Followers

Monday, March 28, 2011

Ride To Muar - Edisi Mee Bandung Muar

Pada 26 Mac 2011 yang lalu Tok dan Cikgu Rudy plan nak pergi ride ke Batu Pahat tapi oleh kerana masing-masing lambat bangun jadi ride bertukar ke Muar untuk makan Mee Bandung Muar.
RV di Petronas Tampin tapi oleh kerana jalan Seremban-Tampin tengah dinaik taraf Tok ambik masa hampir sejam nak sampai ke Petronas Tampin.
Sampai di Petronas Tampin dalam pukul 9.00 pagi. Cikgu Rudy sampai dengan ER6F dia dalam pukul 9.30 pagi. Kami bertolak ke RnR Air Keroh untuk sarapan sebab masing-masing tak mamam lagi.

Di RnR Air Keroh kami makan Nasi Goreng dengan telur goreng je. Al-maklum la destinasi budget.

Cikgu Rudy dengan ER6F dia. Dressing sempoi je nih. Belum full gear lagi nih.

ER6F dan Ninja sudah ambik parking kereta.

Hahahaha...Tok tengok seluar Tok tu dah macam badut lak...

Dapat duduk atas seat pun dah okay la tuh. Nak beli tak mampu lagi.

Selesai saja sarapan kami pun terus ride ke Muar ikut jalan dalam. Jalan memang best dengan selekoh-selekoh yang sedap nak meleper. Terasa gak nak ambik gambar masa ride tuh. Tapi Tok belum handal ambik gambar sambil ride macam Han Si TayarGolek tuh. Speed 100kmph boleh lagi ambik gambar Si Han tu. Tunggu la bila Tok dah khatam skill ni Tok boleh ambik gambar sambil buat superman atas motor lagi. Insyaallah.

Sampai la ke destinasinya iaitu gerai sebelah Sg.Muar berdekatan Markas Polis Marin Muar.

Cantik punyer parking. Bawah pokok.Teduh je. Masa ni Perdana Menteri kita sedang melawat Bandar Muar. Tu yang jem giler masa tu.

Ni la duduk bijik motor milik Cikgu-cikgu TMS yang berjaya sampai ke Muar.

Hahaha...NCL414 tu ikut nombor rumah Tok, jangan tak tau.

Try ambik gambar pakai timer. Aisey tak sempat duduk lak.

Masih tak sempat duduk. Cikgu Rudy dah sengih-sengih pasal gambar dia masuk.

Hmmm..payah sangat kena setting balik timer tu. Cikgu Rudy masih maintain sengih dia selama 2 minit. Hebat-hebat...

Haaa...nih baru betul punyer setting timer. Masa ni sengih Cikgu Rudy dah turun ke tahap 60 peratus. Penat wooo tahan sengih selama 2 minit.

Nih muka penat Tok. Badan dah panas. Tau panas macam ni, baik Tok ride pakai singlet Pagoda je. Brader yang jaga Tandas awam tanya Tok, datang dari mana. Tok jawab dari Seremban. Saja jalan-jalan cari makan kat Muar. Terkejut juga dia. Dia kata jauhnya datang nak makan. Tok jawab hero mana makan dekat-dekat. Hero sejati kena makan jauh-jauh.Hehehehehe takbur betul jawapan tuh.

Nih muka letih Cikgu Rudy. Tangan baru je baik dari accident moto LC135 dia. Patut pun ride dok isi petrol Petronas. Pakai baju Petronas rupenyer... Ada penaja la....

Yeezzzaaa..! Mee Bandung sudah sampai. Kebulur dah masa ni.

Terima kasih kepada Cikgu Rudy kerana menaja makan minum tengah hari di Muar. Terima kasih daun keladi tu....

Masa ni testing timer balik.

Haaaa..nih bukti Cikgu-cikgu TMS dah datang Muar dengan Ninja dan ER6F. Nanti takde gambar orang kata temberang lak.
Okay la, lepas tu ride balik Negeri Sembilan bermula ikut Lebuhraya pasal nak kejar masa. Speed masa ride maintain 120 - 140 kmph. Tu pun takleh laju lagi pasal angin lintang kuat sangat. Kita orang berpecah kat Tol Simpang Ampat. Tok terus ride ke Seremban. Sampai rumah pukul 2.30 petang. Penat giler. Al-maklum la dah tua banget. Tulang dah reput nak buat camne ek?
Anyway it was a good ride although it was hot and tiring. Two old teachers trying to test their endurance power. What do you expect?

Monday, March 21, 2011

Gotong Royong TMS 2010

Hahahaha ni Tok nak mengimbas kembali saat masa SMK Tuanku Muhammad buat gotong royong. Memang happening sebab semua pelajar dan guru terlibat. Macam-macam perangai boleh nampak masa ni...

Camni la bila gotong-royong. Yang mencangkulnya dua orang, yang lain-lain tukang beri sokongan moral..

Eehhh...cikgu tengah ambik gambo tu. Cepat tunjuk peaceeee...Cepat je bebudak ni perasan ada kamera.

Ekau tau tak, eden pernah cicir duit RM50 kat area pokok ni tahun lepas. Kalau ekau jumpa duit tuh bagi eden balik. Eehh..bukan ke tahun lepas engko kat sekolah lain? Aahhh..ekau diam yo, jumpa duit bagi eden.

Adik-adik semua, hari ni abang nak tunjuk cara-cara mencangkul yang betul. Mula-mula pegang cangkul,punggung kena tonggek sikit, pandang kamera dan senyum dan....alamak tercangkul pasu lak..!!

Sshh..sshhh...cepat buat keje. Mandur tengah diri kat depan kita tu! Lawa lak kasut mandur ni.Palas Jazzzzzz..!!

Ni satu contoh kerjasama yang baik..atau...nak mengelat. Pasunya kecik je tapi yang cabut rumput 5 orang. Nampak betul nak ngelat...

Sir, kok iye pun nak ambik gambar biar la masa kita orang tengah buat keje. Sekarang kita orang tengah mengumpat ni. Malu la...

Mandur-mandur sedang memantau proses pembersihan...

Cepat-cepat nyorok. Sir, nampak tak kita orang? Baaaa chakkk!!

Gambar dari atas tangga bangunan Kemahiran Hidup.

Mandur tengah beri arahan : "Ekau nampak cacing tuh? Cacing tuh ada anak-anak kecik lagi. Jangan sesape berani jentik cacing tuh..Faham!

Penmandangan biasa masa gotong-royong, yang buat keje sorang je...Yang lain-lain jadi model je dengan gaya stylo masing-masing.

Ala abang Sofi kita malu-malu kucing lak dengan aweks di keliling. Gaya terkucil seorang jantan.

Big Boss tengah memberi arahan : "Lepas buat keje kamu semua order je apa nak makan kat kantin. Nanti masuk buku tiga lima saya yang ke-57".

Kesian bebudak ni. Baru abis menjelajah padang kutip sampah. Ambik je la gambar diorang ni sebagai upah.

Sir, kita orang dah abis keje. Ambik la sekeping. Yea la,yea la. Haahh hambik kau sekeping.
Satu program yang menyeronokkan. Terutama bila takde kelas sebab gotong-royong..hehehehehe....

Sunday, March 20, 2011

Ride To Keratong 5

18 Mac 2011 yang lalu Tok kena ambik adik ipar Tok kat Keratong 5 sebab dia nak balik ke SM Sains Alam Shah, Cheras 20 Mac 2011. So ni la peluang Tok pakai Ninja Tok setelah seminggu Ninja Tok tak jalan. Perjalanan bermula pukul 4.00 petang. Tok bawa pun tak dapat laju dalam 100-120kmph je pasal hujan masa tu. Lebih laju moto jadi goyang pasal banyak kawasan angin lintang. Lama gak nak sampai.Tok ambik masa 2 jam 30 minit pasal beberapa kali berhenti. Al-maklum la dah tua jadi ketahanan pundi-pundi kureng sikit. Kena lak time hujan. Sejuk la....

Tok sampai dalam pukul 6.30 petang. Masa tu adrenalin tengah mengalir lagi boleh je ride balik terus. Tapi lepas je pekena nasi dengan gulai kuning ikan keli campur dengan pucuk jambu muda...peerrgghhh...terus rasa kenyang dan penat. Tertido sampai 7.55 malam. Bangun je Tok terus mandi dan solat. Packing siap-siap. Dalam pukul 9.00 malam Tok terus bertolak dengan adik ipar Tok balik Seremban. Masa tu dah berhenti hujan dah.

Bila bawa Ninja waktu malam ni Tok perasan satu je, lampu dia memang terang giler. Memang konfiden bawa malam. Boleh cecah 120kmph kalau jalan clear. Waktu perjalanan cuma ambil masa 2 jam je sebab Tok tak berhenti sangat cuma maintain speed dalam 80-100 kmph je. Tapi Ninja ni sebenarnya seronok bawa sorang je. Bawa penunggang ni leceh sikit sebab seat dia bertingkat.

Anyway It's a good night riding experience....

Wednesday, March 9, 2011

Kenduri Kahwin Adik Ipar NinjaCops

5 Mac 2011 baru ni seorang adik ipar geng Kawasaki Ninja iaitu NinjaCops telah melangsungkan perkahwinan. Biasanya Tok tak pergi kalau jauh dan panas. Tapi pasal tempat tu dah dekat sangat so Tok pergi la. RV sepatutnya pukul 12 tengahari di tol Senawang. Tok sampai pukul 12.15 tengahari. Tunggu punya tunggu sampai pukul 1. Baru sorang sampai. Mat Duan dari Klang. Pasal dah haus sangat Tok dan Mat Duan pergi terus kenduri. Sampai sana rupenye diorang dah sampai dulu. Asparagus betul la. Apa-apa hal minum dulu....

Ni la geng-geng NinjaCops yang dah sampai dulu. Moto besar yarabbi.
Yang biru tu moto Mat Duan. Ekzos sudah tukar. Bunyi giler punya bising. POM POM POM!
Ni moto Suzuki Hayabusa 1300. Kalo diperhatikan betul-betul tangki dia dah balut dengan kulit. Kaya betul demo ni...
Ni pulak Kawasaki GTR14. Harga dia boleh beli dua bijik Inspira.
Shot dari jauh...
Sape la punya KTM ni. Moto ni kalo nak main lap kena turun kaki dulu..
Hahahaha...yang hitam tu Ninja Tok. Kilat lagi. Maklum la dah dua minggu tak keluar rumah...
Pukul 2.30 baru pengantin datang. Panas giler tunggu pengantin datang. Nasib baik air sejuk ada.

Okay la. Tepat pada pukul 3 Tok beransur balik. Dah ngantuk masa tu...Dapat gak jumpa dengan geng forum Ninja. Selama ni dok tengok gambar diorang dalam forum je...Chow..

Merentas Desa TMS 2011 (Part 2)

Ada peserta dah abis pusing. Kalo nak tau Tok tengah bawak moto masa ni. Kamera boy dok kat belakang Tok. Nampak side mirror tu?
Laju lagi cik abang kita ni. Tunggu la lagi 10 minit mesti kaput punyer.
Hahaha..ni la check point yang paling pailang sekali. Dah macam berpiknik lak diorang ni. Tinggal makan-makan je takde lagi.
Haaaaa...yang belah kiri tu cikgu pendidikan khas. Kedah mari noooo..Comel tak? Kalo boleh Tok nak lepak sini lelama sikit tapi duty call...
Haaaahh..kan Tok dah kata, mesti pancit punyer. Ni dah siap duduk lepak-lepak lagi. Tah bila nak sambung lari lak.
Ni satu tragedi berlaku. Tengah Tok follow satu lori, tetiba lori tu boleh gelek kotak first aid yang bebudak PBSM letak tepi jalan. Abis meletup tin spray otot. Ni la gambar mangsa kemalangan...
Tapi cikgu-cikgi yang jaga check point kemalangan ni masih boleh gelak-gelak lagi. Control sedih..Alaa, sekolah kan banyak duit. Satu kotak first aid meletup, kita order 10 kotak lagiiii...
Yang tutup muka tu Sarawak mariii...Single lagi..Anda ada berani..??
Gaya seorang cikgu ICT. Jari peace tu kalo ganti dengan pistol memang sebijik macam James Bond punyer gaya..wakakakaka..
Cikgu Noraizan tengah jaga check point bersama temannya yang berambut panjang hitam serta berpakaian serba putih yang berdiri di sebelah....eerrr....korang tak nampak ke orang kat sebelah tu? Biar betul....serammmm...
Akhirnya sampai kat jalanraya. Pak Polisi sedang jaga lalu lintas. Tok dengan kamera boy masa ni mana pakai helmet. Cepat..dia tengah tengok tempat lain tuh!! Lariiiiii....!!!
Aiseymen, cikgu Zainuddin lak sibuk tahan kitaorang. Orait la snap gambar sekeping sebagai pengeras..
Bebudak ni nak jaga check point ke nak tunggu bas? Bas mana lalu jalan nih.
Sengih-sengih tuh dah tak larat la tuh. Santai je jalan...
Waaa.. rileks betul korang jaga check point yea. Tuh la pasal tak nak join lari.
Yang baju kuning tuh macam ada gaya-gaya posing kamen rider jee... BERTUKAR..!!!!
Haaa..hok yang ni, ustazah kelate..redup je tengok... : )
Aikk..Cikgu Mazlan, mana Vulcan 500 ekau? Opss lupa la dah downgrade ke EX5...
Hahahaha  ada gak insan yang baik hati ambik gambar Tok dengan kamera boy. Kalo tak sia-sia la Tok redah trek rentas desa ni dengan kamera boy.
Akhirnya sampai gak ke sekolah. Dah ramai bebudak yang sampai...
Kelihatan cikgu Zul cuba membuktikan teori yang mengatakan anda akan kelihatan lebih hensem jika ambil gambar sambil pegang tiang garaj keta.... Betul keee???
Alahai adik Farzana kita sempat lagi minum air. Cepat betul dia sampai. Dah memang laju dia lari...
Nih  la roman bebudak ni lepas lari. Ada siap duduk dengan gaya seksi lagi..
Okay la sebelum Tok balik rumah, ada la gak gambar Tok akhirnya. Rock n Ride nohhhh..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...