha...jangan tak tahu walaupun cuma 80cc je tapi Seremban-KL Tok selamba je cecah 100km/ph. Tok pakai RC80 ni sampai Tok habis belajar kat UM. Bila mula mengajar je Tok mula berangan nak try motor ala-ala chopper la. Modal takde jadi Tok sambar satu motor secondhand Jaguh Special Edition. Masa tu RC80 mula terabai. Malang betul, motor Jaguh ni sebenarnya motor yang bagus tapi Jaguh yang Tok beli ni owner dahulu (Tok owner keempat) tak jaga sangat enjin dia. Tarak power langsung. Tok cuma dapat bawa top speed 80km/ph je. Lebih dari tu enjin dia bergegar macam nak terbarai enjin je. Hampa betul Tok masa tu.

Bila gaji Tok dah okay je. Tok plan nak beli motor baru. Manjang beli motor terpakai je. Serik. Jadi Tok pun sambar motor Yamaha Lagenda ZR110. Sampai sekarang motor ni Tok pakai dan tak menghampakan.
Ni la motor kesayangan Tok sekarang.
Cukup dua tahun Tok pakai Lagenda ni teringin lak nak pakai motor besar sikit. Mula-mula nak sambar ER6N tapi tengok sparepart boleh tahan mahal serta insurans dan roadtax lebih dari RM1k, Tok pilih Ninja Tok ni sebab maintanance lebih mesra poket.
Ni la motor weekend Tok. Sekali-sekala nak meroket boleh layan...
Masa Tok nak beli Ninja ni Tok tahu mesti Nenek Kebayan tak gemar rancangan Tok ni. Jadi Tok booking motor dulu. Bila motor dah nak keluar sehari dua lagi baru Tok buka citer.

Tok : "Neneknya..esok madu motor Lagenda tu datang datang duduk dengan kita."
Nenek Kebayan : "Madu apanya? Konfius la."
Tok : "Motor baru Toknya dah keluar. Esok sampai."

Masa ni Nenek Kebayan dah takleh cakap apa dah sebab Tok dah madukan Lagenda Tok. Pesan Tok kepada yang nak sambar motor besar ni ialah bila duit dah cukup terus beli. Jangan tangguh-tangguh sebab kalau bertangguh memang sah tak kan beli sebab duit tu akan pergi ke tempat lain.

Okay la sekarang ni Tok pakai dua motor. Lagenda dengan Ninja. Dua-dua memang memuaskan hati. Jaguh Tok dah jual kat abang ipar Tok. RC80 dah terbengkalai tunggu masa nak reborn kalau cukup modal. Rasa-rasanya dah abis citer pasal sejarah permotoran Tok ni. Masa untuk citer benda lain di topik akan datang.

Wasalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...