Followers

Wednesday, April 27, 2011

Ustaz Muhazam Bercerai Kasih??!!! Reveal...

Waaaaahhhh...! Tajuk pun dah saspen nih. Nak tau citer seterusnya.
Pada hari ini 4 Mei 2011, Ustaz Muhazam dengan rasminya menceraikan Kawasaki Vulcan 500 dengan talak tiga. Tak mungkin berpaling lagi.
 Hahahaha tu la citernya. Setahun gak la Ustaz Muhazam kahwin dengan Vulcan ni. Lepas ni janda Ustaz Muhazam akan dapat lebih dihargai di tempat baru di INMAJU. Pengeras untuk diceraikan? Boleh la dapat untung sikit.... Perancangan Ustaz Muhazam lepas ceraikan Vulcan. hehehehe..tunggu dulu. Belum confirm lagi arah tuju dia...

Friday, April 15, 2011

Aksesori Lagenda 110ZR Tok

Hahahaha...ni Tok nak bagi tau sikit pasal aksesori yang Tok dah tambah kat Yamaha Lagenda 110ZR Tok. Takde la banyak sangat tapi boleh la tahan untuk moto yang standard gaban.

Yang ni side mirror carbon fiber lipat. Tapi moto ada jatuh baru-baru ni. Ini kes abang ipar Tok tak hati-hati bawa moto la. Side mirror ni dah patah. Jadi Tok ganti dengan side mirror Koso. Lawa memang lawa Koso ni tapi tak praktikal pasal gegar kuat sangat sebab batang plastik. Tok pun tukar side mirror bentuk daun macam side mirror dalam gambar ni cuma bukan jenis lipat je. Yang jenis lipat tu RM17. Yang bukan jenis lipat tu RM10.

Yang ni pulak Handlegrip RacingBoy, Balancer V3 RacingBoy dan brek lever V2 RacingBoy. Semua silver colour. Total cost tak ingat lak. Tapi bawah RM100 untuk tiga-tiga benda tu.

Haaaa...yang ni teka amenda ni? Anda ada 60 saat. Cewaahh...macam rancangan Astro lak.

Jeng jeng jeng! Bila dah buka jadi macam ni. Tempat meletak bekas minuman (buat suara macam Doraemon.). Selalu kalau Tok ride pergi jauh-jauh sikit Tok letak tin air kat sini. Jadi boleh minum masa ride. Takyah berhenti pasal nak minum lagi. Masa itu emas...Harga RM15.
 Okay. Tok ada plan nak tambah lagi aksesori ni. Tapi kena pilih la supaya aksesori tu dalam budget Tok. Chow dulu...

Monday, April 11, 2011

OVERSHOOT!!

Hari ni 11 April 2011. Peristiwa yang agak mencemaskan telah berlaku. Pagi ni Tok pergi ke SMK Lui Barat untuk bertugas sebagai pemeriksa MUET Speaking. Seperti biasa Tok bawa Ninja Tok untuk kejar masa. Settle semua kerja, Tok pun on the way balik dalam pukul 12.30 tengahari.

Nak dijadikan cerita Tok pun bawa dalam kelajuan 100kmph. Bawa pun dan tengah kejar kereta dan tak fokus sangat kat jalanraya. Sampai di satu selekoh, entah macam mana Tok lambat meleper masa masuk selekoh tu dan terus overshoot. Nasib baik Tok sempat brek dan kawal Ninja Tok dengan bergaya.....eerrr sebenarnya mengagau jugak sampai masuk tepi rumput yang berpasir tu.

Sebaik saja berhenti Tok terus relaks dulu. Nasib baik Tok tak mudah panik berkat dari pengalaman Tok main motor selama 19 tahun. Dari pengalaman ni boleh dirumuskan yang bahawa apabila kita bawa motor dalam kelajuan yang sederhana atau tinggi, tiga perkara perlu ada.
1. Yang pertama ialah Fokus pada jalanraya
2. Yang kedua jangan mudah panik apabila kita hampir kemalangan.
3. Yang ketiga jangan tekan brek sampai habis sebab ianya akan kunci tayar dan seterusnya tayar akan slide. Seeloknya tekan brek beberapa kali sebelum berhenti.

So dengan itu memang betul yang bahawa malang tidak berbau...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...